Bawa Astro Bersama Anda Ke Mana-Mana Sahaja
Saksikan rancangan terbaik Astro menerusi telefon pintar, tablet, komputer riba dan PC anda
Bayangkan anda sedang seronok menyaksikan sepuluh minit terakhir perlawanan kemuncak bola sepak yang mendebarkan di rumah, kemudian rakan anda tiba untuk menjemput anda dan anda terpaksa pergi.
Bayangkan kekecewaan yang anda alami kerana terlepas peluang menyaksikan gol kemenangan. Dengan Astro On-The-Go, anda tidak akan kecewa lagi, kerana anda boleh membawa dan menyaksikan perlawanan SECARA LANGSUNG tersebut, ke mana-mana sahaja bersama anda.
Saksikan koleksi rancangan terbaik daripada Astro menerusi telefon pintar, tablet atau komputer riba dengan Astro On-The-Go – perkhidmatan inovatif yang menjanjikan hiburan berterusan pada bila-bila masa di mana sahaja anda berada.
Dengan Astro On-The-Go, para pelanggan boleh mendapat akses secara serta merta untuk menonton Saluran TV Astro, acara-acara yang bersiaran secara langsung, Video Atas Permintaan (VOD) dan TV Ulangan (Catch Up TV) menerusi pelbagai peranti Internet dan mudah alih, bermula dengan iPad anda.
Dato’ Rohana Rozhan, Ketua Pegawai Eksekutif Astro berkata, “Sebagai peneraju inovasi terkini, Astro telah mencatatkan beberapa kejayaan ‘ulung’ seperti kemudahan Definisi Tinggi, 3D, PVR dan Astro First. Hari ini, kami berbangga kerana berjaya melancarkan satu lagi perkhidmatan inovatif ‘ulung’ dan saya dengan sukacitanya memperkenalkan Astro On-The-Go, perkhidmatan inovatif terbaru kami yang membolehkan anda menyaksikan rancangan kegemaran menerusi peranti pilihan anda. Astro On-The-Go menjanjikan pengalaman menonton televisyen yang membolehkan anda membawa dan menikmati rancangan Astro kegemaran anda dari rumah ke telefon pintar, tablet dan juga komputer riba walau di mana sahaja anda berada. Sebagai contoh, anda boleh menonton perlawanan bola sepak secara langsung menerusi iPad walaupun ketika anda sedang berada di dalam kereta yang sedang bergerak ke destinasi yang dituju.
Astro On-The-Go juga memenuhi citarasa generasi muda dan melengkapi gaya hidup mereka. Astro On-The-Go menandakan penghijrahan kami dari ruang tamu ke setiap bilik yang ada di dalam setiap isi rumah. Kami di Astro berhasrat untuk memperkembangkan bilangan pelanggan kami dengan memenuhi keperluan gaya hidup bukan sahaja untuk setiap isi rumah, tetapi juga untuk setiap individu di setiap kediaman. Menerusi Astro On-The-Go dan lebih banyak perkhidmatan inovatif yang bakal ditawarkan, kami percaya kami akan menjadi pilihan utama pelanggan bagi mendapatkan hiburan, pendidikan dan juga maklumat.”
Astro On-The-Go akan diperkenalkan secara berperingkat dalam tiga fasa. Pada fasa pertama, semua pelanggan Astro boleh menikmati pra-tonton Astro On-The-Go secara percuma mulai hari ini hingga 31 Ogos 2012. Pra-tonton percuma ini merangkumi 11 saluran TV, Rancangan Ulangan, Rancangan Video Atas Permintaan dan Acara SIARAN LANSUNG. Di samping itu, semua pelanggan Astro boleh menyaksikan kesemua 31 perlawanan Kejohanan UEFA EURO 2012 SECARA LANGSUNG, Video eksklusif Ulangan UEFA, dan rancangan VOD UEFA menerusi Astro On-The-Go melalui peranti pilihan mereka.
Pada pelancaran komersil Astro On-The-Go yang akan bermula pada 1 September 2012, perkhidmatan ini akan ditawarkan kepada pelanggan Astro B.yond IPTV dan pelanggan yang memiliki lebih daripada satu decoder sahaja. Pada masa yang sama, Astro On-The-Go juga akan diperkembangkan pengunaannya meliputi peranti Android. Fasa ketiga pula akan menyaksikan Astro On-The-Go ditawarkan kepada semua pelanggan Astro dan seterusnya kepada mereka yang tidak melanggan Astro menjelang akhir tahun.
Bawa yang terbaik daripada Astro, ke mana-mana sahaja anda pergi
Buat masa ini, 11 saluran TV yang boleh diperolehi melalui Astro On-The-Go termasuklah saluran CNN, Disney Channel, Disney Junior, One HD, Astro Awani, Astro Xiao Tai Yang, Astro TVIQ, Astro Warna, Astro AEC, Astro Ria Plus, dan Astro Shuang Xing. Walau bagaimanapun, lebih banyak saluran TV akan diperkenalkan tidak lama lagi.
Astro juga turut memperkenalkan Video Atas Permintaan menerusi dekoder yang disambungkan kepada saluran Jalur Lebar dengan PVR yang mempunyai akses kepada gedung Video Atas Permintaan tempatan dan antarabangsa. Melalui kemudahan ini, pelanggan Astro boleh menyaksikan filem-filem Astro First dan Sundance di mana sahaja pada bila-bila masa.
Antara koleksi video yang boleh dinikmati menerusi perkhidmatan TV Ulangan akan datang termasuklah filem Nongkrong, drama bersiri pendidikan tempatan Oh My English, drama-drama Korea seperti Secret Garden, Scales of Justice, Its Ok Daddy’s Girl serta program Disney seperti Phineas and Ferb dan Art Attack.
Dato’ Rohana menambah, “Astro On-The-Go dan VOD mencerminkan perkembangan secara berterusan Astro sebagai sebahagian dari usaha kami untuk memanfaatkan inovasi teknologi terkini dan landasan penyampaian isi kandungan baru yang telah membolehkan kami menyerlahkan potensi sebenar Astro sebagai sebuah kumpulan media yang menyeluruh dan bersepadu.
Melalui Astro On-The-Go, semua orang kini boleh menonton, mendengar malah membaca yang terbaik daripada Astro, pada bila-bila masa di mana-mana sahaja, menerusi peranti pilihan mereka. Ianya merupakan satu langkah penting bagi Astro di dalam melaksanakan aspirasi kami untuk memperkembangkan bilangan pelanggan dan meluaskan capaian kepada lebih ramai penonton meliputi setiap generasi masyarakat di Malaysia, tidak kira di mana mereka berada.”
Untuk maklumat lanjut dan melanggan perkhidmatan Astro On-The-Go, sila kunjungi laman web www.astro.com.my/onthego.