Pada jam 4 petang, 13 Ogos lalu telah berlangsung sidang media pelancaran album Aznil di Hotel Federal. Di sidang media anjuran KRU Studios itu juga diumumkan tentang showcase Meet Uncle Aznil di First World Plaza, Genting Highland.
Mini album Aznil terbitan KRU Studios adalah album pertama KRU yang memuatkan empat buah lagu. Tiga buah daripadanya adalah ciptaan komposer terkenal Edry Abdul Halim berjudul Jangan Cepat Marah, Profesor Klon dan Teramat Sangat.
Lagu Teramat Sangat termuat dalam album runut filem Duyung, lagu Profesor Klon lagu tema dan Aznil sendiri berlakon dalam filem Cicakman.
Mini album Aznil tambah menarik dengan lagu lama nyanyian Allahyarham Sudirman Hj Arshad yang diubahsuai susunan muziknya agar menjadi lebih catchy iaitu lagu Toyol.
Mungkin dah jadi trend sekarang, di mana album mini dilahirkan untuk peminat yang mahukan 2-3 buah lagu yang bermutu.
Memang KRu boleh menghasilkan album genap iaitu 10 buah lagu tapi berdasarkan faktor harga dan trend semasa, mini album adalah pilihan yang sesuai. Sekarang harga album penuh dalam RM24.90 tetapi ini menghadkan bagi mereka yang hanya mahu membeli 2-4 lagu sahaja. Trend penjualan digital juga amat diberi perhatian. Contohnya, lagu Burunon Cinta terjual melebihi 25 ribu muatturun dalam satu bulan. Pastinya, lagu Toyol dijangka akan mendapat sambutan. Ini adalah satu novelti kepada mereka yang ingin mendapat album Aznil.
Album ini dapat membuktikan Aznil bukan sahaja personaliti TV dan pengacara tetapi sekaligus dapat menjadikan Aznil seorang penyanyi dan penghibur.
Antara penghibur yang punya pakej yang sempurna menjadikan Aznil seharusnya dinobatkan penghibur nombor satu negara.
“Kemudian Edry meyakinkan saya untuk teruskan perjuangan dalam industri ini. Katanya, saya boleh menyanyikan lagu yang berkarektor. Maksudnya, orang nak lihat persembahan saya yang aktif. Mereka datang untuk berhibur dan saya selesa menyanyikan lagu yang menghiburkan.
“Jadi, saya kata ok lah kerana tiga suku daripada peminat saya adalah kanak-kanak. Mereka nak lagu yang lucu dan lebih dekat dengan mereka. Dengan penuh hormat saya ikut sahaja dan menyanyi. Bila lagu saya dipasarkan, ramai yang sukakan lagu itu.
“Lepas tu, saya nyanyikan apa sahaja lagu yang diberikan. Alhamdulillah, ini adalah pelancaran album yang pertama dalam hidup saya sebab album yang dulu tidak dilancarkan,” luah Aznil.
Edry Abdul Halim sangat berbangga kerana dapat bekerjasama dengan Aznil. Identiti nyanyian Aznil sangat unik, ceria, fun dan topiknya mengusik isu-isu kemasyarakatan. Banyak lagunya seperti apa yang dibawa oleh Allahyarham Sudirman yang mengetengahkan topik dan isu kehidupan seharian.
Aznil sendiri mengakuii bahawa pelancaran album yang pertama walaupun pernah dilancarkan album 11 tahun yang lalu. Mampu mengutip 12 ribu unit sahaja pada ketika di mana ketika Raihan mengutip 800 ribu unit. Terima kasih kepada Edry yang pada mulanya saya mempertikaikan lagu yang berkarakter untuk dinyanyikan.
Semoga dengan album ini akan membuka lembaran baru untuk karier Aznil dalam bidang seni suara.
BIla nak nyanyi lagu balada?
“Saya tak tolak kemungkinan untuk nyanyi lagu. Tapi di Malaysia, dah ada penyanyi balada yang lebih baik. Permintaan ramai yang mahukan saya aktif berada di pentas. Yang datang bukan untuk manilai suara saya. Adakah suara saya macam Anuar Zain, Awie… saya rasa mereka tidak mengukur range suara saya tetapi mereka datang untuk berhibur.”
Kemungkinan saya teringin merakam semua lagu Allahyarham Sudirman dalam rentak yang terkni. Saya mahu meneruskan perjuangan Allahyarham dalam merakam lagu yang berbentuk satira yang berkarakter.
Ini adalah satu cara untuk saya memperkenalkan lagu Allahyarham dan saya membesar dengan lagu Allahyarham. Lagu Toyol mebangkitkan kenangan zaman remaja saya. Kalau dulu, lawak Toyol memang terkenal di Utusan Malaysia.
“Saya rasa macam Dafi pulak.”
Melepaskan belon…
Semoga karier Aznil terus tinggi menggapai awan…