Pada jam 2.30 petang tanggal 25 Jun 2008 lalu, album pertama Aizat berjudul Percubaan Pertama telah dilancarkan di Restoran Rainforest Sports Bar, tingkat 4 Pavilion. Majlis pelancaran secara santai itu turut disaksikan oleh wakil daripada Rumpun Records Sdn Bhd dan Universal Music Malaysia, Saudara Mujahid (dulunya dari kumpulan Nowseeheart), pengarah Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd iaitu Dato’ Amdan Mat Din serta sanak saudara, peminat Aizat serta media.
Aizat kini tampil dengan bentuk badan yang lebih kurus sedikit. Dari 110kg kepada 86kg? Satu transisi dan metamoforsis baru yang segar bukan satu gimik namun untuk stamina dan kesihatan juga. Terharu dan bangga dengan sokongan daripada famili dan peminat, Aizat juga mahu tenaga dan duit yang dihabiskan untuk album ini berbaloi dengan hasil yang memuaskan.
Aizat sempat menghiburkan hadirin dengan mendendangkan 3 buah lagu iaitu lagu Fikirlah, Hanya Kau Yang Mampu dan Lagu Kita. Turut ditayangkan video klip Hanya Kau Yang Mampu dan Fikirlah.
Wakil Rumpun Records sedang berucap
Pengarah Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd iaitu Dato’ Amdan Mat Din (bapa Aizat)
Sebelum ini, menerusi Kasi Gegar Entertainment, dua buah single telah menambat perhatian ramai peminat iaitu lagu Sahabat dan Hanya Kau Yang Mampu. Sekaligus menaikkan kembali populariti Aizat setelah keluar daripada Akademi Fantasia dan membuktikan bakat Aizat berpotensi besar untuk mewarnai dunia muzik tanahair.
Penghasilan album Percubaan Pertama dari Aizat disokong oleh keluarga di mana 80% lagu adalah diilham dari Aizat dan adik beradiknya sendiri. Minat mendalam dalam bidang muzik telah menyatukan bakat mereka dalam band d’Amdans yang dianggotai oleh Muhammad Amir, Muhammad Amar, Muhammad Anas, Muhammad Aizat, Muhammad Alif dan kakaknya Nur Ili Zuhair.
Mengapa pilih tajuk Percubaan Pertama?
Ianya dipilih kerana variasi dan ciri pertama dalam album ini sesuai dengan album sulung dari Aizat. Juga memuatkan lagu-lagu gubahan Aizat buat pertama kalinya dicipta bersama abang-abangnya. Album ini bakal menguji sejauh mana penerimaan peminat terhadap bakat dan vokal Aizat. Seterusnya, album ini akan membuka jalan dan bakal menjadi platform untuk cubaan seterusnya untuk Aizat.
Â
Konsep Album?
Lagu dalam album ini berunsurkan pop bebas yang sesuai dinikmati oleh semua peringkat umur. Azat sendiri mengubah dan menulis lirik untuk lagu Cintai Diriku dan Lagu Kita. Manakala lagu Selamat Tinggal Akhirnya telah dicipta bersama Anas yang juga pengubah lagu Fikirlah dan Melodi Cinta yang mempertaruhkan bakar abangnya Amar sebagai pencipta.
“Sebenarnya, idea untuk buat lagu sendiri bermula sewaktu abang saya pulang dari luar negara. Sejak balik ke Malaysia, mereka berusaha mencipta lagu dan lirik untuk saya.”
Mengapa ada 8 buah lagu? Tak mahu cukupkan 10 buah lagu? Album ini lahir untuk kepuasan Aizat dalam berkarya. Bukan untuk mengejar anugerah album terbaik atau sebagainya.
Setelah diulang dengar, boleh saya katakan semua irama lagi mempunyai kelainan dari segi alunan yang begitu santai. Lirik pula ditulis secara terus terang dan mudah difahami yang mengandungi mesej positif, romantik dan ada unsur nasihat.
Video Klip Tajaan Hotlink!
Remaja berusia 19 tahun yang kini sedang mengikuti kursus di kolej muzik di Kuala Lumpur berharap supaya album ini dapat diterima oleh peminat. Penerbitan album ini dibiayai sepenuhnya oleh Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd yang merupakan syarikat bersama keluarga Aizat. Juga dengan tajaan daripada Hotlink, dua buah video klip iaitu Fikirlah dan Hanya Kau Yang Mampu telah diterbitkan. Sementara video klip Lagu Kita sedang dalam perancangan.
Peminat boleh mendapatkan album Percubaan Pertama Aizat di kedai CD berhampiran.
Sebanyak lapan buah lagu menjadi pertaruhan Aizat iaitu:
- Fikirlah
- Hanya Kau Yang Mampu
- Lagu Kita
- Sahabat
- Selamat Tinggal Akhirnya
- Cintai Diriku
- Melodi Cinta
- Hanya Kau Yang Mampu (versi Akustik)
“JANGAN!”
“KATAKAN TAK NAK!”
“SAYANG… HATIKU…”
“AKU GILA… BINGUNG”
Peminat Aizat
Sedap betul puding mangga nih… yummy!