Open Day Mini Showcase oleh Dr. Irma Entertainment menampilkan dan memperkenalkan artis baru yang bakal mewarnai industri hiburan tanahair.
Pada jam 2 petang tadi, Budiey turun ke Johor Bahru untuk buat liputan di Open Day Mini Showcase oleh Dr. Irma Entertainment yang diadakan di Galleria @ Kotaraya, Johor Bahru.
Showcase ini bertujuan untuk memperkenalkan dan mengetengahkan barisan artis di bawah naungan syarikat Dr.Irma Entertainment.
Sudah pun menjadi salah sebuah peneraju komersial industri hiburan tanahair, Mini Showcase oleh Dr. Irma menampilkan nama besar dan penyanyi popular, Ferhad menerusi single berjudul DEFINASI CINTA. Ia merupakan kolaborasi Dr. Irma bersama syarikat rakaman Warner Music Malaysia selaku penerbit muzik terbesar di Malaysia.
Kali ini, buat julung kalinya, Mini Showcase telah memperkenalkan tiga orang penyanyi baru iaitu Zarol Zharif, Ray Asri dan Ash Hafiz serta watak animasi Ayasofia. Nantikan temubual eksklusif bersama Zarol, Ray Asri dan Ash Hafiz di saluran budiey.com.
Budiey nak cerita sikit pasal Ayasofia, ia merupakan watak animasi yang unik di alam maya, seorang remaja perempuan berkebolehan untuk menyanyi, di mana lagu yang dinyanyikan adalah hasil ciptaan dan terbitan Dr. Irma sendiri. AyaSofia tampil dengan single bertajuk Cinta Tirai Biru terbitan Dr. Irma Entertainment.
Di showcase yang dihadiri oleh pengikut setia artis Dr. Irma Entertainment ini, Zarol Zarif telah mendendangkan single terbaru berjudul BIDADARI yang telah mendapat kolaborasi dan kerjasama dengan Warner Music Malaysia. Selain Zarol, Ash Hafiz juga turut mendendangkan single terbaru iaitu Melankolia dan Ray Asri pula mendendangkan lagu Antidot Lara. Ketiga-tiga mereka juga membuat kejutan kepada penonton dengan menyanyikan lagu-lagu yang sekarang ini tengah meletop di corong radio.
Terima kasih kepada Dr. Irma Entertainment yang sudi menjemput Budiey buat liputan di acara ini. Semoga terus sukses dan kita dapat bertemu lagi di Party Ulangtahun Budiey.com ke-11 Tahun yang akan diadakan pada 29 April ini.