in

Sekitar Mini Showcase Annyonghaesao Dioratic

Pada 26 Jun lalu telah berlangsung Mini Showcase Annyonghaesao Dioratic di Station One Café, Jaya One, Petaling Jaya. Annyonghaesao bermaksud Selamat Datang dalam Bahasa Korea. Showcase selama dua jam ini menampilkan Dior sebagai artis utamanya dengan penampilan istimewa oleh JoJo dan Shajiry (KGB). Mini Showcase ini diacarakan oleh Hillmy Ashley yang juga pembaca berita di Bernama TV & Anchor di Radio 24, BERNAMA.

Showcase ini sebenarnya adalah permintaan oleh peminat Dior dan kelab peminat Dior, Dioratic bersama-sama Dior cuba untuk menunaikan hasrat dan permintaan mereka.

Showcase ini bertujuan sebagai perjumpaan bersama peminat disamping memperkenalkan Dior dan juga artis baru di bawah jagaan Dior iaitu JoJo & Shajiry.

Di majlis itu Dior membuka persembahan dengan medley lagu hits beliau iaitu Mengharap Sinar dan Sampai Ke Lantai. Diikuti dengan single ke tiga Dari Dior & Seung J iaitu Pergi! 떠나다 ! yang berentak KPOP hasil ciptaan sepenuhnya dari Dior.

Tidak ketinggalan medley lagu-lagu hit melayu antaranya Jangan Bersedih Lagi(Anuar Zain),Bukan Cinta Biasa(Afgan),Seribu Tahun(Imran Ajmain),Sonata Musim Salju (Hazami), Tak Mungkin Kerna Sayang (Aaliyah) & Penghujung Rindu(Jamal Abdillah).

Peminat yang tahu akan lagu yang dinyanyikan tidak melepaskan peluang bernyanyi bersama-sama dengan Dior.

Majlis kemudian diteruskan dengan persembahan dari Jojo yang menyampaikan ‘single’ pertamanya iaitu Rupa & Harta. Single ini merupakan hasil karya sepenuhnya oleh Dior.

Shajiry pula mengambil tempat selepas persembahan Jojo. Shajiry yang juga seorang pelakon sebelum ini pernah menggangotai kumpulan KGB yang popular dengan lagu Hadirlah kasih pada era 90-an menyampaikan single terbarunya, Ku Cinta Padamu. Kata Shajiry lagi, beliau akan menerbitkan albumnya pada hujung tahun ini.

Persembahan diteruskan dengan persembahan dari Dior. Jika tadi Dior menyanyikan medley lagu-lagu melayu, kali ini beliau menyanyi seleksi lagu-lagu dalam balam bahasa Mandarin,Jepun dan Korea. Antaranya lagu Paradise(T-max),Love(CNBlue), Love ya(SS501),timeless(Xiah junsu&Zhang ri in), Like a man (Fly to the sky), Cuo le cai cuo(Nicholas Teo),mirae,heartbeat(2PM),sorry sorry (Super Junior),gee(SNSD), Bonamana (Super Junior) & Love Song (Rain). Selepas itu Dior sekali lagi diiringi penari untuk mempersembahkan lagu Medley Nobody(WonderGirls),Mirotic (TVXQ) & Ring Ding Dong(SHINee).

Mungkin ramai tidak tahu bahawa Dior dan sebilangan besar ahli kelab peminat Dior merupakan fanatic kepada KPop iaitu aliran genre muzik Pop Korea yang sangat popular sekarang.

Persembahan penutup oleh Dior dengan persembahan nyanyian lagu yang mengangkat nama Dior iaitu Sampai Ke Lantai. Ketika menyanyikan lagu ini, Dior mengambil kesempatan menari bersama-sama dengan peminat dan rakan artis yang hadir di pentas. Lagu ber’genre’ Dangdut PopDance ini tentukan meminta peminat-peminat untuk sama-sama bergelek di pentas.

Beberapa rakan artis turut hadir memeriahkan majlis ini antaranya Azmir Arif dan Elfie Hefnie. Kesemua yang hadir tidak dihampakan dengan pemberian ‘Goodies bag’ dari Dioratic,Celebrity Fitness & Karangkraf .Segmen ‘Lucky Draw ‘juga merupakan antara acara yang dinanti semua hadirin.

Showcase berkonsepkan santai dengan hidangan buffet istimewa ini mendapat maklum balas yang positif dari tetamu dan mereka meminta untuk mengadakan showcase seperti ini lagi di masa akan datang. Katanya juga, Dior mungkin akan mengadakan Mini Koncertnya selepas ini diatas permintaan beberapa pihak.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aizat Bakal Berlakon Filem Animasi Firefly

Filem Avatar Edisi Khas dalam 3D