Jamal Abdillah, satu nama yang dilahirkan sebagai penghibur. Siapa yang tidak kenal dengan Raja Pop Malaysia ini. Hingga saat ini, Jamal Abdillah masih diminati. Budiey antara yang meminati vokal jantan beliau yang sungguh mantap.
Pada 21 April lalu, Budiey berpeluang untuk melihat secara live persembahan Jamal Abdillah di Minggu Setiausaha anjuran Menara Kuala Lumpur. Setelah sekian lama tak menonton showmanship gempak abang Jamal Abdillah, Budiey kira suara beliau masih lagi berbisa.
Video rakaman Budiey:
Dewan Mega View Banquet Deck Menara Kuala Lumpur penuh dengan para setiausaha & boss mereka dan tak lupa ada di antara mereka adalah peminat fanatik Jamal Abdillah. Budiey difahamkan seramai 150 orang telah memenuhi dewan ini dan mereka sanggup membeli tiket yang berharga RM350 – RM500. Pastinya, bagi mereka yang hadir sangat terhibur dan meninggalkan memori indah bersama penyanyi bersuara emas ini.
Berbaloi mereka datang kerana selain dapat menikmati hidangan lazat dari Restoran Sri Melayu, hadirin juga berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah yang ditaja oleh Adabi, Istana Budaya dan banyak lagi.
Antara lagu-lagu yang dinyanyikan oleh beliau ialah Kekasih Awal & Akhir, Kau Lupa Pada Janji, Penghujung Rindu, Senandung Semalam, Bunga Pujaan, Lembaran Terakhir dan Gadis Melayu.
Jamal juga telah mengundang para peminatnya untuk berduet bersama untuk menyampaikan lagu Sandarkan Pada Kenangan dan Kehebatan Cinta.
Untuk segmen akustik pula, Jamal telah menyampaikan lagu-lagu kegemarannya yang lebih rileks dan santai.
Majlis yang dibuat dari ketinggian 288 meter ini dihiburkan dengan celoteh pengacara sensasi iaitu Dee d’ Diva. Selama 2 hari sebenarnya sambutan ini diadakan iaitu pada 21 dan 22 April 2010.
Untuk kali ini, persembahan Jamal Abdillah sangat berbesa di mana beliau menghiburkan para peminat dengan diiringi oleh band secara akustik.
Ini merupakan tahun ke-2, Jamal Abdillah menjayakan Minggu Setiausaha di Menara Kuala Lumpur.