Baru-baru ini, Budiey sempat bertandang sekejap di Media Gathering MASIF 2010 yang diadakan di Pulse, Hotel Millennium, Jalan Bukit Bintang. Mungkin MASIF ni event yang masih baru diperkenalkan, jadi tak ramai yang tahu tentang event yang Budiey rasa sangat happening ni. Budiey pun tertanya juga apa yang ada dalam MASIF ni sebenarnya.
Dihoskan oleh penyampai Suria FM, Tuah Zulqarnain, Gathering Media MASIF 2010 diadakan untuk memperkenalkan konsep sebenar yang akan ditampilkan dalam MASIF 2010.
Antara yang hadir di media Gathering MASIF 2010 ialah Presiden BDA, Mahani Awang; Naib Presiden BDA, Ahmad Zabedi Zainul, pereka fesyen Amir Luqman, Hazwani Osman, Khairi Sufi, Rizman Ruzaini dan ramai lagi.
Secara ringkasnya, MASIF atau singkatan dari Festival Muzik, Seni dan Gaya Antarabangsa adalah cetusan idea dari Datuk Khadijah Ibrahim yang merangkap Pengerusi Festival bersama dengan beberapa rakannya seperti Bon Zainal dan Warda Adnan. Mereka ini telah merancang fesitval ini sejak tahun lepas lagi dan bakal menjadi projek Bumiputera sepenuhnya.
Tujuan MASIF 2010 diadakan adalah untuk membantu dan mempromosikan pertumbuhan lagi kesenian negara. Setakat ini, MASIF bekerjasama dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Muzik Malaysia dan juga Pavillion. MASIF juga akan disertai oleh Majlis Pereka Bumiputera.
MASIF 2010 akan diadakan dari 15 hingga 19 September di Pavillion KL dengan menggabungkan konsep pereka fesyen, pelukis, pemuzik dan penyanyi terkenal secara serentak. Bukit Bintang dipilih sebagai lokasi kerana sesuai dengan imejnya sebagai pusat fesyen yang menjadi tumpuan pelancong dan penghuni warga KL. Lokasi ini dilihat satu tempat yang glamor dan penuh gaya moden. Dari segi fesyen, MASIF dilihat sebagai satu platform terbaik untuk menyerlahkan industri fesyen negara.
Selain persembahan daripada penyanyi tempatan, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan daripada artis antarabangsa antaranya dari Filipina, Zsa Zsa Padila. Beberapa artis seperti Anita Sarawak, Faizal Tahir, Zainal Abidin, Jaclyn Victor, Azlan And The Typewriter dan Stacy dijangka membuat persembahan hebat dengan diserikan lagi dengan pertunukan fesyen terkini lagi bergaya.
Setakat ini, persediaan dibuat sudah pun 70%.