in

Sekitar Majlis Up Close And Personal With Zizan Nin

PEMINAT DIRAIKAN SEBAGAI VIP DALAM MAJLIS ‘UP CLOSE AND PERSONAL WITH ZIZAN NIN’

Agensi pengurusan artis serta perunding pembangunan dan pemasaran bakat Aquila Emas dan Celeb Nexus Premium Community dengan kerjasama Lewre International telah menganjurkan majlis ‘Up Close And Personal With Zizan Nin’ pada 14 Mei 2011.

Bertempat di ‘Lewre concept store’ Mid Valley, seramai 50 peminat dan rakan media yang berpakaian mengikut tema majlis Oren/Kelabu/Putih telah hadir untuk diraikan oleh Zizan Nin.

Idea untuk mengadakan majlis seumpana ini telah lama diilhamkan oleh pihak pengurusan Aquila Emas memandangkan sepanjang karier Zizan Nin sebagai seorang artis, belum pernah Zizan Nin meraikan para peminatnya secara peribadi dan khusus serta istimewa.

Zizan Nin

“Pada awal tahun 2011, satu pertemuan telah diadakan di antara Zizan Nin serta pengurusan Aquila Emas dan pihak Lewre International. Alhamdulillah, pihak Lewre International bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan dimana Zizan Nin sendiri mahu meraikan para peminatnya dan melayan mereka sebagai tetamu VIP dan bukan sebaliknya”, ulas Pengarah Urusan Aquila Emas, En Syarizan Md Isa.

Selain dari beramah mesra, peminat Zizan Nin turut diberikan percuma “Lewre Concept Membership Card’ dan mendapat tawaran istimewa untuk setiap barangan Lewre yang dibeli pada hari ini berbanding perlu berbelanja minima RM300 untuk memiliki kad tersebut pada hari biasa.

Pada 13 Mei hingga 17 Mei, Lewre International mengadakan promosi kepada pemegang kad keahliannya dan mereka dapat menikmati diskaun 20% di atas mana – mana barangan yang telah pun diberikan potongan harga 10% dan 20%.

“Dan khusus kepada tujuh orang peminat yang pertama membeli barangan Lewre International melebihi RM100 akan mendapat hadiah istimewa dari Lewre International iaitu ‘Lewre Clutch Bag’ yang bernilai RM159 dan jika membeli melebihi RM400 akan mendapat ‘Lewre Leather Tote Bag’ serta ‘Lewre Clutch Bag’” kata En. Syarizan lagi.

Menurut Zizan Nin “Inilah kali pertama saya dapat meraikan para peminat saya secara peribadi, khusus dan istimewa. Mereka telah mengikuti dan menyokong karier seni saya sejak sekian lama lagi. Saya amat teruja meraikan mereka sebagai tetamu VIP pada hari ini”

“Jumlah kehadiran yang terhad pada hari ini adalah kerana saya inginkan suasana yang cukup ‘personal’ agar dapat mengenali setiap seorang dari mereka secara lebih dekat lagi. Oleh itu, pihak Aquila Emas telah menyenarai pendek jemputan melalui saringan yang dibuat terhadap permohonan para peminat saya yang diterima melalui Celeb Nexus Premium Community, Facebook, Twitter dan lain-lain lagi”, ulas Zizan Nin.

“Melihat kepada wajah-wajah keriangan semua pihak, saya bersyukur kerana inisiatif ini telah mencapai objektifnya dan saya yakin majlis seumpama ini akan dapat diteruskan dari masa ke semasa,insya’allah. Malah saya ingin mengucapkan terima kasih terhadap pihak pengurusan Aquila Emas dan Lewre International yang telah berusaha menjayakan majlis pada hari ini” kata Zizan Nin lagi.

Pelbagai aktiviti telah diadakan termasuklah acara cabutan bertuah, kuiz soal jawab serta ‘model search catwalk’ di mana peminat yang membeli barangan di Lewre diminta untuk memperagakan barangan tersebut dan pemenang tentukan melalui sorakan tetamu yang hadir sekaligus membawa pulang hadiah istimewa daripada Pensonic, Estee Lauder, Aramis Designer & Fragrances, Dermalookz, Secret Garden, A Cut Above dan Celeb Nexus Premium Community.

Mengenai perkembangan karier Zizan Nin pula, beliau sedang sibuk menjalani latihan untuk penggambaran filem akan datang arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba terbitan Pesona Pictures Sdn Bhd. Program kecantikan ‘Ayu & Tampan – Penyiasat Imej’, Zizan Nin sebagai hos pengacara bergandingan bersama artis Aquila Emas, Juliana Ibrahim sedang ditayangkan di TV3 pada setiap Isnin jam 5.30 petang. Manakala lakonan Zizan Nin dalam ‘Panggilan Arwah’ arahan Faisal Ishak terbitan Filmscape akan menemui penonton di saluran Astro Citra pada hari Ahad, 29 Mei 2011.

Zizan Nin

Zizan Nin

Zizan Nin

Zizan Nin

Zizan Nin

Zizan Nin

Zizan Nin

Zizan Nin

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Amanda Imani Menang Besar di Festival Discovery 2011

Gambar Atilia di Pelancaran Butik Dynas Nursing Attire