Pada hari ini pada jam 10 pagi, telah berlangsungnya majlis resepsi yang kedua buat Mira Filzah dan Wan Emir Astar. Majlis yang bertemakan perkahwinan dalam taman tetap meriah dengan kehadiran tetamu dan selebriti. Kelihatan cantik dengan busana biru muda, persalinan pasangan ini direka khas oleh pereka fesyen terkenal Rico Rinaldi.
Menerusi Instagram, pereka fesyen bagi majlis kali ini memuat naik sekeping gambar memaparkan Mira Filzah di dalam busana yang direka khas olehnya. Tampil berbeza berbanding dua majlis sebelum ini, pasangan pengantin ini dilihat berseri-seri sekali.
Majlis resepsi kali ini menggunakan khidmat perunding perkahwinan Indah Wedding nampak begitu cantik dengan dekorasi yang berkonsepkan dalam taman bunga. Manakala pasangan pengantin memilih warna biru untuk warna busana pengantin.
Umum mengetahui pasangan ini telah selamat diijabkabulkan pada 3 September lepas dengan sekali lafaz sahaja dan dinikahkan sendiri oleh bapa Mira.
Manakala majlis resepsi pertama pasangan ini diadakan pada 4 September di Le Heritage, Putrajaya.
Menerusi akaun Instagram, beberapa video di sekitar majlis resepsi perkahwinan Mira dan Emir telah dikongsikan.
Pastinya peminat pasangan ini berasa teruja dan tidak jemu melihat persandingan mereka buat kali yang kedua ini. Mira juga cantik sangat !!
Rata-rata netizen memuji penampilan Mira yang nampak cantik dan berseri.
Tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin baru ini. Semoga mahligai cinta yang dibina oleh Mira Filzah dan pasangannya Wan Emir Astar berkekalan selamanya sehingga ke jannah serta dikurniakan cahaya mata yang comel-comel. Amin.