Pada 2 Februari 2015 telah berlangsungnya majlis resepsi Jue Aziz dan suami, Bayu Pramana Putra, dengan meriah sekali. Kehadiran ahli keluarga, sahabat handai dan juga rakan artis memeriahkan majlis ini. Jue tampak manis dan cantik manakala Bayu nampak segak dengan pakaian yang peragakan. Berseri kedua-dua mereka ini.
Mungkin ada yang tidak tahu, Jue sebenarnya telah berkahwin dengan pemuzik dari Indonesia ini pada 9 Mac tahun lalu. Ia mendatangkan sedikit kontroversi kerana Jue tidak berkongsi mengenai pernikahannya itu. Tetapi bagi Jue, dia tidak merahsiakan sebaliknya berdiam diri kerana serik dengan perkara yang telah berlaku.
Jue bertindak sedemikian kerana bimbang kisah seperti mengambil anak angkat itu dimanupulasikan ceritanya. Tetapi tidak mengapa, Jue sendiri sudah bahagia dengan suaminya. Lihat sahaja gambar perkahwinan mereka, amat meriah lagi.
Walaupun lambat membuat majlis resepsi tetapi sekurang-kurangnya Jue adakan juga majlis ini untuk meraikan mereka yang sentiasa berada disisinya. Jue sendiri sememangnya mahu mengadakan resepsi perkahwinannya itu pada tahun ini. Turut kelihatan Azwan Ali, Arja Lee memeriahkan majlis.