Hujan renyai-renyai dan jalan yang sesak dengan kenderaan menjadikan pagi dingin tadi antara yang ditunggu oleh para media untuk menonton buat pertama kalinya filem I’m Not Single. Segala halangan tidak menghalang bagi mereka untuk menghadiri majlis yang dianjurkan oleh Metrowealth ini walaupun ada yang tiba agak lewat.
Pembaca Budiey.com sedang mendaftar nama.
Antara pembaca yang hadir. Harap kalian semuanya terhibur dan enjoy dengan filem ini! Terima kasih sebab sudi datang ya!
Khususnya saat ini juga antara yang dinantikan oleh 20 orang pembaca Sensasi Selebriti yang berjaya mendapat jemputan turut sama memenuhi tempat duduk panggung TGV, Pusat Membelah Belah The Mines Sri Kembangan.
Seawal jam 9.30 pagi lagi, ada pembaca yang sudah sampai. Walaupun, majlis bermula agak lewat atas masalah teknikal, namun rata-rata pembaca yang Budiey temui selepas sahaja majlis prebiu berlangsung berpuas hati dengan filem ini. Cukup menghiburkan dan menyentuh perasaan. Itu kata mereka. Tidak teragak-agak ada yang memberikan 4/5 bintang untuk filem ini.
Pembaca Sensasi Selebriti bergambar bersama Farid Kamil.
Apa yang Budiey boleh katakan, filem I’m Not Single lebih baik digarap oleh Pierre Andre berbanding filem pertama arahannya, 9 September. Beberapa kesilapan dan kekurangan dalam 9 September telah diperkemaskan menjadikan plot lebih kemas, penceritaan lebih baik dan mutu persembahan juga lebih mantap. Budiey nak ucapkan tahniah buat Pierre Andre atas usaha memberikan yang terbaik buat peminat.
Budiey juga ingin mengucap terima kasih kepada semua pembaca yang melapangkan masa menghadiri majlis prebiu kali ini. Jangan lupa untuk menyertainya lagi pada masa akan datang sekiranya ada ruang tempat duduk untuk pembaca Budiey.com. Terima kasih Metrowealth atas kerjasama dan sumbangan ini.
Selain tetamu, pelakon utama yang turut hadir ialah Lisa Surihani, Farid Kamil, Awal Ashaari, Intan Ladyana, Ahmad Idham dan David Teo.
Cerita Pierre Andre penuh falsafah hidup dan nostalgik.
Pengarah filem ini, Pierre Andre bercerita panjang juga ketika sesi ucapannya. Menyentuh tentang sejarah dan kenangan manis ketika mana bermulanya titik minat dalam menghasilkan filem.
Dari minat dari bangku sekolah sehinggalah berjaya menghasilkan sebuah filem pendek dan pada hari ini telah dua filem menemui peminat… nampaknya Pierre mahu mencipta sejarah dalam dunia perfileman tanahair.
Ucapan David Teo selaku penerbit filem ini memang tidak sah kalau tidak diselitkan jenaka spontannya. Katanya, dalam filem ini, David Teo juga turut berlakon sebagai jurujual barangan jualan langsung dan menjadi bos kepada Ahmad (Ahmad Idham). Sebenarnya, kisah ini dipetik dari kisah hidup David yang dulunya pernah menjadi bisnesman jualan langsung.
Tidak banyak babak untuk watak David… cuma 11 babak sahaja. Yang kelakarnya, setelah menonton filem ini, nampaknya David begitu bersahaja dalam setiap lakonannya dan ini kekuatan untuk mengambil perhatian penonton dengan mesej dan nilai positif dalam setiap babak.
Kalau anda mahu menjadi bisnesman berjaya, tontonlah filem ini kerana banyak tips dan petua diberikan secara motivasi melalui watak David. Memang gelak habislah!
Dakmie, penyanyi lagu tema dan 4 buah lagu tema filem ini juga turut hadir untuk menyanyikan secara live dua buah lagu untuk hadirin.
Dengan menelan kos produksi dan promosi sebanyak RM1.5 juta, filem ini nampak menarik dengan latar belakang Bukit Fraser, Pahang dan sekitar Lembah Klang. Turut berlakon dalam filem ini ialah Cat Farish, Dato’ Jalaluddin Hassan, Fadhilah Mansor, Hafizuddin Fadzil, Aznah Hamid dan Rusminah Sidek.
Filem ini akan ditayangkan di pawagam berdekatan anda mulai 24 Julai 2008.
Cinta tiga segi
Intan Ladyana sebagai Lisa
Antara tetamu yang hadir, pelakon Ahmad Tarmimi Serigar bersama isteri.
Pengarah fotografi, Abang Indra Che Muda.
Dua Pak Lawak
Pierre & Lisa Surihani