Masuk ni dah banyak kali rasanya Metrowealth kasi jemputan menonton wayang kepada pembaca blog ini. Terima kasih daun keladi, kalau ada masa, ajaklah lagi ya.
Budiey pun rasa ralat kalau tidak mempromosikan filem yang diterbitkan oleh Metrowealth walaupun sesetengah filem MIG dikatakan tidak mencapai tahap yang dimahukan oleh penonton. Itu hanya segelintir sahaja. Tapi tengoklah filem Metrowealth kebelakangan ini, Budiey kira, bukan satu bukan dua… ada banyak lagi filem yang telah menerima banyak pujian mahupun dari segi kutipannya, agak memberangsangkan juga.
Apa-apa pun, Budiey percaya, penonton sekarang sudah bijak untuk memilih filem mana yang ingin ditonton dan filem mana yang rasanya hanya perlu ditonton di kaca TV sahaja ketika musim raya.
Kali ini, Budiey diminta mencari 30 orang pembaca untuk hadir bersama di Prebiu Media Filem Senario Episod 1 yang diadakan di TGV, The Mines, Seri Kembangan. Namun, apa yang Budiey terkejut boleh dikatakan kesemua pembaca yang dijemput hadir. Tempat duduk nampak penuh berpenghuni, tidak sebagaimana pra tonton yang sebelum ini. Janji nak datang, tapi batang hidung pun tak kelihatan. Memang susah nak buat pilihan Memang nak kena buat tapisan beberapa kali jugak.
Antara pembaca yagn terpilih… Norshafinaz Ahmad Arshad, Mohamad Azif Bin Mohamad Aris, Noor Sherliza Ibrahim, Azimah Abdul Aziz, Badiuzaman Mohd Noor, Abd. Rahman Ahmad, Mohd Safri Bt Damansara, Azlin Binti Ibrahim (Ogy), Ashairi Suliman, Mohammad Zul Fahmi, Zirwatul Huraizah Jaslenda, Abdul Razak Perdsiman dan Muhammad Haizril.
Tak seperti selalunya, kali ini pratonton diadakan di bulan puasa. Jadi, pada petang Jumaat itu, tepat jam 4 petang, kesemua pembaca nampaknya sampai seawal jam 3 petang lagi katanya. Tak sabar nak tengok Senario buat lawak kan? Juga korang beruntung sebab dapat menikmati juadah hidangan lazat di Restoran Lemon dengan percuma! Rezeki koranglah kan?
Di samping dapat mengajak pembaca, Budiey kira satu bonus untuk mereka kerana dapat berbuka bersama dengan para pelakon filem terbaru Senario ini. Kebanyakan pembaca yang datang, adalah pertama kali bersua di alam nyata. Jadi, maafkan Budiey kalau ada yang terlupa nama tu ya. Dan Budiey difaham tidak semua dari korang dapat berbuka bersama. Ada yang terpaksa pulang awal dan ada juga yang malu untuk menjejak kaki ke Restoran milik David Teo tu. Mmm… susah gak tu.
Antara gambar pembaca yang datang…
Haa, sengih la kat kamera ni…
Ini pula Liza dari Keramat. Pembaca setia katanya. Baru sebulan kenal budiey.com dah terpikat dan tiap-tiap hari masuk budiey.com. Kalau tak baca, harinya tak seakan tak lengkap katanya. Terima kasih Liza atas sokongan anda.
Ini pula Ajieb. Memang selalu minta nak datang. Memang tak pernah mensia-siakan peluang yang ada, Ajieb seorang pencinta filem yang begitu mendalam sekali kritikannya. Syabas Ajieb! Datang pula dengan seorang gadis cantik. Awek ko kan?
Siap dah duduk semua… sorilah terpaksa tunggu lama sikit sebelum tayangan bermula. Biasalah Wahid dan Lan katanya terkandas di jalanan yang sesak pada sore itu.
Ele le le, sopannya korang… berkenalan la dulu ya.
Ini pula adalah Zubir. Staff Metrowealth yang berdedikasi.
Wartawan dari unit berita hiburan Bernama. Su namanya.
Ini kameraman tetap yang sentiasa bersama Su. Abang Mie namanya. Terima kasih abang Mie sebab kasi tumpang kereta masa nak balik hari tu yek.
Tak ramai sebenarnya artis yang datang. Mungkin bulan puasa ni, agak letih atau diorang memilih untuk berehat sahaja di rumah. Yang datang… terus aje kena dera oleh jurukamera untuk bergambar. Antaranya pelakon remaja ini… Eric namanya.
Dan tidak dilupakan, pengarah filem Senario, Ahmad Idham yang begitu ceria sekali melayan media.
Sebelum tayangan filem dimulakan, seperti biasa, bacaan doa di baca oleh Ustaz Fauzan, diselangi dengan ucapan oleh Pengarah dan penerbit filem ini.
Ahmad Idham sedang berikan ucapan.
Orang besar Metrowealth merangkap penerbit filem ini… Mr David Teo.
Wahid siap bersongkok tu, baru pulang solat Jumaat katanya.
Keseluruhan, filem ini menghiburkan. Pelbagai aksi lucu dapat kita tonton. Yang menarik, ada cameo dari Fauziah Nawi yang tak disangka-sangka dalam filem ini beliau menjadi pelumba kereta drift. Huhu… memang babak di mana Senario dibawa oleh Makcik ini antara yang menggelikan hati.
Cuma yang Budiey rasa, cukup lawakkah filem kita? Perlukah bodohkan diri untuk buat audien ketawa? Itu yang Budiey rasa yang perlu diubah semula. Budiey tak mempertikaikan legasi Senario yang dah bertahun-tahun menghiburkan penonton sehingga satu masa penonton rasa lawak mereka sudah tidak relevan dengan keadaan semasa. Maka, itu datangnya idea ini dan digarap dengan begitu kemas oleh Ahmad Idham untuk meneruskan legasi Senario. Berjaya atau tidak, jangan dilihat kepada kutipan tiket, tetapi lihat kepada keseluruhan cerita, sejauh mana penonton dapat terhibur dengan lawak yang disajikan.
Lawak orang kita… Satu perkara yang bukan mudah untuk direalisasikan. Budiey rasa filem ini bernasib baik kerana diberi ruang keemasan apabila berjaya menembusi tarikh hari raya Aidilfitri di mana orang kita akan berduyun-duyun ke pawagam.
Budiey kira lawak kita, lawak orang Malaysia ada sesuatu yang tak kena. Dari dulu sampai sekarang. Rasanya susah untuk kita kerana kita punya bahasa lain sikit. Jangan nak samakan dengan orang putih. Bahasa mereka lain.
Jadi, apa yang tak kena? Samada kita berkiblatkan ke barat atau lawak yang kita tampilkan itu kosong, takde makna atau dalam kata yang senang, lawak yang ntah apa-apa. Cuma bagi Budiey, pengisian yang penting.
Dari sudut filem ini, pengarahan dan plot memang sangat penting dalam memastikan masa penonton tidak disia-siakan. FIlem ini baik untuk kanak-kanak dan remaja kerana mereka sudah tentu suka dengan lawak yang menggunakan karakter dan pergerakan badan serta bunyi-bunyian (merujuk kepada kebolehan Lan Pet Pet).
Ada seorang kawan Budiey berpendapat bahawa filem lawak tak perlu ada dialog yang double meaning. Juga kalau boleh elakkan buat lawak yang berbaur seks atau lucah. Bagi Budiey pula, tak salah lah nak melucah dalam melawak tapi kena dengan tempat dan masa jugak. Kata orang seks itu seni dan seni itu ada elemen lawak. Untuk orang dewasa, seks itu sendiri satu objek yang boleh dibuat bahan lawak. Kalau tak, mana syiokkan?
Maka, bagi kita orang dewasa, lawak perlu ada pengisian. Sekurang-kurangnya ada rasa, oh lawak ini satu lawak yang bijak. Itu yang kita mahu lihat. Dalam filem Senario ini banyak sekali menggunakan kaedah ‘buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. Kalau selalu buat baik pun salah, sebaliknya kalau buat jahat lagilah salah kan.
Budiey memang terus terang cakap kat sini, lawak kita tak relevan lagi kalau ada karakter yang memperbodohkan diri sendiri. Pointless… dan something yang kurang bijak ditampilkan. Penonton rasanya akan rasa muak dengan watak klise dan plot cerita yang meleret-leret dan dialog yang diulang-ulang. Itu pentingnya, penulisan skrip berdasarkan apa yang penonton mahu lihat, bukan syiok sendiri aje.
Lawak Senario memang ada yang bagus. Kekadang benda ni very subjective. Lain orang, mungkin akan ketawa terbahak sampai keluar isi perut. Ada… tapi ada juga yang menonton filem lawak umpama menonton filem serius. Aduh, di situ kita boleh nilai kejayaan sesebuah filem lawak.
Ternyata, filem Senario yang ini berjaya menghiburkan penonton. Walaupun ada media yang berpendapat, soal predictable, klise, kurang originaliti dan realistik perlu diletak ketepi kerana filem hunor adalah filem untuk kita bersuka ria. Peduli apa dengan itu semua, kan?
Lawak yang kurang menjadi, bagi Budiey… adalah lawak yang syiok sendiri.
Budiey memberikan 3/5 bintang untuk filem ini. Pertama kerana ianya berjaya menghiburkan penonton. Kedua, lakoan ketiga-tiga ahli Senario begitu pakar dan berpengalaman disokong pula dengan beberapa cameo yang tak kurang gempak buat lawak.
Untuk pembaca semua, kalau mahu lepaskan tension tak dapat balik beraya di kampung, atau mahu ketawa puas-puas di musim lebaran, ke pawagam mungkin ubatnya… filem ini akan ditayangkan serentak di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura pada hari raya pertama nanti.