Satu majlis pengumuman program sepanjang Jun hingga Disember 2008 telah diadakan di Lambang Sari, Istana Budaya telah diadakan pada jam 8.30 malam, 9 Jun 2008 hari Isnin lalu.
Antara yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia, Yang Berbahagia Dr. Muzahet Masruni, Ketua pengarah Istana Budaya, Encik Mohamed Juhari Shaarani serta penerbit teater dari pelbagai genre seperti konsert, orkestra, kumpulan keseniaan, tari dan sebagainya.
Antara program yang telah dirancangkan untuk mengisi slot bulan Jun hingga Disember ialah:
- Konsert Maharaja (21 hingga 22 Jun 2008)
- Konsert Amal Senandung Semalam Bersama Alleycats (27 hingga 29 Jun 2008)
- KL Music Fest (2 hingga 6 Julai 2008)
- Konsert Musical Journey Bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan Malaysia (11 hingga 12 Julai 2008)
- Muzikal Patriot (29 Julai hingga 3 Ogos 2008)
- Teater Ibu Zain (12 hingga 18 Ogos 2008)
- Festival Keseniaan Kanak-Kanak (22 hingga 24 Ogos 2008)
- Konsert OSR (29 hingga 30 Ogos 2008)
- Titian Budaya (19 hingga 20 Oktober 2008)
- Konsert Alam Muzik M. Nasir (24 hingga 26 Oktober)
- Anak Malaysia (31 hingga 2 November 2008)
- Impak Maksima The Musical (11 hingga 22 November 2008)
- Teater Muzikal Kanak-Kanak Sinbad (29 November hingga 6 Disember 2008)
- Mamma Mia! (17 Disember 2008 hingga 4 Januari)
- A Grand Night For Singing (16 hingga 20 Julai 2008)
- Abegg Trio Show (11 Oktober 2008)
Bagi Budiey, Istana Budaya adalah antara 11 agensi yang dikendalikan oleh kementerian yang mendapat liputan sangat meluas selain Finas dan Aswara kerana suntikan glamournya. Jadi, sudah tentu program yang dirancang ini begitu menyeluruh untuk setiap genre dan cabang seni. Keseimbangan antara produk tempatan dan produk dari luar negara perlu diselaraskan. Satu yang Budiey perlu berikan pujian, kalau diperhatikan hanya 20% persembahan datang daripada produk luar negara. Pada saya, Istana Budaya perlu lebih mengangkat produk tempatan untuk menggalakkan serta merangsangkan lagi perkembangan seni di kalangan orang kita.
Turut memberikan ucapan ialah Ketua Pengarah Istana Budaya, Yang Berusaha En. Mohamed Juhari Shaarani dan pelancaran Program oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan Malaysia, Yang Berbahagia Dr. Muzahet Masruri.
En. Mohamed Juhari Shaarani yang menyambut harijadinya semalam. Happy belated birthday to you!
Dr. Muzahet Masruri
Turut dipertontonkan kepada hadirin adalah sedutan persembahan Program sepanjang Jun hingga Disember 2008.
Setelah sesi fotografi, semua hadirin dijemput untuk ke jamuan makan di Laman Beringin.
Safura yang kini berbadan dua sedang berduet.