Pada 13 Februari 2008, hari Rabu lalu, Budiey dan Azwan ke Majlis Pelancaran Dan Doa Selamat Filem Senario The Movie Episod 1 di Restoran Lemon, Selayang Mall. Majlis anjuran Metrowealth MIG itu dihadiri oleh pengarah filem Senario terbaru ini, Ahmad Idham, anggota Senario seperti Lan Pet-Pet, Wahid hos Melodi dan Azlee serta Zaibo. Budiey tidak sabar untuk melihat kelainan hasil suntikan Ahmad Idham kepada filem Senario yang sebelum ini telah mengalami kejatuhan setelah Saiful Apek dan Yassin menarik diri. Dikatakan filem Senario ditangan pengarah terdahulu hilang bisanya… dan Ahmad Idham kini diberi kepercayaan untuk mengembalikan kegemilangan Senario. Mampukah Ahmad Idham merubahnya?
Filem terbitan Metrowealth yang ke-27 ini sebenarnya pada entri ini ditulis sedang menjalani pengambaran di Kedah dan di Perak. Sudah 50% sudah siap sejak hari pertama pengambaran iaitu 2 Februari lalu di sekitar Kuala Lumpur, katanya. Dijangka akan siap pengambaran pada 20 Febuari ini. Filem bergenrekan komedi ini memaparkan sebuah kisah komedi rakyat dan ianya diterbitkan secara usahasama oleh Media Prima dan Golden Screen Cinemas.
Kos pembikinan dan promosi sebanyak RM1.5 juta, filem ini turut mengisahkan kehidupan sebenar anggota Senario iaitu Azlee (jadi penternak ayam), Wahid dan Mazlan sebelum mereka menjadi pelakon dan pelawak terkenal. Itu yang istimewanya, skrip seakan mahu membongkar kehidupan realiti ahli senario sebelum mereka menjadi terkenal.
Untuk memantapkan lagi filem ini, gandingan pelakon pembantu lain banyak memberi impak iaitu Fauziah Nawi, Zul Huzaimi, Julia Hana, Piee, Zaibo, Ilya, Ropi Cecupak, Osman Kering, Eizlan Yusoff dan Shamsul Ghau Ghau.
Terbaru, MIG akan tampil dengan filem seram yang Budiey percaya akan meletop lebih daripada filem Jangan Pandang Belakang iaitu Congkak yang akan ditayangkan pada 17 April 2008 juga dibawah arahan Ahmad Idham. Selain itu, filem kedua Pierre Andre, I’m Not Single sudah siap dan filem BS21: Brainscan arahan Ahmad Idham dan Selamat Pagi Cinta arahan Norliana Shamsudin masih dalam proses pos produksi.
Majlis doa selamat malam itu turut dihadiri oleh orang besar daripada GBSB iaitu Tengku Iesta, Azhar Borhan dan juga orang besar GSC, Mr Lee. Bacaan doa dibaca oleh Ustaz Fauzan Abd Samad.
Ketika berucap, tauke Metrowealth, David Teo berkata, “Kenapa Senario ada di sini (Metrowealth)? Kerana apa? Kerana tidak ada apa-apa… (buat lawak la tu)… Sebenarnya Metrowealth percaya masih ada lagi penonton yang ingin melihat lawak jenaka Senario dan penerbit juga percaya dengan kebolehan Ahmad Idham yang kaya dengan idea yang lebih segar untuk tatapan penonton. Jadi, tidak hairan Metrowealth diberi peluang oleh Media Prima untuk meminjam seketika Senario untuk dihasilkan filem di tangan Metrowealth.”
Ketika Budiey temuramah Lan Pet Pet, dia ada teringat ketika ujibakat Sinaran ada seorang kakak yang mendokong anak memberi kata-kata semangat kepadanya dengan mengatakan, “Lan, awak boleh jadi juara dan akan popular suatu hari nanti… sebab awak cakap selamba dan boleh buat orang gelak.” Sampai sekarang Mazlan ingat lagi kata-kata kakak yang tidak dikenalinya ini.
Budiey pernah singgah sekali di lokasi pengambaran mereka di Bukit Bintang selepas menghadiri Stephen Chow Meet Fans di Pavilion baru-baru ini. Ketika itu, scene untuk Lan yang buat lawak di tepi jalan hadapan Maybank cawangan Bukit Bintang. Tengok-tengok cara diorang ni buat kerja memang susah jugaklah diorang ni berlakon sebab terpaksa ulang banyak kali.
Sekiranya berjaya, filem ini akan disambung episodnya… mungkin episod 2 dan 3 akan menemui penonton pada tahun hadapan. Kita tengok je la macamana sambutan penonton filem ini yang akan ke pawagam pada penghujung tahun ini.
Selamat maju jaya untuk produksi filem ini.
[tags]lan pet pet, sinopsis filem Senario The Movie Episod 1, maybank2U, Ahmad Idham, profile wahid, gossip azlee, irdawati, zaibo, maknyah din atau dina, gambar syawal jadi maknyah, jalaluddin hassan, teater pondan, gsc.com.my, media prima website, stephen chow[/tags]