Pelakon, Fizo Omar, 36, melangsungkan pernikahan dengan bekas pramugari, Fazeera Nazri Azrai, 25, yang diadakan secara tertutup di Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang, pagi semalam.
Pengurus Fizo, Mimi ketika dihubungi mengesahkan berita pernikahan itu yang berlangsung kira-kira jam 10 pagi.
Menurut Mimi, Fizo dan Fazeera sudah lama berkenalan dan membuat keputusan untuk berkahwin tahun ini.
Fazeera turut memuat naik dua gambar dia mengenakan baju pengantin berwarna putih selain menggunakan gambar Fizo lengkap berbaju Melayu putih bersama anak perempuannya, Wan Maryam sebagai gambar profil akaun Instagram itu.
Foto pertama yang dimuat naik menunjukkan seorang lelaki (tanpa menunjukkan wajah) sedang menyarung cincin ke jarinya dengan keterangan gambar, ‘Alhamdulillah’.
Fazeera yang dikatakan berasal dari Sarawak bagaimanapun menutup ruangan komen pada akaun miliknya itu.
Dalam pada itu, Mimi memohon kepada sesiapa yang menyebarkan akaun media sosial palsu Fazeera supaya berhenti berbuat demikian bagi mengelakkan kekeliruan.
“Benar. Akaun Tik Tok yang tular adalah milik Fazeera, tetapi dia memilih untuk menyah aktifkan akaun berkenaan atas sebab peribadi. Mungkin juga terkejut dengan perhatian daripada banyak pihak,” katanya.
Selamat pengantin baru!
Sah, Fizo Omar Dah Tamatkan Zaman Duda
Bukan malam tadi seperti sebagaimana yang ditebak netizen, pelakon Fizo Omar sebenarnya telah sah bergelar suami kepada gadis Fazeera Nazri Azrai dalam satu majlis akad nikah yang dijalankan secara tertutup sekitar pukul 10 pagi, semalam.
Menurut pengurus kepada Fizo yang dikenali sebagai Mimi ketika dihubungi Kosmo! Online memberitahu, majlis pernikahan antara Fizo dengan gadis kelahiran Kuching, Sarawak itu berlangsung sebuah pusat peranginan, Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang dan hanya dihadiri keluarga terdekat.
“Benar, Fizo telah selamat diijab kabulkan dengan gadis pilihannya sekitar pukul 10 pagi semalam dan hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
Bagaimanapun Mimi enggan memperincikan perkara lain seperti hantaran dan juga mas kahwin yang diberikan Fizo kepada isterinya yang difahamkan sebagai bekas pramugari itu.
Ketika ditanya lebih lanjut mengenai majlis resepsi yang mungkin akan diadakan kemudian, Mimi berkata Fizo atau nama lengkapnya Wan Hafizol Wan Omar, 36, akan membuat satu pengumuman kepada media dalam masa terdekat.
Berhubung penularan sebuah akaun Instagram yang menggunakan nama @fazeeranazriaz yang didakwa milik pasangan itu, Mimi memberitahu akaun tersebut adalah palsu dan telah dibuat oleh individu yang tidak diketahui identitinya.
Menerusi hantaran terkini dalam Instagram tersebut, pemilik akaun itu turut berkongsi gambar Fizo dan isterinya yang juga merupakan bekas pramugari di salah sebuah syarikat penerbangan antarabangsa sedang bersanding di atas pelamin.
Terdahulu,menerusi satu hantaran dalam Instagram miliknya ketika menyambung ulang tahun kelahirannya yang ke-36, pelakon drama Pengantin Satu Malam itu pernah memaklumkan akan menamatkan zaman dudanya pada tahun ini.
Fizo sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mawar Karim pada November 2013 dan dikurniakan anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia empat tahun. Mereka bagaimanapun bercerai pada Julai 2019.
Menerusi laman Instagram milik beliau semalam, beliau memuat naik gambar Maryam, anaknya membutangkan baju melayu putih yang dipakai beliau. Beserta kapsyen, “Ok Abang Joe left group ‘recond’ dulu okay.”
Postingan beliau turut mendapat sambutan rakan artis terutama sekali rakan artis yang telah Fizo tag iaitu Sharnaaz Ahmad, Nazim Othman, dan Azlee Khairi.
Nazim dan Sharnaaz turut tidak melepaskan peluang untuk ‘mengucapkan tahniah’ di ruangan komen.
Sumber: K ONLINE