Pada 3 November 2007 hari Sabtu yang lalu, Budiey telah menghadiri satu majlis Program Jom Raya Bersama Faizal AF4 bersama-sama Anak-Anak Yatim dan Ibu Tunggal di Hotel Legend, Kuala Lumpur. Terima kasih kepada Fieza dari Faizal FC kerana sudi menjemput Sensasi Selebriti bagi merasai kemeriahan majlis tersebut. Dengan ditemani co-author Sensasi Selebriti, Rizal, saya selamat sampai di Ballroom, Hotel Legend seawal jam 8.30 malam lagi.
Usaha mengadakan program kemasyarakatan meraikan insan-insan malang seperti anak yatim dan ibu tunggal seperti ini sepatutnya diperbanyakkan lagi oleh artis kita. Apatah lagi di bulan Syawal yang mulia dan penuh dengan keberkatan ini, segala kegembiraan dan kesyukuran eloknya dirayakan bersama. Sebenarnya, ini kali pertama saya menghadiri majlis yang dianjurkan oleh Faizal FC. Sudah agak lama juga saya tidak melihat persembahan Faizal secara live. Setidak-tidaknya, program sebegini dapat mengembalikan populariti Faizal yang saya kira agak tenggelam berikutan Akademi Fantasia saban tahun terus menerus melahirkan penyanyi yang berbakat.
Acara dipengerusikan oleh Reza, penyampai Radio Era yang saya kira banyak menjadikan majlis pada malam itu hinggar binggar dengan lawak jenaka bintang AF ini yang spontan dan mencuit hati. Saya perhatikan Reza banyak mengusik hadirin dengan seloroh yang ringan-ringan tetapi kadang-kadang tu nampak macam over. Asalkan orang yang kena usik tu tak kecil hati sudahlah. Acara yang saya kira mewah dengan makanan-makanan yang sedap-sedap ini dihadiri juga orang-orang kuat Faizal FC dan peminat-peminat. Hadirin sudah tentu dihiburkan oleh Faizal dengan 5 buah lagu. Antaranya lagu yang dipetik dari album terbaru Faizal iaitu Lihatlah, Blues Senyum Sokmo, Kumilikmu, Malam Kekasih dan beberapa lagu raya. Diselang-selikan dengan permainan yang melibatkan hadirin yang dikendalikan oleh Reza. Sebenarnya, permainan sebegini banyak mengamit ketawa hadirin. Nasib baik ada ‘penyelamat’, kalau tidak majlis rasanya agak lesu sedikit.
Dari segi persembahan, saya lihat banyak lagi yang perlu dipelajari oleh Faizal terutamanya dari segi komunikasi. Untuk menjadi artis yang serba boleh, Faizal perlu bekerja keras untuk bersaing dan meneruskan karier sebagai penyanyi. Saya ada dengar juga banyak kata-kata di luar sana yang mengatakan Faizal mempunyai masalah disiplin. Apa sahaja yang berlaku, semoga Faizal akan mengambil segala yang berlaku sebagai iktibar. Semoga Faizal terus sukses deh… Sukses sokmo la!
Gambar sekitar Majlis Jom Raya Bersama Faizal.
[tags]jom raya bersama faizal, monsoon cup 2007, gambar faizal af4, gambar faizal oiam, profile faizal af, masalah disiplin penyanyi, fieza, hotel legend ballroom, lirik lagu Lihatlah, mp3 Blues Senyum Sokmo, mp4 Kumilikmu, lagu Malam Kekasih, restoran chicken rice shop linda, lisdawati fauzi kahwin, drama iris, anak pontianak cerita, novel mawi, drama wali, bapuk, cerita gay, mums recipe, resepi, mesra.net, koleksi resepi chef wan, kursus make up, access hollywood, bad plastic surgery[/tags]