Semalam (8 September), Budiey telah dijemput oleh Hot FM untuk majlis berbuka puasa bersama dengan penyampai dan warga kerja Hot FM dan Fly FM di Sime Darby Convention Centre, Jalan Bukit Kiara 1, Kuala Lumpur. Terima kasih kepada PR Hot FM yang tak kurang HOT macam penyampainya jugak, Ryenne!~
Oh dengar kabanya, kat sini pun ada Ramadan Buffet. Ada member-member Budiey ajak nak makan situ, So, kira semalam, Budiey ngetest la dulu makanan diorang. Lepas merasa, memang sedap la juga hidangan dan juadah berbuka kat sini.
Budiey dan kawan-kawan sampai awal sikit sebab nak elak dari kesesakan lalu lintas. Senang bila dah sampai awal nih, bolehlah lepak-lepak dan borak-borak dengan orang HOT FM.
Ni gambar Budiey ambil masa majlis tu dah selesai… Diorang bergambar dengan bos besar.
Turut hadir penyampai HOT FM yang semuanya HOT~HOT belaka… iaitu Fara Fauzana, Faizal Ismail, Zura, Tini, Aleya dan tak lupa penyampai Fly FM serta Zoomers diorang. Diorang ni memang happening giler sebenarnya.
Dan penyampai yang datang awal… Faizal Ismail… ha, terus kena sambar dan didera macam biasa. Suruh Faizal posing untuk sesi fotografi yang Budiey buat kat luar tempat smoking area. Yelah masa tu, dah nak senja, jadi kenalah cepat. Sebab Budiey suka tangkap gambar potret artis dengan menggunakan cahaya yang natural.
Dari sisi Faizal yang siap bergaya dengan baju raya yang barunya… Lor dah rasmi yek, bro. Tak pe la. Bro kan artis, so kenalah pakai baju yang berbeza setiap kali events. Lepas raya nanti lagi banyak majlis rumah terbuka. Khabarnya, Faizal ada tempah tiga pasang baju raya untuk tahun ini. Kira ok lah tu, bro. Rezeki masyuuuukkk. Hehe.
Senyum Faizal Ismail
Tu dia posenya. Budiey ambik gambar banyak tapi sempat letak 3 keping je kat sini. Terima kasih la bro… selama kenal Faizal Ismail, dia antara selebriti yang senang untuk bekerjasama.
Lepas Faizal, Budiey sambar seorang penyampai yang tak kurang HOT… Tini. Penyampai yang sentiasa manis dengan senyuman ini memang suka masuk blog Sensasi Selebriti. Tiap-tiap hari memang dia datang baca Budiey.com. Terima kasih la Tini. Korang memang support kita habis yek… Toche2…
Kata Fara Fauzana, Tini ni adik beradik ngan Datuk Seri Rafidah Aziz? Hahhaa, ada la sikit persamaan tu. Fara saje je tu buat lawak.
Tini macam biasa, tak kurang sibuk pada bulan Ramadan.
Uik, melihat langit. Awan mendung berarak ke? Oh, hari nak hujan katanya.
Gaya pose HAPPY sebab dapat sebulan bonus raya yek?
Kemudian, Budiey sempat sambar seorang penyampai yang baru je sebulan kahwin… Zura. Wah! Bertambah kurus la Zura lepas kahwin. Kenapa Zura? Syafiq ni, kesian kat Zura… Masa nak shoot tu, Syafiq call. Wah, sempat lagi tu bertanya khabar. Ye lah, sekarang Syafiq sekarang tengah berada di rakaman Singgah Sahur nun jauh di Johor sana. Kesian Zura, selalu kena tinggal yek.
Pose manis ayu dari Zura. Mantap tu!
Masa lepas majlis, Budiey sempat berbual dengan Zura. Sempat ajukan soalan kenapa nampak kurus walaupun selepas kahwin? Kata Zura, alasannya kerja kuat di bulan puasa, badan I nampak kurus sikit. Memang kalau kita makan banyak pun, badan akan maintan macam ni.
Tapi melalui pemerhatian Budiey, Zura ni jenis workaholic. Ye lah, dia ni macam kata Aleya, seorang yang perfectionist juga. Sehinggakan, sebulan kawin, masa untuk berdua dan bermesra-mesraan tu, masih tak dapat dicari oleh pasangan ini.
“Kami tunggu untuk plan berbulan madu pada bulan November nanti. Zura rancang nak berbulan madu di Gold Coast. Tak nak jauh sangat. Sebab kalau pergi Gold Coast tu makan masa 6 jam dalam kapal terbang. Tengok cuti dulu macamna.”
Kesian yek kat you Zura sebab sampai sekarang masih tak sempat nak berbulan madu. Zura sekarang tinggal kat Danau Kota, Setapak. Stay ngan famili Syafiq
Pengalaman berpuasa bersama dengan keluarga baru?
“Mak Syafiq suka sangat masak, kalau I tak bangun, jadi rasa serba salah pula. Kekadang seganlah kalau tak bangun buat persediaan untuk bersahur. Sebenarnya, masa untuk bermesra-mesraan belum sampai lagi. Mak ayah pun ngeleng kepala tengok kami. Sibuk memanjang dengan kerja masing-masing.”
Zura, you balik kampung untuk beraya bila?
“Zura akan balik Terengganu pada hari raya kedua. Hari raya pertama, Zura beraya di KL… nasib baik hari tu tak kena masuk konti HOT FM. So, dapat spend masa dengan famili kat sini. Baju raya, Zura dah beli dua pasang. Sebab untuk pergi events sebenarnya. At least empat pasang, Zura akan sediakan untuk raya tahun ni. Even kain untuk hantaran pun tak buat apa-apa lagi.”
Apa perubahan besar lepas you kahwin yek?
“Zura rasa lebih bertanggunjawab dengan suami dan famili. Dulu sebelum kahwin, masa Zura lebih banyak di ofis, tetapi sekarang… dah jadi lain. Sudah tidak ada masa untuk lepak-lepak lama kat ofis.”
Syafiq lak camna? Apa perubahan karakter Syafiq yang Zura rasa?
“Kalau nak banding dengan dulu, Syafiq sekarang memang terlalu manja dengan Zura…”
So, bila you all nak timang baby nih?
“Zura rancang untuk menimang anak pada tahun depan. Zura mengidam untuk beranak kembar dan lelaki! Boleh? (sambil menoleh kepada kami). Dalam famili Zura banyak juga yang beranak kembar. So, Zura pun rasa nak anak kembar jugaklah. Tapi kalau boleh anak lelaki.”
Banyak ke duit raya untuk famli…?
“Biasanya duit raya Zura akan kasi lebih RM100. Itu dulu, tetapi sekarang Zura rasa mesti nak kena lebih lagi sebab dah ada dua famili.”
Hidangan kegemaran Zura masa pagi raya?
“Kegemaran Zura pada hari raya, Zura suka dengan rendang dan ketupat. Pada raya pertama ni, Zura akan menziarahi dan mengenali famili sebelah suami sebab memang ramai lagi sanak saudara belah Syafiq yang Zura tak sempat nak kenal.”
Pengertian HARI RAYA kepada Zura?
“Hari raya pada Zura, hari untuk famili. Amalan ziarah menziarahi… dan bermaaf-maafan.”
Zura mahu ucap terima kasih kepada peminat yang menghantar kad raya. Memang banyak Zura terima. Zura masih lagi menyimpan kad raya yang dihantar oleh peminat. Zura dah membalasnya setengah dari kad yang diterimanya. Insyaallah semua kad yang dihantar peminat HOT FM akan dibalasnya.
Kepada korang yang nak dengar suara Zura, pastikan mendengar HOT FM – Menumuzik bersiaran pada jam 1 tengahari sampai 4 petang.
Pose Zura dengan baju kurung merah.
Dan makcik ni la pulak, Fara Fauzana. Tengok tu, belum apa-apa lagi dah nak bersalaman ngan korang. Tak sabar nak beraya kata dia.
Fara dah habis semua rakaman raya. Cuma, untuk masa terdekat ini, Fara akan masuk lokasi drama Fara musim ketiga. Skrip dah ada dalam tangan.
Fara sempat juga menegur badan Budiey yang dah kurus keding. Laa, dah tu 8 hari berpuasa. Mesti la slim sikit. Tapi Budiey rasa memang badan Budiey dah slim banyak. Mungkin gak si Fara ni dah lama tak tengok Budiey kot. Ye lah, kami jarang bertemu pun, kan. So, mesti boleh tengok perubahan ketara. Tak pelah, nanti Budiey kasi naik sikit berat badan nih.
Setelah mendengar laungan azan, dan doa berbuka dibaca oleh Faizal, semua hadirin menjamah makanan.
Ini bos besar HOT FM, Seelan Paul (peminat David Becham yek?) dengan Ahmad Izham Omar selaku Head of Radio Network, Media Prima (HotFM and FlyFM) dan kalau tak silap Ahmad Izham jugak adalah Chief Executive Officer of 8TV. Fuh, banyaknya jawatan dia.
Dan ada foto shoot untuk semua warga kerja HOT FM dan Fly FM… Uh, siap dah bersalaman yek.
Budiey sempat juga bertemu buat pertama kalinya dengan seorang penyampai info trafik dan news di Hot FM yang popular… Moon! Korang pendengar setia Hot FM mesti familiar ngan suara dia, tapi jarang nak tengok rupa Moon camna kan? Selain baca berita, Moon ada buat voice over jugak. Budiey selalu chat ngan Moon tapi tak pernah ada peluang untuk berjumpa. Wah, Moon ni bukan main lagi ya… happening giler orangnya.
Yang sebelah kiri tu pula ialah Jay, penyampai news and trafik petang. Sekarang dengar citer, Jay ni dah maju setapak… dah jadi pembaca berita di TV3 untuk hari Sabtu dan Ahad.
Untuk memeriahkan suasana, diorang ada buat games… jual beli pantun dan soal jawab dengan penyampai. Budiey pun ada kasi soalan kat Zura… soalan dia, kenapa Zura nampak kurus selepas kahwin? Hahaha, dan ini hadiahnya…. bekalan snack Jack ‘n’ Jill selama setahun! Boleh?