in

Sekitar Majlis Anugerah Inspirasi Triumph 2008 di Pavilion

Sebelum memulakan tulisan, Budiey ingin mengucapkan tahniah kepada filem Congkak kerana berjaya mengutip kutipan RM700 ribu selepas 6 hari tayangan di Singapura. Satu pencapaian yang boleh dibanggakan apatah lagi setelah dihitung, jumlah ini mengatasi kutipan Filem Jangan Pandang Belakang. Syabas!

Pada 21 Mei 2008, jam 7.30 malam bertempat di Pavilion Bintang Circle telah berlangsung Majlis Anugerah Inspirasi Triumph (Triumph Inspiration Award 2008 Gala Night).

Bercakap pasal inspirasi, macam-macam boleh kita perkatakan. Inspirasi pada sesetengah orang mungkin adalah satu kreativiti atau idea yang boleh mencetuskan perspektif yang lebih segar. Begitu juga dengan dunia fesyen, Triumph bersama Lim Kok Wing University serta pereka fesyen tempatan mencari iniasitif untuk mencari untuk mencari seorang pemenang. Budiey kira, acara anugerah ini bagus untuk mencungkil bakat baru terutama dalam mencari keunikan dan kreativiti pereka khususnya dalam mereka pakaian wanita.

Sebanyak 31 negara terlibat dari Tokyo ke Munich, dari Brisbane ke Sai Paulo telah menghantar seorang wakil. Dan semalam, Malaysia telah memilih Merlin Yuwita sebagai pemenang dan layak untuk bertanding di peringkat antarabangsa. Semua pemenang seluruh negara akan bertarung di Beijing pada bulan Julai 2008 nanti.

Untuk pusingan kali ini, peserta perlu mereka baju dalam wanita dengan tema Female Fascination. Diilhamkan dengan kreativiti dan rekaan menarik untuk mencipta satu baju dalam wanita yang unik dan mempersonakan mengikut bentuk tubuh seorang wanita.

Setelah menerima 300 penyertaan seluruh negeri, semalam seramai 12 orang peserta finale telah menampilkan rekaan masing-masing. Pemenang utama akan menerima hadiah wang tunai RM5000 dari Triumph, hamper barangan solek MAC dan A Cut Above dan berpeluang untuk ke Beijing bagi mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa. Di Beijing nanti, Amber Chia akan memakai pakaian yang direka oleh pemenang dari Malaysia iaitu Merlin Yuwita.

Seramai 11 orang selebriti yang hadir antaranya Nora Danish, Zahnita Dorothy Husein Wilson, Fazura, Nurul, Sazzy Falak, Nasha Aziz, Andrea Fonseka, Belinda Chee, Amber Chia dan Ezlynn. Mereka ditatarias dengan rekaan daripada pereka fesyen muda berbakat seperti Khairi Sufi, Riezman Ruzaini, Hazwani Othman, Faizal dan ramai lagi.

Antara juri untuk pertandingan ini ialah Bill Keith – fashion designer, Carven Ong – fashion designer, Heidrun Kunzer – Triumph regional head of product management & design, Khoon Hooi – fashion designer dan Seema Viswanathan – Editor of Female Magazine Malaysia.

Acara dihoskan oleh Phat Babes dan Rina Omar. Luculah korang berdua ni. Ada chemistry!

Selepas ketibaan tetamu, peminat dan media, majlis bermula dengan persembahan tarian daripada Hip Hop Dance. Jamuan cocktail juga dihidangkan serta montage untuk undian SMS juga ditayangkan di skrin besar.

Pertunjukan fesyen dari rekaan pereka terkenal seperti Khoon Hooi + Triumph, Carven Ong + Triumph, Bill Keith + Triumph dipersembahkan.

Peserta no. 3: Andy Yap. Happy Birthday, Mr President!

Rekaan peserta NO. 4: Wendy Cheng. Sweet Surrender.

Rekaan dari peserta No. 10: Merlin Yuwita. Tahniah sang juara!

Rekaan peserta No. 11: Rico Rinaldi Tono

Rekaan dari peserta finalis No. 11: Friederich Herman

Ini dia pemenangnya bersama modelnya. A Gift For Marie!

National winner! Congrats!

Sketch dari Merlin Yuwita. Ianya diinspirasikan dari fesyen wanita Perancis di abad 18 dan juga ikon fesyen; Marie Antoinette. Budiey kira, ianya satu konsep yang sangat lembut tapi masih chick n fun. Yang penting, rekaan ini cukup menggoda dengan reben di tengah bra yang mana menepati sebagai satu hadiah yang menawan!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tangisan Bulan Madu Lakonan Ezany Nizariff, Rita Rudaini Dan Zarynn Minn

Sekitar Sidang Media Konsert Guamuzik Supergig 08