Semalam, Budiey sempat meninjau persiapan dan latihan yang dibuat oleh pelakon dan pengarah teater BAHARA EMAS di DBP. Sempat menemubual beberapa orang pelakon utama yang menjadi tunjang pementasan teater berjudul Bahara Emas yang akan diadakan pada 19 – 22 Oktober 2017 di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur.
Program ini diadakan sempena Sambutan 50 Tahun SPRM yang berlangsung dari Oktober hingga Disember 2017 di seluruh negara. Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk menonton teater ini sebab ianya adalah PERCUMA!
Teater ini dianjurkan dengan kerjasama CTRA Production, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Istana Budaya dan Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA).
Bahara Emas ditulis dan diarahkan oleh Dekan Fakulti Teater ASWARA, Rosminah Mohd Tahir manakala Pengarah Muzik, Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah).
Antara pelakon yang terlibat ialah Farahdhiya, Esma Daniel, Datu Jalaluddin Hassan, Izzue Islam, Amar Asyraf, Norzizi Zulkifli, Along Eyzendy, Mardiana Alwi, Rasdi Daud dan ramai lagi.