MENTOR MUSIM KE-3 KINI BERMULA…
7 Protégé kepada 6 Mentor Mula Mempamer Bakat
Setelah melalui pebagai cabaran dan kesukaran untuk memilih, kini kesemua Mentor musim ke-3 telah bersedia untuk memperkenalkan protégé masing-masing. Setelah mengadili sesi ujibakat dan saringan, Jaclyn Victor, Mas Idayu, Lah Ahmad, Adibah Nor, Ajai dan Awie kini telah menemui protégé yang layak untuk diasah bakat mereka untuk menjadi penghibur.
Kini akan bermulalah peranan mereka untuk memberikan tunjuk ajar kepada para protégé masing-masing segala ilmu berkaitan dengan bidang nyanyian dan seni persembahan bagi memperlengkapkan diri sebagai penghibur. Selain itu, Mentor juga bertindak sebagai idola yang memberi inspirasi kepada anak didik mereka.
Hyrul dan Sani dari kumpulan Evo
Chaq protege kepada Ajai
Keena protege kepada Awie… rock~!
Black, protege kepada Mas Idayu
Thye, protege kepada Adibah Noor
Black, protege kepada Mas Idayu
Program Mentor musim baru ini dimulakan dengan konsert pengenalan bagi memperkenalkan Mentor dan protege sebelum mereka mula bertanding mengikut kumpulan minggu depan. Dalam konsert satu setengah jam itu, penonton diperkenalkan kepada Hyrul dan Sani dari kumpulan Evo protege kepada Jaclyn Victor menyampaikan lagu yang dipopularkan oleh Aizat “Hanya Kau Yang Mampu”, manakala Fira, protege kepada Lah Ahmad muncul dengan lagu “Killing Me Softly”. Thye, protege kepada Adibah Noor pula menyampaikan lagu popular Anuar Zain, “Lelaki Ini”, sementara Black, protege kepada Mas Idayu pula menyanyikan lagu popular Meet Uncle Hussien “Lagu Untukmu”. Awie pula memperkenalkan Keena sebagai protegenya yang menyampaikan lagu “Permata Biru” manakala, Chaq protege kepada Ajai pula menyanyikan lagu “My Love”.
Kreadibiliti kesemua protege nyata terserlah melalui persembahan mereka yang dinilai oleh komposer Azmeer dan pereka tari Sazlan bagi menentukan kedudukan masing-masing sama ada berada dalam kumplan A atau B. Semangat mereka turut disuntik oleh Fiq, protege kepada Amy Search yang merupakan pemenang Mentor musim ke-2 yang turut membuat persembahan melalui lagunya “Bukti” dan “Bujang Senang”.
Menurut Penerbit dan Pengarah Mentor musim ke-3, Mohamad Sufian Isa berkata, “Saya merasa sangat teruja dengan Mentor musim ini dan kami menjanjikan persembahan yang menarik sepanjang Mentor musim ke-3 ini. Selain menyaksikan bagaimana protege-protege dilatih dan diberi tunjuk ajar oleh Mentor-Mentor mereka, program Mentor musim ini juga bakal menyaksikan hasil kreativiti dan persembahan dari protege-protege yang Mentornya terdiri daripada artis-artis terkenal tanah air yang datang dari pelbagai genre muzik. Contohnya, Awie terkenal dengan irama rock, Mas Idayu dengan dangdutnya, Jac dengan Pop dan sebagainya. Di sinilah nanti kita dapat menyaksikan kreativiti kedua-kedua Mentor dan Protege bergabung tenaga bagi menghasilkan persembahan yang menarik untuk memikat hati juri.”
“Selain dari itu, kami juga menampilkan sedikit perubahan dari segi format pemarkahan di mana markah akan diberikan kepada 3 bahagian iaitu 50% dari juri profesional, 30% melalui undian SMS dan 20% lagi melalui juri awam yang terdiri daripada pelajar-pelajar muzik, wartawan dan golongan semi-profesional dalam bidang industri muzik. Setiap protege akan diberi peluang membuat persembahan sebanyak 3 kali mengikut kumpulan masing-masing melalui konsert yang diadakan secara berselang-seli antara kumpulan A dan B. Markah dari ketiga-tiga persembahan ini akan digabungkan bagi menentukan 2 peserta yang mendapat markah tertinggi dari setiap kumpulan untuk ke semi-final. Protege yang mendapat markah terendah akan disingkirkan. Pada peringkat semi-final, 2 protege dari kumpulan A dan B ini akan digabungkan semula untuk berentap dan seorang protege akan disingkirkan setiap minggu bagi mencari 2 peserta ke peringkat akhir,” tambah Sufian lagi.
Mentor 3 ini juga turut menampilkan pengacara terkenal, Ally Iskandar Mohd Mardzi sebagai pengacara program dan juga Jurnal Mentor. Selain dari itu, wartawan sensasi Nas Ahmad juga turut sama dalam program ini bagi mencungkil kisah-kisah yang berlaku di sebalik tabir dan di belakang pentas. Mentor kali ini juga turut menjemput peserta-peserta yang pernah datang ke ujibakat dan dirasakan ‘unik’ untuk membuat persembahan pada setiap minggu.
Mentor 3 ini turut mendapat menajaan dari Ribena Lemon bagi mengekalkan stamina dan kecergasan protege-protege ketika beraksi di pentas. “Mentor adalah pasangan yang paling sesuai dengan personaliti jenama Ribena Lemon iaitu keceriaan, kebaikan semula jadi, keriangan dan dinamik.
Kombinasi blackcurrant dan lemon di dalam Ribena yang lazat ini boleh didapati dalam format sedia untuk diminum, membolehkan muda-mudi bandar dengan gaya hidup yang aktif seperti penyanyi terkemuka dan yang baru hendak bertapak, berasa segar ketika menjalani kehidupan seharian mereka yang sangat sibuk ke sana ke sini,” kata Azariah Tahir, Pengurus Komunikasi, GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn Bhd (GSK). Beliau juga menyatakan bahawa Ribena Lemon adalah kaya dengan Vitamin C dan mengandungi kurang daripada 25% gula, yang turut memenuhi keperluan mereka yang menjaga kesihatan.
Program Mentor ini telah menemui penonton TV3 mulai 19 April 2009 yang lalu dengan rangkuman sesi ujibakat, manakala, konsert Mentor bermula malam ini, (3 Mei 2009) dengan konsert pengenalan bagi memperkenalkan protégé sebelum berentap pada minggu depan (10 Mei 2009) dalam konsert mingguan. Program ini akan bersiaran setiap Ahad jam 9.00 hingga 10.30 malam.
Selain dari itu, penonton juga boleh menyaksikan sorotan persedian serta aktivit-aktiviti protégé bersama mentor mereka melalui Jurnal Mentor, setiap Ahad jam 5.30 hingga 6.00 petang manakala, Jurnal protégé yang memaparkan diari harian protégé akan ditayangkan setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7.28 malam.