in

Sekitar Karnival Pelancongan Belia 2011

Lebih 30 Selebriti Meriahkan Karnival Pelancongan Belia 2011

Bagi memeriahkan lagi sambutan hari belia Negara 2011 yang disambut setiap tahun pada tanggal 15 Mei, Persatuan Asrama Belia Malaysia atau lebih dikenali dengan singkatan nama MYHA (Malaysian Youth Hostels Association) bersama Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia (KBS) telah memillih lebih 30 selebriti yang bakal turun padang mengamatkan lagi sambutan program berkenaan.

Antara selebriti yang terpilih adalah Adam, Black, Haziq, Ajieb, Aishah AF7, Bintang Akademi Fantasia 9, Adila, Aesar Mustafa, Max 24:7, Heela, Rafidah Ibrahim, VIP, Omar K, Zehra Zamberi, Feeya, Zizi Fabolus Cats, One Nation Emcees.

Presiden MYHA merangkap Exco MBM, Khairul Annuar Mansor berkata, penglibatan selebriti popular ini bukanlah sebagai satu pancingan untuk pengunjung hadir sama ke program Himpunan Sejuta Belia 2011 yang bakal diadakan di Putrajaya pada 27 hingga 29 Mei depan.

Karnival

Ia lebih kepada penghargaan kepada selebriti tersebut dan inisiatif MYHA yang tidak mahu mengenepikan golongan selebriti yang sememangnya sering dijadikan ikon anak-anak muda masa kini.

“Sebenarnya, kebanyakkan artis yang terlibat dalam kempen ini merupakan artis yang selama ini telah melibatkan diri secara langsung dan tidak langsung dengan program-program anjuran Belia. Mereka juga adalah ahli MYHA. Kami juga masih membuka ruang kepada artis lain untuk bekerjasama dengan kami..

“Mengikut perancangan, kesemua artis ini akan turun padang untuk menghangatkan lagi karnival ini yang mana ia akan dimulakan dengan majlis pelancaran Hari Belia pada 15 Mei depan. Pada hari tersebut, MYHA akan menganjurkan sebuah pertandingan Street Dance dengan menampilkan artis-artis ini sebagai juri, penyanyi dan macam-macam lagi.

“Sejerus selepas itu, artis-artis ini juga akan melibatkan diri dengan mini showcase pada 27 hingga 29 Mei nanti. Selain mini showcase, MYHA juga akan mencipta satu rekod baru di dalam Malaysian Book Of Records dengan menganjurkan persembahan Cak Lempong selama 36 jam tanpa henti. Untuk menggempakkan lagi rekod ini, kami telah memilih Haziq, Aishah dan Zizi The Fabolous Cats untuk menghiburkan pengunjung dengan irama Cak Lempong,” katanya.

Disamping penglibatan artis yang bakal menghiburkan pengunjung dan beramah mesra dengan peminat, karnival ini juga membuka ruang kepada sesiapa saja terutama sekali golongan belia untuk melibatkan diri dengan aktiviti gerai yang membariskan 80 buah gerai yang akan menawarkan pakej-pakej pelancongan yang menarik dan berpatutan kepada golongan belia.

Menerusi 80 buah gerai ini, pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan yang mana salah satu daripadanya melibatkan barisan artis yang terpilih. Bagi sesiapa yang berminat untuk melibatkan diri untuk membuka gerai pameran berkaitan pelancongan, anda boleh menghubungi seketeriat karnival ini ditalian 013-2171240 (Sharifah Norizah) atau kunjungi laman Facebook Youth Tourism Fair 2011.

Dikesempatan ini juga, MYHA turut melancarkan lagu tema MYHA berjudul Langkah Bersama yang dihasilkan komposer popular tanahair Omar K bergandingan dengan penulis lirik Zel Firdaus Hadauan. Untuk mendendangkan lagu ini, MYHA telah memilih Ajieb, Feeya dan Omar K sendiri untuk menyanyikannya bersama seorang ahli MYHA terpilih iaitu Linda Shampoo.

Jadual Aktiviti Penglibatan MYHA Sempena Hari Belia Negara 2011:

15 Mei 2011-Bukit Bintang, Kuala Lumpur
– Pelancaran Hari Belia 2011
– Pertandingan Street Dance
– Persembahan Artis

27-29 Mei 2011- Presint 2, Putrajaya
-Himpunan Sejuta Belia
-Aktiviti di 80 buah gerai berasaskan pelancongan
-Persembahan Cak Lempong Selama 36 Jam Tanpa Henti (Malaysian Book Of Records)
-Mini Showcase
-Sesi Beramah Mesra Dengan Artis

MYHA

MYHA adalah salah sebuah badan gabungan di antara 40 badan gabungan di dalam Majlis Belia Malaysia di mana Majlis Belia Malaysia adalah rakan kongsi kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia secara tidak langsung adalah penganjur kepada program Hari Belia Negara 2011.

MYHA adalah sebuah persatuan yang berkonsepkan pelancongan di dalam negara dan di luar negara secara tidak langsung memberi impak kepada ekonomi negara melalui penggalakan sektor pelancongan.

MYHA telah diberi kepercayaan oleh pihak kementerian dalam menjayakan bersama-sama segmen karnival pelancongan belia sempena sambutan hari belia negara 2011.

Sambutan Hari Belia Negara adalah hari yang meraikan para belia di Malaysia yang disambut setiap tahun pada 15hb Mei.Justeru itu sebagai sebuah persatuan yang berdaftar dibawah Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) maka wajarlah MYHA menyokong dan bersama-sama menjayakan Hari Belia Negara sebagai inspirasi negara.

Objektif MYHA
1. Organisasi yang tidak berteraskan keuntungan
2. Identiti kearah aktiviti pelancongan
3. Untuk menarik rakan belia di luar Negara dapat melancong di dalam Negara dan sebaliknya.

Misi MYHA
1- Menjadikan ahli persatuan berani meneroka di dalam bidang yang diceburi dan menambahkan ilmu pengetahuan di dalam kehidupan yang berdaya kreatif serta kreatis di dalam aktiviti yang dilaksanakan.
Visi MYHA
1- Menjadikan ahli persatuan mencapai motto yang dipegang di dalam persatuan melalui misi yang telah dibentangkan.

Lagu MYHA
Penyanyi – Ajieb, Linda Shampoo, Omar K dan Feeya

Pemilihan penyanyi
1- Banyak melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak belia
2- Berbakat dalam bidang nyanyian
3- Kombinasi suara yang sesuai di dalam nyanyian lagu MYHA
1-YOUTH TOURISM FAIR 2011

Objektif –
1- Mendapatkan maklumat mengenai sektor pelancongan dalam negara dan luar negara.
2- Menjadikan golongan muda aktif dan kreatif.
3- Menggayakan cara hidup yang sihat dan dinamik.
4- Memberi peluang kepada para belia untuk melancong dengan pakej yang murah dan bersesuaian.
Kelebihan –

1- Pelbagai agensi swasta yang berkaitan dengan pelancongan,perkhidmatan dan pengangkutan di dalam negara.
2- Pakej yang murah untuk para belia yang berminat untuk melancong.
3- Artis yang ramai akan bersama-sama memeriahkan carnival.

Perjalanan program –

5hb Mei 2011
Sidang Media yang melibatkan artis seperti Adam, Black, Haziq, Ajieb, Aishah AF7, Bintang AF9, Adila, Aesar Mustafa, Max 24:7, Heela, Rafidah Ibrahim, VIP, Omar K, Zehra Zamberi, Feeya, Zizi T.F.C, One Nation Emcee & Ramai Lagi.

Pelancaran Segmen Karnival Pelancongan Belia dan sidang media

15hb Mei 2011 – Pertandingan Street Dance bersempena pelancaran Hari Belia 2011 di Bukit Bintang yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri.
Penglibatan peserta –

1- Agensi kerajaan dan swasta
2- Agensi pelancongan
3- Sektor pengangkutan
4- Sektor perkhidmatan
Tempat: Presint 2, Putrajaya (berhadapan dengan tapak ‘Jom Heboh’)
Tarikh: 27hb Mei 2011 – 29hb Mei 2011
Masa: 10 pagi -10 malam.

CAK LEMPONG 36 JAM TANPA HENTI

Objektif:
1- Menyemai semangat cintakan budaya di kalangan generasi muda.
2- Memecahkan rekod Malaysia.
3- Memperkenalkan elemen kebudayaan dan kesenian.
4- Menjadikan tarikan utama kepada pengunjung

Kelebihan:
1- 40 Kumpulan Cak Lempong akan berkumpul
2- Pesembahan 3-4 buah lagu selama 15 minit tanpa henti
3- Lagu warisan akan di mainkan

Perjalanan program:
1- 2 pentas kecil akan disediakan.
2- Satu kumpulan akan bermain di atas satu pentas selama 15 miniy dan satu kumpulan lagi akan menyambung lagu kumpulan pertama di atas pentas ke dua selepas kumpulan pertama menghabiskan masa 15 minit.
3- Selepas kumpulan pertama selesai, kumpulan ketiga akan menggantikan tempat kumpulan pertama.

Penglibatan peserta:
1- Kumpulan musik profesional (NGO) dari Negeri Sembilan.
2- Sekolah yang mempunyai kumpulan Cak Lempong
Tempat: Presint 2, Putrajaya (Berhadapan dengan tapak ‘Jom Heboh’)
Tarikh: 27hb Mei 2011 (malam) -29hb Mei 2011 (tengah hari)

3- 1 MALAYSIA GREEN 1 MALAYSIA CLEAN

Objektif:
1- Mendidik para belia mengenai kepentingan menjaga alam sekitar.
2- Sebagai galakan bumi hijau.
3- Menyahut kempen Green Earth terutamanya dalam golongan belia di Malaysia.

Kelebihan:
1- Melahirkan generasi belia yang lebih bertanggungjawab
2- Bersama-sama dengan kerajaan untuk merealisasikan kempen bumi hijau
3- Menjadikan masyarakat lebih prihatin terhadap tahap kesihatan di dalam kempen bumi hijau
Perjalanan program:

1- Menanam pokok di sekitar Putrajaya
2- Mengutip sampah sambil berbasikal
Penglibatan peserta:

1- 300 ahli pengakap
2- 100 aktivis persatuan asrama belia
3- 40 belia antarabangsa (Asean)
4- 60 pemimpin belia

Tempat: Sekitar Putrajaya (Kawasan terpilih)
Tarikh: 28hb Mei 2011 Pelancaran
29hb Mei 2011 Pelaksanaan aktiviti

Karnival

Karnival

Karnival

Karnival

Karnival

Karnival

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ais Krim Walls Perkenal Fruit Salad & Mocha Crumble

Gambar Mila Jirin di Malam Gala Nur Kasih The Movie