Cuti Tahun Baru Cina hampir tiba lebih kurang seminggu saje lagi. Mesti ramai dari kita yang akan bercuti. Samada balik kampung atau melancong. Yang penting, masa yang berharga perlu dikongsi bersama famili atau berehat menghilangkan stress kerja.
Tapi yang pasti, walaupun CNY belum diraikan, namun ada syarikat yang dah buat majlis untuk meraikan media sempena dengan Chinese New Year.
Pada 19 Januari 2010 (hari Selasa) yang lalu, Budiey telah dijemput untuk menghadiri Jaz’s Media Chinese New Year Appreciation Lunch yang diadakan di Kota Permai Golf & Country Club, No.1, Jalan 31/100A, Kota Kemuning Section 31, Shah Alam, Selangor.
Dalam perjalanan nak ke tempat ni, Budiey melalui beberapa kawasan perumahan yang cantik-cantik serta mewah. Oh, inilah orang kata, Kota Kemuning!
Majlis penuh meriah yang bermula jam 11.30 pagi itu dianjurkan oleh Napex Marketing Sdn Bhd diseliakan oleh MDS Creative & Communication serta dihadiri oleh lebih 200 orang tetamu yang terdiri daripada para media, penaja dan klien.
Selain meraikan para media, di majlis CNY ini juga, Jaz telah melancarkan Three Lucky Star iaitu Fu (Good Fortune), Lu (Prosperity) & Shou (Longevity)!
Tetamu yang hadir dihadiahkan dengan ang pau dan buah limau.
Juga ada Feng Shui Talk oleh Master Kenny Wu.
Acara dimulakan dengan tarian singa dan grand opening oleh Mr. Bryan Lee, Pegawai Ketua Ekskutif Napex Marketing Sdn Bhd.
Diikuti dengan food presentation. Semua makanan yang dijamu adalah halal.
Persembahan Face Changing oleh Cindy. Macam pesembahan silap mata tapi berbentuk tarian.
Persembahan nyanyian oleh artis tempatan yang menggelarkan dirinya, Qin Yong. Sekali tengok muka dia macam bekas pengetua AF dan komposer terkenal Ramli MS. 🙂
Acara juga dimeriahkan dengan cabutan bertuah yang memberikan hadiah-hadiah lumayan iaitu wang tunai dan 10 buah telefon bimbit Nokia 5130 Xpress Music.