Walaupun ini kali kedua Budiey hadir di menyaksikan Jumbo Queen, namun sebenarnya, pertandingan Ratu Jumbo ini sudah pun kali ke-4 diadakan. Pada saya, pertandingan ini sangat bagus dan lain dari yang lain. Sangat unik kerana ia satu-satunya pertandingan ratu cantik yang menampilkan kesemua pesertanya terdiri daripada wanita yang berbadan besar dan gemuk.
Part 1
Part 2
Part 3
Suasana ruang legar Sungei Wang Plaza pada malam itu sangat hingar bingar dengan jeritan dan tepukan dari penyokong peserta. Siapa kata orang gemuk tak cantik dan berkeyakinan tinggi, kalau tak masakan semua dipuji dan menerima tepukan gemuruh dari penonton. Kalau tak pun, mereka takkan masuk dalam pertandingan ini. Jadi, tahniah kepada semua peserta kerana berani tampil. Cuma dari segi bakat persembahan, mereka seperti tak banyak buat persiapan. Mungkin masa terlalu singkat. Jadi tak banyak persembahan yang begitu out standing.
Jumbo Queen 2011 sekali lagi menemui pengikut setianya dianjurkan oleh Sungei Wang Plaza pada 1 November 2011 yang lalu. Tepat jam 7.30 malam, acara tahunan ini dimulakan dengan tarian pembukaan yang seterusnya memperkenalkan kesemua finalis Queen Jumbo 2011. Terdiri daripada 10 orang wanita gagah perkasa yang bersaing di peringkat akhir yang sanggup bekerja keras menerima cabaran dalam 3 pusingan dimulakan dengan peserta beragam dalam pakaian kasual yang ditaja oleh Joan Allen & Joan Sukan pada bahagian pengenalan diri diikuti dengan pertunjukan bakat terpendam mereka.
Pusingan akhir pula menyaksikan peserta memakai pakaian jamuan petang. Para peserta diadili berdasarkan penampilan personaliti sebenar mereka, keyakinan, prestasi keseluruhan dan sokongan daripada penonton dan peminat mereka di Facebook.
Sepuluh peserta bertuah yang berjaya ke pusingan akhir ialah:
1. Kelly Ong Kay Li dengan berat 95 kg berumur 26 tahun
2. Purnisha dengan berat 112 kg berumur 31 tahun
3. Winnie Goh Yea Min dengan berat 117 kg berumur 29 tahun
4. Nor Intan Julyana Alias Pretty Diamond dengan berat 100 kg berumur 33 tahun
5. Chan Ang Li Honey dengan berat 89 kg berumur 22 tahun
6. Yoong Swen Bulan dengan berat 94 kg yang berumur 21 tahun
7. Sharon Lim Su Ling dengan berat 120 kg berumur 23 tahun
8. Irene Wee dengan berat 85 kg yang berumur 22 tahun
9. Azurah dengan berat 120 kg berumur 37 tahun
dan Theresa Chin Tze dengan berat 104 kg berumur 39 tahun
Peserta yang paling berat ialah Sharon Lim yang mempunyai berat 120kg pada usia 23 tahun manakala yang paling ringan ialah Irene Wee yang mempunyai berat 85 kg pada usia 22 tahun yang juga merupakan peserta paling muda dalam pertandingan ini bersama Honey Chan Ang Li yang beratnya 89 kg.
Kalau nak tahu, semua peserta ini datang dari pelbagai latar belakang dan pekerjaan seperti pakar kecantikan, pengurus admin, pembantu peribadi, juruwang, pelajar, pembeli kanan dan pelajar.
Pertandingan ini terbuka kepada wanita tunggal dan berkahwin dengan berat badan sekurang-kurangnya 80kg. Pertandingan tahun ini menerima kira-kira 100 borang pendaftaran dan hanya 30 dipilih untuk menyertai pertandingan ini selepas sesi temuduga yang ketat.