in

Sekitar EKSPRESI NEGARAKU Yang Meriah

Pada hari Sabtu lalu, 18 Mac 2017, Budiey terpanggil untuk ke acara yang menyuntik semangat cintakan Malaysia yang diberi nama EKSPRESI NEGARAKU yang diadakan di Dataran Putrajaya, yang tak tahu kat mana Dataran Putrajaya ni, haaa… yang betul-betul berhadapan dengan Istana Kehakiman tu la.

Ekspresi

Pasti ada sebab Budiey memilih untuk hadir ke event EKSPRESI NEGARAKU walaupun ada banyak lagi acara lain di Kuala Lumpur. Acara ini sangat istimewa dan unik. Apa yang seronoknya, acara yang bermula seawal jam 6 pagi hingga jam 12 tengah malam ini diserikan dengan kehadiran ramai selebriti dan penghibur tanahair. Selain selebriti, Budiey lihat ramai juga influencer dan Instagrammer yang datang memeriahkan.

Ekspresi

Kalau tengok pada aturcara event ini, bagus acara EKSPRESI NEGARAKU diadakan sebab ia menjadi platform yang membolehkan rakyat Malaysia meluahkan rasa cinta akan negara dan sambutannya amat positif dengan kehadiran ribuan pengunjung dari segenap lapisan masyarakat.

Acara dimeriahkan lagi dengan kehadiran YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak turut hadir melancarkan inisiatif Negaraku seterusnya melawat ruang pameran serta meluangkan masa bersama rakyat yang hadir.

Setidaknya, EKSPRESI NEGARAKU merupakan platform pertama untuk pelaksanaan Negaraku. Ia menjadi inisiatif yang dipacu oleh rakyat dengan bertunjakkan semangat cintakan Malaysia. Inisiatif ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi rasa cintakan negara dalam setiap jiwa rakyat Malaysia.

Acara pertama bermula dengan Senamrobik yang dipimpin oleh Fit Malaysia. Semasa Budiey sampai di tapak lokasi, dapat lihat ramai sekali warga Putrajaya yang hadir membanjiri Dataran Putrajaya bersenamrobik. Elokla tu kan, dapat juga keluar peluh dan sekaligus dapat membakar lemak.

Ekspresi

Diperhebatkan lagi dengan sesi cabutan bertuah yang menawarkan hadiah lumayan seperti iPhone 7 dan iPad serta hadiah lain yang menarik.

Jam 9 pagi, sementara menanti kehadiran Perdana Menteri Malaysia, ada nyanyian dari artis terkenal seperti Sandra dan Asfan Shah di pentas utama untuk menghiburkan semua yang datang. Acara ini dihoskan oleh pengacara popular yang memang terkenal dengan lawak spontan dan suka mengusik iaitu Nabil Raja Lawak dan Angah Raja Lawak.

Bertuah kepada yang dipanggil ke pentas untuk menyanyi lagu Aiman Tino tu, rezeki diorang la dapat duit wang tunai dari penganjur.

Jam 10 pagi, YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak tiba di pentas utama untuk memberikan ucapan diiringi oleh menteri kabinet yang lain.

Ekspresi

Budiey suka memetik beberapa isi ucapan dari Perdana Menteri antaranya, beliau kata:

“Saya cukup berbangga dan berbesar hati kerana ramai yang hadir pada hari ini atas tujuan yang sama iaitu mengekspresikan semangat cintakan negara. Tanggungjawab untuk negara ini adalah tanggungjawab kita bersama. Kalau bukan kita, kesemua 31 juta rakyat Malaysia yang sayangkan dan mempertahankan negara ini, siapa lagi?

Justeru, ekspresikanlah rasa kecintaan terhadap negara kita melalui tindakan-tindakan serta kata-kata positif dan semangat cintakan.”

my negaraku

Acara EKSPRESI NEGARAKU ni sangat simbolik. Pelbagai acara yang melibatkan muda-mudi dan remaja seperti melukis graviti, jualan booth dan banyak lagilah.

Masih terngiang-ngiang teriakan Negaraku malaysia yang dilaungkan oleh YAB Perdana Menteri bersama kesemua rakyat yang hadir menggambarkan kesatuan dan kecintaan terhadap Negaraku Malaysia. Ianya ibarat satu laungan kesedaran dan kebanggaan yang tidak kira apa latarbelakang budaya dan ideologi, tanggungjawab memelihara kedaulatan, keharmonian serta keamanan negara ini dipikul bersama.

Pemilihan Dataran Putrajaya sebagai tapak pelancaran inisiatif ini merupakan satu tanda penghargaan dalam meraikan dedikasi penjawat awam berkhidmat demi negara. Platform EKSPRESI NEGARAKU bakal diadakan di beberapa lokasi lain di seluruh Malaysia.

Ekspresi

Ekspresi

Ekspresi

17342919_10155898652888332_6046063006099095934_n

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apabila Anna Tersingkir & Qalisya Diberi Peluang Kedua

Pertandingan Nyanyian GEMA GEGAR VAGANZA Bakal Jadi Fenomena?