in

Sekitar DR.IRMA Makeup Challenge 2018

Dr.Irma menganjurkan DR. IRMA Makeup Challenge dengan kolaborasi bersama jurusolek terkenal Aizat Abdul Razak merupakan majlis meriah dan penuh makna oleh jenama tersebut khususnya dalam menghargai pelanggan.

Sekitar Dr Irma MUA Challenge 2018 #DrIrmaMUAChallenge:

Dr. Irma Makeup Challenge dijayakan sepenuhnya dengan 30 penyertaan jurusolek baharu, saling bertanding untuk mengetengahkan kreativiti masing-masing.

Temubual Eksklusif Bersama Penganjur Dr Irma MUA Challenge 2018 :

Pertandingan Dr. Irma Makeup Challenge menawarkan hadiah juara sejumlah RM1,000, naib juara RM500 dan tempat ketiga RM300.

Majlis pertandingan Dr. Irma Makeup Challenge juga dijalankan seiring dengan Dr. Irma Open Day di mana penjualan rangkaian produk Dr. Irma turut berlangsung.

Irma

Majlis ini juga turut diserikan barisan artis dan personaliti tempatan termasuk Dr. Irma, Ferhad, Ash Hafiz, Ray Asri , Arill Fesol, Adam Shadan, Firdaus Ghouffran.

Bertempat di Setor Gombak Event Space, Jalan Gombak, jenama produk terkemuka Dr. Irma kembali dengan mengadakan majlis pertandingan Dr. Irma Makeup Challenge dengan kerjasama Dr. Irma Entertainment. Dr. Irma Makeup Challenge menampilkan sejumlah 30 jurusolek beraspirasi, mempertaruhkan bakat artistik dan kreativiti dengan menggunakan rangkaian produk Dr. Irma, khususnya BB Serum Foundation, Beauty Balm dan Crystal Essence yang diangkat sebagai produk utama pertandingan tersebut.

Penglibatan 30 orang jurusolek ini bertanding menerusi Dr. Irma Makeup Challenge di mana sejumlah RM1,800 bakal diagihkan kepada bakal pemenang. Ia salah satu langkah yang dijalankan oleh jenama produk Dr. Irma bagi memantapkan dan memperkukuhkan lagi jenama tersebut.

Majlis pertandingan Dr. Irma Makeup Challenge dijalankan dengan jayanya seiring dengan Dr. Irma Open Day yang selama ini berlangsung di ibu negeri Johor Bahru, bagi mempromosi dan menjual produk penjagaan kulit dan kecantikan oleh Dr. Irma.

Rangkaian produk Dr. Irma telah pun mendapat sambutan yang memberangsangkan dan luar biasa di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Ia menampilkan produk-produk seperti BB Serum Foundation, Miracle White Crystal Essence, Vitamin C Serum, Papaya Soap, Beauty Balm dan lain-lain. Rangkaian produk Dr. Irma ini sudah pun menjadi salah sebuah peneraju komersial dan mendapat sambutan hangat dari para pelanggan, Majlis Dr. Irma Open Day dijalankan sebagai salah sebuah langkah menghargai pelanggan setia dan pada masa sama untuk mendapatkan pelanggan baharu.

Turut menjayakan majlis tersebut adalah barisan selebriti dan personaliti tempatan termasuk Dr. Irma, Aizat Abdul Razak, Ferhad, Ash Hafiz, Ray Asri , Arill Fesol, Adam Shadan dan Firdaus Ghouffran.

Eksklusif untuk majlis ini, artis-artis di bawah naungan label Dr. Irma Entertainment akan menyanyikan lagu-lagu ciptaan Dr. Irma. Dendangan Ash Hafiz menerusi lagu ‘Melankolia’ dan Ray Asri turut menyerikan majlis dengan single terbaru beliau iaitu ‘AntiDot Lara.’ Dan kemuncaknya, nyanyian Ferhad dengan lagu ‘Definasi Cinta’.

Bersempena dengan acara pertandingan Dr. Irma Makeup Challenge dan juga Dr. Irma Open Day di Setor Gombak Event Space, memberi landasan kepada penganjur melalui Tabung Bakti Irma Ariandi untuk menyumbang kepada seniman veteran Hail Amir. Dana untuk tabung ini adalah dari penjualan setiap produk DR.IRMA dimana rm1 akan disalurkan ke tabung ini.

Berkenaan Dengan Jenama Produk Dr. Irma dan Dr. Irma Entertainment

Dr.Irma menubuhkan syarikat Irma Ariandi Global Sdn Bhd, yang menghasil, mengedar dan menjual produk kosmetik dan penjagaan kulit jenama DR.IRMA bermula pada tahun 2015. Memulakan penjualan produk DR.IRMA secara online di media sosial seperti Facebook dan Instagram, Dr.Irma bertekad untuk menjadikan produk jenamanya lebih relevan dan dikenali ramai.

Dengan itu, beliau telah merealisasikan butik atau kedai untuk penjualan rangkaian produk DR.IRMA supaya pelanggan boleh datang ke kedai dan melihat,mencuba dan seterusnya memiliki produk beliau. Dengan itu, wujudlah butik DR.IRMA SKINCARE & COSMETICS di L1-10, Galleria @ Kotaraya, Jalan Trus, 80000 Johor Bahru, Johor.

Dr. Irma Entertainment (ditubuhkan pada 2015) adalah sebuah label muzik tempatan yang sedang meningkat naik dan beraspirasi untuk mewarnakan dan memeriahkan persada hiburan tanahair. Melibatkan pembikinan dan penerbitan lagu, penghasilan melodi, penulisan lirik dan penghasilan muzik video, Dr. Irma Entertainment mengorak langkah dengan gagah dalam industri muzik tempatan dengan berkolaborasi dengan nama gergasi Warner Music Malaysia sebagai pengedar lagu terbitannya, Dr. Irma Entertainment yakin masa depan dalam industri ini akan lebih cerah.

Dengan beberapa artis residen di bawah payung Dr. Irma bermula dengan:

– Ash Hafiz penyanyi baru dibawah naungan label Dr. Irma Entertainment yang juga merupakan seorang pengajar Bahasa inggeris di sebuah institut pengajian tinggi teknikal di Johor.

Beliau yang berkebolehan memainkan alat-alat muzik moden dan tradisional ini telah berjinak-jinak dengan seni dan nyanyian sejak berusia 6 tahun lagi. Berbekalkan minat, bakat dan kebolehan, beliau mengorak langkah untuk menjadi artis rakaman dengan mempertaruhkan lagu irama balada berjudul Melankolia.

– Ray Asri, seorang pelajar di KUIS yang dianugerahkan dengan suara lunak dan bertepatan dengan trend persada muzik tempatan semasa. Walaupun pada usia yang muda, beliau berbakat dan mahir dalam mengolah dan menjiwai lirik dan lagu yang diberikan serta berpotensi untuk menarik peminat-peminat terutama dikalangan remaja.

Mampu bersaing dengan penyanyi-penyanyi baru yang menjuarai persada muzik dengan trend terkini, pihak Dr. Irma Entertainment mempercayai dan mempertaruhkan Asri sebagai artis residen label ini dengan lagu single pop modread bertajuk Antidot Lara.

AyaSofia, watak animasi wanita remaja pertama di Malaysia yang bakal mengegarkan persada muzik tanahair. Watak yang diilhamkan sendiri oleh Dr.Irma, berkebolehan untuk menyanyi serta mampu menjadi inspirasi dan ikon kepada golongan remaja dengan menunjukkan contoh dan amalan murni yang patut dicontohi oleh golongan ini.

Oleh kerana Aya Sofia ialah satu watak yang boleh dicorakkan dengan nilai-nilai murni mengikut trend semasa, maka tidak hairan karektor ini mampu menjadi popular dan viral terumatanya dikalangan remaja dan mengajak kepada sikap positif. Ayasofia akan diketengahkan dengan single bertajuk Cinta Tirai Biru.

Irma

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelancaran Tingkah Geruh 2018 Kebangsaan Dan Nusantara

Cabaran Tiga Wanita Menguruskan Perniagaan Dalam Telemovie Ladies Cab