Demam perlumbaan Grand Prix Formula1™ PETRONAS Malaysia Grand Prix semakin hangat membahang dirasakan. Segenap dunia sekarang ini menumpukan ke arah Malaysia bila mana rata-rata peminat Formula One berpusu-pusu terbang ke Malaysia untuk memyaksikan Formula One edisi yang ke-16 yang telah pun berlangsung pada 28 & 30 Mac ini. Budiey lihat, tahun ini F1 semakin mendapat perhatian dan sambutan yang hebat dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan. Tambahan pula ia berlangsung semasa cuti sekolah. Lagi lah ramai pengunjung.
Untuk menghangatkan lagi sambutan, baru-baru ini, Budiey telah dijemput untuk menyaksikan PETRONAS Demo Run yang diadakan di sekitar jalan berhadapan dengan Menara Kembar PETRONAS KLCC dan juga Showcase PETRONAS Malaysia Grand Prix di Concourse, Suria KLCC untuk melihat aksi kereta lumba dan pameran yang cukup hebat sambutannya.
Budiey begtu teruja selepas melihat gambar-gambar yang dimuatkan di PETRONASBrands Facebook. Di sini, banyak informasi dan peraduan untuk anda sertai. Hadiah-hadiah juga menarik. Korang boleh terus layari, okay! Tak rugi pun!
Perlumbaan PETRONAS F1 Malaysia Grand Prix 2013 telah pun berlangsung pada 28 dan 29 Mac di Litar Antarabangsa Sepang! Jadi Budiey juga tak lepaskan peluang untuk dapatkan tiket dan telah menyaksikan sukan termahsyur ini.
Baru-baru ini, sempena dengan perlumbaan kali ini, PETRONAS telah mengadakan macam-macam aktiviti bagi tujuan promosi.
Budiey bukanlah peminat tegar sukan permotoran. Namun, sebagai anak Malaysia Budiey harus menyokong acara sukan terbesar ini. Tambahan pula sukan Formula One ini diadakan di Malaysia dan dianjurkan pula sebuah syarikat gergasi yang menerajui teknologi dalam dunia permotoran. Siapa tak bangga, hidung siapa tak kembang bila nama negara sendiri disebut di serata dunia? Tak gitu?
Cakap pasal teknologi, apa yang Budiey rasakan, PETRONAS bekerja keras untuk memberikan yang terbaik kepada pengguna. Tidak hairanlah kalau Budiey katakan pengguna yang menggunakan PETRONAS meningkat setiap tahun. Ini dah cukup membuktikan kepada kita PETRONAS mementingkan mutu dan kualiti. Sebab itulah iala menjadi jenama pilihan nombor satu rakyat Malaysia. Petronas telah memainkan peranan besar dalam kejayaan pasukan itu dengan minyaknya adalah khusus untuk engin baharu pasukan pelumba Mercedes AMG PETRONAS.
[pullquote]Budiey tidak mahu dikatakan ‘bias’ dalam soal ini. Cuma, kalau kita tengok sendiri pengalaman pengguna dari dulu sampai sekarang, PETRONAS sentiasa mencari jalan yang terbaik dan mencuba formula untuk menjamin kehidupan kita lebih efektif dan semakin maju selaras dengan kehendak dan tuntutan semasa.[/pullquote]
Ye lah, dunia makin canggih dan makin berkembang, jadi, nak tak nak, PETRONAS perlu ada sistem dan juga satu badan yang mengkaji keberkesanan untuk teknologi pada masa depan. Itu hanya pendapat Budiey sahaja. Bagi korang macamana pula? Apakah yang PETRONAS perlu jalankan untuk mempertingkatkan mutu dan prestasi serta keberkesanan produk?
Semasa acara PETRONAS Demo Run, Budiey sempat menghadiri sidang media perlantikan Lewis Hamilton sebagai Perunding Prestasi Teknikal bagi rangkaian PETRONAS PRIMAX. Tahniah buat Lewis Hamilton!
Budiey berpendapat, perlantikan ini sangat elok sekali terutama sekali untuk mempertingkatkan PETRONAS PRIMAX ke arah kecekapan dan prestasi yang lebih tinggi. Jadi, walaupun kita memandu dalam keadaan yang mencabar, kita masih lagi dapat mengawal prestasi. Lagi pun, pemilihan Lewis Hamilton sangat sesuai kerana ya lah, siapa yang tak kenal dengan Lewis Hamilton, beliau begitu berusaha mencapai kecemerlangan melalui pencapaian prestasi tahap tertinggi. Lewis Hamilton cukup komited sekali terutama sekali dalam berkongsikan pengalamannya bersama PETRONAS.
Apa pun pendapat anda, Budiey kita kita kena kembali kepada pengalaman dan pendapat pakar-pakar dalam dunia permotoran ini. Rata-rata mereka bersetuju jika Budiey katakan, kecanggihan dan rumusan formula untuk mempertingkatkan prestasi sudah terbukti dengan penganjuran F1 ini sendiri. Seperti yang Budiey dengar semasa menghadiri PETRONAS Demo Run, menurut kata pelumba Mercedes AMG PETRONAS, Nico Rosberg, beliau sangat yakin untuk menang dalam perlumbaan Formula One kali ini selepas melakar kemenangn perlumbaan pembukaan musim pada Grand Prix Australia, Ahad lepas. Beliau juga sangat yakin dengan enjin baru serta permulaan musim F1 yang hebat.
Bagi Budiey perlumbaan di litar ini seperti juga dengan hidup kita. Kita adalah pelumba dalam hidup kita. Garisan penamat adalah matlamat hidup kita. Sepanjang perlumbaan pastinya, kita akan bergesel, kita akan jatuh, kita akan luka dan mungkin kita akan terbabas dan tergelincir di litar yang licin. Untuk capai matlamat, kita cuba sedaya upaya untuk sampai ke garisan penamat.
Pada hari Ahad yang lalu (23 Mac 2014), Budiey dan beberapa orang penulis blog telah dijemput untuk menyaksikan PETRONAS Motorsports Demo Run 2013 yang diadakan di depan KLCC, berhampiran Plaza KLCC. Ini semua diadakan untuk peminat-peminat perlumbaan F1 terutamanya penyokong MERCEDES AMG PETRONAS Formula One Team yang dipandu oleh Lewis Hamilton dan Nico Rosberg di mana mereka berpeluang untuk menyaksikan kehebatan mereka berdua bersempena 2014 Formula 1 PETRONAS Malaysia Grand Prix dengan lebih dekat.
Acara bermula jam 1 tengah hari sehingga 5.30 petang, Lewis Hamilton dan Nico Rosberg telah menggegarkan sekitar Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Selain mereka berdua, peminat-peminat sukan permotoran juga akan dihiburkan oleh persembahan daripada PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship dan PETRONAS Asia Road Racing Championship.
Demo run ini adalah bertujuan untuk memberikan pengalaman di jalanraya untuk motor dan kereta lumba yang sukar dilupakan bagi penggemar sukan permotoran. Ianya disertai oleh bintang-bintang sukan handalan negara kita dan melibatkan nama-nama baru yang berpotensi besar bagi mengharumkan nama negara di masa hadapan. Persembahan demo ini telah membuka mata Budiey bahawa usaha PETRONAS telah mencipta satu kejayaan bermakna untuk negara.
Walaupun cuaca agak panas, namun penonton yang hadir tak sikit pun berganjak dari tempat mereka berdiri. Budiey tengok semua berpeluh. Apa-apa pun cuaca baik ini menjadikan demo run kali ini lancar. Budiey kira, demo run tahun ini lebih menarik, lebih grand dan lebih mendapat sambutan dari pengunjung.
Seawal jam 12 tengahari lagi Budiey sampai di event ini dan Budiey sudah lihat ramai orang sudah berkumpul di tepi Jalan Ampang & Jalan P. Ramlee bagi menyaksikan demonstrasi di tengah ibu kota Kuala Lumpur.
Budiey sangat teruja nak tengok pelumba dari pasukan MERCEDES AMG PETRONAS Formula 1. Selain itu, ramai lagi pelumba handalan yang turut buat demonstrasi.
Budiey rasa bertuah sebab dapat masuk ke Hospitality Suite dan dapat bertemu dengan pelumba di sesi Meet & Greet.
Antara nama besar lain yang buat kemunculan di PETRONAS: Motorsports Demo Run 2014 ialah pemandu tempatan PETRONAS’s Asia Cup Series iaitu Afiq Ikhwan dan pemandu PETRONAS Talent Development Programme, Ramdan Rosli. Selain itu aksi “stunt” oleh Aaron Twite dan Nick Broha yang didatangkan khas dari Amerika Syarikat juga akan turut memeriahkan acara tahunan ini. Wow, memang mantap habis persembahan mereka. Sangat memukau. Melopong Budiey tengok. Semua yang datang teruja dengan dengan deruman enjin-enjin kereta yang dijana oleh minyak PETRONAS.
Budiey harap, event seperti ini perlu diteruskan dan dijadikan program wajib setiap tahun ini. Budiey sendiri tak sabar menantikan perlumbaan seterusnya menunggu Demo Run untuk tahun hadapan pula!
Budiey tinggalkan anda dengan beberapa gambar yang cukup menggambarkan kemeriahan PETRONAS Demo Run kali ini.