in

Sekitar Concert Sunburst Music Festival @ Bukit Kiara Equestrian Club

Burst, GAH Tapi…
Sunburst! Seperti nama timangan yang diberikan, sememangnya konsert ini bersifat ‘BURST’. Ye lah, diadakan di tempat terbuka seperti Kelab Equestrian Bukit Kiara memang kita nampak grand, gah dan besar. Lihatlah penaja utama yang merupakan syarikat pengeluar arak tersohor; TUBORG. Ironinya, inilah konsert pertama yang diadakan setelah parti Keadilan menang di Selangor. Nasib baik masih tidak ada bantahan dari mana-mana pihak menjadikan konsert anjuran Pineapple Concerts ini berjalan lancar.

Diboikot Media?
Tetapi, dalam pada penganjur memberi fokus kepada perjalanan konsert yang Budiey kira agak lancar, ada suara-suara belakang terutama dari pihak media yang tidak sedap didengar. Layanan kepada media dianak-tirikan. Bermula dari kawalan ketat di pintu masuk hinggalah ke sidang media. Setakat mengikut peraturan seperti mengisi borang perjanjian adalah benda biasa tetapi sekiranya kami terpaksa menunggu di pintu masuk berjam-jam, itu agak memanaskan hati juga. Lagi menghampakan, makanan tidak disediakan kepada pihak media sepanjang mengadakan liputan bermula dari jam 3 petang hingga jam 2 pagi itu. Kami hanya diberikan minuman air miniman dan aiskrim tajaan Häagen-Dazs. Untuk mengisi perut, pihak media terpaksa membeli kupon sendiri dan membeli makanan di booth KFC dan Pizza Huts. Keduanya, sidang media diadakan bersebelahan dengan pentas membuatkan bunyi muzik yang kuat mengganggu temubual media bersama artis. Kerana itu, tidak ramai media yang mahu mengajukan soalan. Namun, atas dasar tanggungjawab dan kerja, pihak media terpaksa menelan ini semua sebagai asam garam kehidupan. Tidak semua acara yang kita hadir akan mendapat layanan baik.

Sidang Media Sunyi Dalam Bingit?
Namun, Budiey sedar siapalah Budiey nak bersuara dalam isu ini. Sekadar media picisan. Cuma Budiey bersimpati dengan media gah seperti TV3 yang memohon 7 pass media hanya diberikan 4 pass sahaja. Dengar cerita ada kes nama mereka tidak ada dalam senarai media. Mungkin ini membuatkan ramai media mainstream seperti dari Berita Harian, Harian Metro, Utusan Malaysia dan KOSMO! tidak nampak batang hidung ketika sidang media yang bermula jam 3 petang. Budiey tertanya-tanya, adakah mereka telah memboikot konsert ini sehingga tidak datang membuat liputan?

Band Y2K di pentas Era FM, Najwa di pentas Hitz FM, Grup Gerhana Ska Cinta di Pentas Sky memulakan persembahan pembukaan dikuti dengan grup GIGI, dan Hujan di pentas Sun. Yang tidak syoknya, persembahan ada yang bertindan dengan pentas yang lain. Jadi, tak tahu mana nak pilih. Contohnya, persembahan Tompi dan Pop Shuvit dibuat serentak di pentas berlainan.

Dek kerana itu, Budiey hilang mood untuk menulis tentang konsert ini secara terperinci. Budiey berada di Konsert Sunburst tidaklah lama. Hujan turun dengan lebatnya sekitar jam 5 petang. Kira tema dah sesuai dengan persembahan HUJAN yang mempersembahkan 5 lagu mereka dalam renyai hujan. Habis sahaja persembahan HUJAN yang semestinya bawa lagu-lagu hits mereka seperti Pagi Yang Gelap, Lepaskan Aku dan Empayarmu, Budiey terus angkat punggung. Kemudian, beransur ke PAJAMA PARTY anjuran Nuffnang di Restoran Bar Club Borneo Baruk di Bukit Bintang.

Menghimpunkan penyanyi dari barat seperti Incubus, George Clinton + Parliament Funkadelic, John Legend, Raul Midon, The Roots, Che’nelle dan Incognito, ditambah pula dengan penghibur dari Indonesia Tompi, GIGI, bergabung pula dengan otai rock dari Malaysia; Search, penyanyi rap; Joe Flizzow, penyanyi jazz; Atilia, dilapik pula dengan grup band indie yang hebat dari Malaysia; Hujan, Meet Uncle Hussain, Bitter Sweet, Disco Mafia, Twilight Action Girl, Transient Vortex, Tempered Mental, Y2K, One Buck Short, Disco Mafia, Love Me Butch, Estranged (yang sudah berada dalam aliran mainstream), grup ska terkenal Gerhana Ska Cinta dan penyanyi solo yang Budiey jarang dengar seperti Tubby, Najwa dan Reza Salleh.

Di tag media bukan main lagi media digelar paparazzi. Namun, terdengar soseh soseh paparazzi semuanya kecewa dengan layanan yang diberikan. Malang betul nasib korang semua. Tak pe, bersabar je lah ya! Yang penting konsert berjalan lancar dan persembahan artis memang menghiburkan.

Suasana di pintu pagar masuk sebelum dibenarkan masuk jam 3 petang. Memang nampak ramai yang datang. Apabila ditanya, ramai yang datang kerana mahu melihat persembahan Incubus dan The Roots. Kira mereka rasa berbaloi dengan membayar harga tiket bernilai RM200. Ada sebilangan yang datang dengan tiket percuma hanya tersenyum-senyum, datang sekadar untuk bersuka ria dan berfestival sambil dengar muzik.

Muka tengah serius bercampur bengang! Huhu…. bersama dengan peminat grup indie Hujan yang duk berdiri di belakang Budiey menunggu ketika pintu masuk dibuka. Oh ya, malam ini Hujan akan mengadakan persembahan di Zoom In Bersama Elyana. Dijangkakan show pertama Hujan di RTM ini akan dihadiri oleh berduyun-duyun peminat.

Sempat melompat melepaskan geram! Huhu! Yea, hidup mesti enjoy bebeh. Mujurlah datang pun dengan niat nak jumpa PR kepada penyanyi Imran Ajmain yang sudah berjanji untuk memberikan 11 buah album Imran untuk hadiah peraduan di Sensasi Selebriti. Jadi, kepada anda yang menghantar penyertaan kepada Budiey, jangan lupa semak blog ini esok kerana Budiey akan menyiarkan nama pemenang untuk peraduan Sambut Valentine Bersama Imran Ajmain.

Yea, TUBORG; sponsor utama untuk konsert ini…. dikatakan antara sponsor yang banyak membantu menerbangkan artis luar negara seperti Incubus ke Malaysia. Kaya raya juga TUBORG ni ya.

Ini dia pentas utama yang terdiri dari dua pentas berpayungkan biru dan oren. Terdapat dua lagi pentas kecil iaitu pentas Radio Era dan Radio Hitz FM. Menjadikan festival pertama yang dihadiri penulis yang menghimpunkan 4 pentas dalam satu masa dan lokasi. Namun, persembahan dibuat secara bergilir-gilir dan ini memerlukan peminat berpindah randah dari satu pentas ke pentas yang lain. Elok juga, tidak lah kebas punggung lah bagi yang duduk tu. Nasib baik padang ini luas. Kalau tidak mungkin ada peminat yang berebut-rebut dan bertolak-tolak untuk berada di barisan paling depan pentas.

Situ sana sini TUBORG. Gerai minuman Tuborg pun ada disediakan di tengah-tengah padang.

Dan yang penting kepada mereka yang suka makan di Planet Hollywood, bolehlah mencuba makanan di tempat ini. Tetapi harganya memang mahal sedikit lah.

Jam 3 petang, sidang media bersama penyanyi jazz dari Indonesia; TOMPI diadakan. Tidak ramai media yang hadir, jadi Budiey kena memainkan peranan untuk mengajukan pertanyaan kepada Tompi. Lagi sekali, bunyi muzik yang bingit dari pentas berdekatan menggangu sidang media. Rasanya memang tiada pilihan lain. Takkanlah nak buat sidang media jauh dari khemah artis? Tompi katanya gembira dan sangat berbangga kerana dijemput untuk menjayakan konsert semega ini.

Tompi diberikan masa 15 minit dan sebanyak 6-7 buah lagu akan didendangkan untuk menghiburkan peminat. Kelainannya, Tompi akan memberikan nafas baru dan improvise kepada lagu-lagunya. Di Indonesia juga ada dianjurkan muzik festival sebesar ini. Untuk tahun depan, Tompi khabarnya akan dijemput lagi untuk menjayakan konsert Sunburst 2009.

Selepas Tompi, jam 4 petang menyaksikan sidang media bersama band GIGI. Juga tidak ramai media yang bertanyakan soalan kerana masalah gangguan pendengaran. Bunyi muzik di luar masih mengganggu. Budiey ada bertanyakan tentang pendapat mereka tentang konsert ini dan apakah perkembangan terbaru mereka. Sudah lama tidak melihat GIGI buat konsert di Malaysia, dan mereka sedang mencari ruang untuk kembali beraksi sekiranya ada penganjur yang mahukan mereka.

Budiey sempat bertemu dengan penyanyi utama kumpulan indie terkenal; Noh. Ada orang gelar dia Noh Thouon Ababil. Huhu…. kelakar dan sempoi orangnya. Ini adalah kali pertama Budiey bertemu secara berdepan dengan Noh dan sempat bertanyakan beberapa soalan bersama dengan media dari majalah Kosmopolitan. Tanya tentang kehidupan Noh yang mungkin akan berubah dari muzik indie kepada muzik mainstream. Di mana mereka selalu lepak dan bilakah masa band Hujan akan berkumpul untuk berlatih muzik.

Budiey bersama Noh HUJAN. Video temubual bersama Noh akan disiarkan tidak lama lagi di entri ini.


Sidang media George Clinton. Huhu… Maaf Budiey tak kenal mereka.

Ada tempat lepaskan geram di booth Adidas.

Untuk mengalas perut Budiey dan Azwan kena beli kupon macam budak-budak sekolah katanya. RM10 satu voucher. Beli 2 ketul ayam KFC + kentang goreng = RM11. Huhu… biasalah, lebih mahal dari luar.

Tu dia… Azwan sedang mempamerkan apa yang dia terima…. sebotol air minirel, pass media paparazzi dan secawan aiskrim. Priceless… katanya. Huhu… janji konsert ni grand!

Pergi skodeng si Yasmin Hani yang sedang menyolek dan tacap apa yang patut selepas terkena penangan hujan kat luar.

Lawa tu mata dia lepas pekena maskara.

Huhu…

Uik, Hani nak tacap Budiey ke? Huhu tak koser den. Dah la tak sesuai nak pakai maskara kat bibir. Nanti jadi pocong 4 lak. Hani datang bersama team Ria Sentral, Sazzy Falak.

Dahlah cakap pasal konsert Sunburst nih. Letih! Kita jumpa lagi di konsert Sunburst tahun depan. Diharap kepada penganjur agar tidak lagi menganiya media dan menganak tirikan serta mengambil isu ini secara lewa sahaja. Kerja utama media adalah untuk mempromosikan konsert ini, bukan untuk mengkritik dan mengutuk apa sahaja yang tidak sepatutnya diwar-warkan kepada umum.

[tags]konsert sunburst, ulasan konsert sunburst, review sunburst, tompi, Incubus, George Clinton, Parliament Funkadelic, John Legend, Raul Midon, The Roots, Che’nelle gossip, Incognito, Tompi, GIGI, Search, google, penyanyi rap, Joe Flizzow, penyanyi jazz; Atilia, Hujan, Meet Uncle Hussain, Bitter Sweet, Disco Mafia, Twilight Action Girl, Transient Vortex, Tempered Mental, Y2K, One Buck Short, Disco Mafia, Love Me Butch, Estranged, grup ska, Gerhana Ska Cinta, Tubby, Najwa, Reza Salleh[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Wedding Dynaz & Mohd Hafizi Fizy Kahwin

Senarai Nama Pemenang Peraduan Hari Kekasih Bersama Imran Ajmain