in , ,

Sekitar Acara Grand Opening Hotel INNSiDE by Meliá Kuala Lumpur Cheras 

INNSiDE by Meliá Kuala Lumpur Cheras Mengumumkan Pembukaan Bulan Ini. Jenama hotel yang direka untuk pengembara yang bersifat ingin tahu dan berfikiran eko, membuka hartanah pertamanya di Malaysia

INNSiDE by Meliá Kuala Lumpur Cheras yang kontemporari akan dibuka buat pertama kalinya di ibu negara pada 25 Mac yang lalu. Hartanah baharu 238-bilik ini direka khas bagi tetamu yang memilih untuk sentiasa bergerak aktif – apabila melibatkan kerja dan bersuka-ria – dan mencari hotel yang memberi inspirasi kepada mereka untuk melakukan kedua-duanya.

Ribbon Cutting 1

Terletak di hab komersial yang meriah di Cheras, dikelilingi oleh pusat membeli-belah dan hiburan malam, hotel INNSiDE pertama di Malaysia ini dibuka dengan reka bentuk menyeronokkan yang menawarkan ruang untuk perniagaan dan istirahat.

Board Signing 2

Pelancaran INNSiDE by Meliá Kuala Lumpur Cheras telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama José Luis Pardo Cuerdo, Duta Sepanyol ke Malaysia, Ekovest Berhad, Tan Sri Dato’ Lim Kang Hoo, Pengerusi Eksekutif Kumpulan, Ekovest Berhad, En Lim Chen Thai, Pengarah Eksekutif, Ekovest Berhad, Cik Nancy Ning, Ketua Perhubungan Pemilik & Pra-pembukaan, Melia Hotels International, En Antonio Sedano, Ketua Pentadbiran, Melia Hotels International dan Cik Ada Jian, Pengurus Besar, INNSiDE by Melia Kuala Lumpur Cheras. 

Appreciation Gift - Ms Nancy Ning to Tan Sri Lim Kang Hoo

Untuk meningkatkan kerja bersama dan merangsang kreativiti, hotel ini mempunyai dua kawasan pelbagai fungsi yang menarik, The Big Ideas Space dan The Recording Studio, boleh menampung sehingga 30 orang tetamu. Terletak di tingkat 5, Big Ideas Space menampilkan sofa yang selesa dengan corak warna dan reka bentuk yang berani – hijau lumut, biru pirus dan corak houndstooth dipadankan sebelah-menyebelah.

Group Photo 1

Meja mesyuarat yang luas menghadap projektor memenuhi keperluan kumpulan tetamu kecil dan nomad digital. Mesej inspirasi dan seni ranggi menghiasi dinding, buku serta permainan diletakkan secara strategik untuk kegunaan di masa rehat. Studio Rakaman, yang juga berkongsi tingkat 5 hotel ini, dilengkapi denganTV skrin besar dan pelbagai ruang yang selesa untuk bekerja atau beramah mesra.

Speech - H.E. Jose Luis Pardo

Hotel ini mempunyai kolam mandi terbuka infiniti yang dikelilingi pokok palma dengan dek berjemur yang luas, dibuka sepanjang hari. Mereka yang ingin bersenam boleh melakukannya pada bila-bila masa dengan gimnasium 24 jam yang menampilkan peralatan angkat berat dan kardio terkini.

Appreciation Gift - Mr Antonio to H.E. Jose Luis Pardo

Hotel ini menawarkan enam kategori bilik. Jenis bilik biasa, The INNSiDE Room, bermula pada 22 meter persegi dan mempunyai pancuran mandian hujan, katil bersaiz king yang mewah serta hasil seni tempatan, diadun bersama dengan sentuhan biru pirus melalui kerusi yang membingkai meja di dalam bilik, dan pencahayaan bewarna ungu. Pilihan bilik yang paling dekaden adalah salah satu daripada dua pilihan penginapan Townhouse Xtra, iaitu 85 dan 102 meter persegi. Suite yang luas ini mempunyai ruang tamu/ruang makan dan ruang tidur yang berasingan, serta bilik mandi dengan tab mandi rendaman berdiri bebas yang menghadap ke bandar. Suite ini juga mempunyai dua TV, pembuat kopi Nespresso, konsol permainan video dan bar mini premium percuma.

Lion Dance 4

Seperti semua hartanah Meliá, langkah-langkah eko adalah tonggak teras hotel baharu ini. Objektif utama hartanah ini adalah untuk menjadi bebas plastik. Kemudahan lain termasuk lampu LED berkuasa solar dan kemudahan dalam bilik yang mementingkan alam sekitar seperti tikar yoga jerami gandum (dalam jenis bilik tertentu).

112InnsideKualaLumpurCheras-The_20Townhouse_20Xtra_20Bedroom

Restoran sepanjang hari, Duke’s Kitchen, mempunyai dapur terbuka dan pencahayaan yang cerah melalui tingkap-tingkap besar yang menghadap air pancut. Menu restoran ini menampilkan keistimewaan seperti Italian Lobster Aglio Olio dan daging kambing mengiurkan, serta pilihan makanan yang sihat seperti Smoked Salmon Benedict dan Chicken Pesto. Pilihan bufet atau a la carte disediakan untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam.

118InnsideKualaLumpurCheras-The_20Townhouse_20Xtra_20Bathroom 2

Hotel ini terletak 15 minit dengan menaiki kereta dari hab perniagaan Golden Triangle dan 50 minit dari lapangan terbang. Tarikan lain yang berdekatan termasuk Taman Botani Perdana, taman rekreasi yang subur di tengah-tengah bandar, dan Malaysia Cartoon and Comic House, galeri popular yang mempamerkan sejarah kartun dan komik di negara ini.

IMGL3404

Nancy Ning, Ketua Perhubungan Pemilik & Pra-Pembukaan, Meliá Hotels International, berkata, “Sebagai hartanah INNSiDE yang pertama dibuka di Malaysia ini merupakan satu pencapaian penting bagi kami dan sesuatu yang patut dibanggakan oleh kami semua. Kami kini mempunyai 38 INNSiDE hotel di 15 negara berbeza dan hartanah ini menyertai barisan hotel yang cemerlang di beberapa destinasi pelancongan paling popular di seluruh dunia.”

8520C257-84BA-402B-982D-88CD4DA61D6C

Lim Chen Thai, Pengarah Eksekutif Ekovest Berhad, berkata, “Kami gembira mendapat peluang yang hebat ini dan kami sangat teruja dapat bekerjasama dengan jenama hotel terkemuka, Meliá Hotels International, yang mempunyai kehadiran kukuh di peringkat global. Perkongsian ini memberi Ekovest Berhad peluang untuk mengembangkan portfolio hospitaliti kami dan akan menjadi panduan hebat untuk rancangan pembangunan masa depan kami. Sambil kami bekerjasama untuk memberikan layanan yang hebat, saya amat percaya INNSiDE by Meliá akan menjadi tempat yang ideal dan pilihan pengembara generasi baharu, yang mempunyai pendekatan berbeza ketika mengembara dengan menggabungkan kerja dan istirahatketika mereka meneroka tempat baharu .”

201InnsideKualaLumpurCheras-All_20Day_20Dining_201

Tuan Yang Terutama José Luis Pardo Cuerdo, Duta Besar Sepanyol ke Malaysia, berkata, “Pembukaan INNSiDE oleh Meliá Kuala Lumpur Cheras adalah bukti hubungan kukuh antara Sepanyol dan Malaysia. Kami gembira melihat Meliá Hotels International mengembangkan kehadirannya di pasaran dinamik ini. INNSiDE by Meliá ialah jenama yang mewakili inovasi, reka bentuk dan kemampanan. Kami yakin ia akan diterima baik oleh pasaran Malaysia. Kami memuji Meliá Hotels International dan Duke Hotel Sdn Bhd atas perkongsian mereka dalam membawakan konsep hotel yang unik ini ke Kuala Lumpur. Kami mendoakan kejayaan mereka pada masa hadapan.”

9E905893-42CE-4C86-B158-F74EBA5533E5

Harga bilik bermula sekitar RM238++ setiap bilik untuk satu malam termasuk sarapan pagi untuk dua orang dari Mac 2023 – Mei 2023.

Pakej bilik mesyuarat RM190++ seorang, sehari. Pakej ini termasuk Peralatan Audio Visual, WiFi Berkelajuan Tinggi, Tempat Letak Kereta, Kopi Ketika Rehat dan Sambutan Koktel Khas.

103aInnsideKualaLumpurCheras-The_20Loft_20City_20View_20Bedroom

Untuk tempahan bilik, sila email [email protected] atau hubungi kami di +603 9133 0700.

Untuk maklumat lanjut layari:

https://www.melia.com/en/hotels/malaysia/kuala-lumpur/innside-kuala-lumpur-cheras

###

117InnsideKualaLumpurCheras-The_20Townhouse_20Xtra_20Bathroom
103bInnsideKualaLumpurCheras-The_20Loft_20Living_20Room
119InnsideKualaLumpurCheras-The_20Townhouse_20Xtra_20Bathroom
104aInnsideKualaLumpurCheras-The_20Townhouse_20Dining_20Area 2

Mengenai Meliá Hotels International

Ditubuhkan pada 1956 di Mallorca (Sepanyol), Meliá Hotels International mempunyai portfolio lebih daripada 400 hotel (portfolio dan di dalam perancangan), dilebih daripada 40 negara, dan 10 jenama: Gran Meliá Hotels & Resorts, ME by Meliá, The Meliá Collection, Paradisus by Meliá, Meliá Hotels & Resorts, ZEL, INNSiDE by Meliá, Falcon’s Resorts by Meliá, Sol by Meliá dan Affiliated by Meliá. Kumpulan ini merupakan salah satu syarikat terkemuka dalam hotel peranginan di seluruh dunia, memanfaatkan pengalamannya dalam menyatukan segmen pasaran bandar yang berinspirasikan keseronokan yang semakin berkembang. Komitmennya terhadap pelancongan bertanggungjawab telah membawa Kumpulan ini menjadi syarikat hotel paling mampan di seluruh dunia, menurut Penilaian Kemampanan Korporat Global S&P yang lalu, dan ia juga merupakan jenama “Majikan Terunggul 2023” di Sepanyol, Mexico, Republik Dominican, Itali dan Jerman. Meliá Hotels International juga tersenarai di pasaran saham IBEX 35 Sepanyol. Untuk maklumat lanjut, layari visit www.meliahotelsinternational.com

Sekitar Acara Grand Opening Hotel INNSiDE by Meliá Kuala Lumpur Cheras

Mengenai INNSiDE by Meliá  

INNSiDE merupakan koleksi hotel bandar dan pantai unik yang direka untuk mereka yang mempunyai fikiran ingin tahu dan kehidupan yang sentiasa bergerak. Sentiasa menepati citarasa destinasi mereka, mereka menawarkan tetamu kebebasan untuk berhubung atau bersendirian di dalam kalangan komuniti bebas, pengembara yang berfikiran sama.

Sekitar Acara Grand Opening Hotel INNSiDE by Meliá Kuala Lumpur Cheras

INNSiDE menyediakan tetamu dengan semua keperluan harian dan butiran istimewa untuk menjadikan penginapan mereka lebih unik. Daripada keselesaan di dalam bilik kepada Big Idea Space yang memberi inspirasi, Open Living Lounges, dan studio kecergasan, kami menghidangkan tetamu keselesaan yang lebih daripada rumah sendiri.

Kemampanan juga diselitkan di dalam semua butiran kecil: setiap bilik dilengkapi dengan kertas dan peralatan bebas plastik serta kosmetik organik percuma. INNSiDE meraikan budaya setiap lokasinya dengan kalendar acara, panduan bandar yang berguna untuk tetamu, dan dengan menonjolkan karya artis tempatan merentasi dinding hotel dan pada barangan serta pakaian seragam kakitangan. 

Sekitar Acara Grand Opening Hotel INNSiDE by Meliá Kuala Lumpur Cheras

Ketika ini terdapat 38 hartanah INNSiDE by Meliá di seluruh dunia, dengan jenama ini terus mengembangkan jejak globalnya. Semua hartanah terletak di destinasi pelancongan kejiranan gaya hidup terbaik. Sebahagian daripada mereka ialah Sepanyol (Madrid, Mallorca, Ibiza, Fuerteventura, Zaragoza), United Kingdom (Liverpool, Newcastle, Manchester), Amerika Syarikat (New York, Lima), Jerman (Berlin, Bremen, Frankfurt, Munich, Dresden, Düsseldorf, Aachen, Leipzig, Hamburg) Republik Czech (Prague), Perancis(Paris), Itali (Milano), Cina (Zhengzhou), Indonesia (Yogyakarta), Malaysia (Kuala Lumpur) and Belanda (Amsterdam).

Ikuti INNSiDE by Meliá di instagram @innside_by_melia dan Facebook INNSiDE by Meliá  

https://www.innsidebymelia.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama MALAM PENGANTIN Terbitan SYOK Bersama Dewan Bahasa & Pustaka

Permohonan Dana Kandungan Digital (DKD) Industri Muzik 2023 Dibuka