Para tetamu dan media bakal menjadi individu pertama untuk bertemu barisan pereka tempatan serta antarabangsa menerusi acara eksklusif “sneak-peek†Kedah Fashion Week 2023 yang akan berlangsung di Collab Store, The Shoppes, Four Seasons Place, di mana acara berkenaan akan menjadi sebuah platform penting dalam penetapan trend serta penghasilan rekaan yang menawan.
Acara yang amat dinanti-nantikan ini, iaitu Kedah Fashion Week 2023, yang bakal membuka tirainya mulai 4 hingga 6 Ogos di kompleks beli-belah Aman Central di Kedah ini bakal mencipta sensasi dengan pertunjukan fesyen selama tiga hari, selain menjadi medan untuk meraikan semua aspek melibatkan fesyen di Wilayah Utara.
Dengan bertemakan “Big Bang”, acara yang penuh gemerlapan ini menjanjikan tahap glamor yang unggul, pengalaman yang tidak dapat dilupakan serta pameran visual menakjubkan yang dilihat bakal menjangkau pencapaian penganjuran edisi sebelumnya.
Namun begitu, matlamat penganjurannya tetap sama iaitu untuk mewujudkan peluang yang tiada tandingan kepada para pereka baharu dalam memperagakan kemampuan seni mereka, meraih pengiktirafan, sekali gus membuka jalan kepada komuniti fesyen yang aktif dan berkembang maju di Wilayah Utara.
Dengan memasuki edisi ke-6, acara ini dijangka mengembalikan momentum kejayaan tahun lalu selepas berehat seketika, di samping memberi sumbangan signifikan kepada industri fesyen dan pelancongan tempatan. Kedah Fashion Week 2023 juga dijangka membuka peluang kerjaya menerusi pembukaan jenama gaya hidup baharu di Aman Central, yang seterusnya dapat memperkayakan lagi pengalaman pelanggannya.
Para hadirin bakal disajikan dengan barisan pertunjukan dan pameran fesyen yang menarik hasil rekaan pereka fesyen tempatan dan antarabangsa yang baharu serta terkemuka, label-label fesyen dan pelbagai jenama gaya hidup lain.
Aman Central, yang terkenal sebagai kompleks beli-belah yang paling kerap dikunjungi di negeri ini,, telah mencatat pertumbuhan trafik pengunjung luar biasa, pulih sehingga mencapai 95 peratus daripada jumlah pelanggannya yang dicatatkan pada 2019. Dianggap sebagai hab gaya hidup kreatif di Wilayah Utara, kompleks beli-belah ini adalah lokasi yang ideal untuk Kedah Fashion Week tahun ini.
Pemilihan tema “Big Bang,” adalah pilihan bijak dan menarik selaras dengan teori saintifik yang merujuk kepada alam semesta kita yang berasal daripada zarah sebelum meletus pada masa yang sangat tepat. Tema ini mewakili intipati visi Kedah Fashion Week, di mana ia berfungsi sebagai percikan api yang pacuannya bakal menjangkau skala dan magnitud acara sebelumnya. Sama seperti alam semesta yang terletus daripada zarah tunggal, Kedah Fashion Week juga menzahirkan cita-cita untuk menyemarakkan lagi senario fesyen yang bertenaga dan dinamik, sekali gus meninggalkan kesan yang tidak dapat dilupakan dalam industri fesyen tanah air.
“Komitmen kami menjangkau peranan sebagai hos pameran,” kata Grace Ho, Pengarah Belleview Group. “Kami mahu mewujudkan kerjasama antara jenama yang dihormati dan kumpulan pereka berbakat di peringkat antarabangsa serta tempatan. Dengan menyediakan ruang dinamik untuk menyatukan aspek kreativiti, kami mahu memberi inspirasi menjangkau sempadan ekspresi artistik. Bersedialah untuk membawa diri anda ke dalam acara fesyen paling berani dan menonjol di Wilayah Utara.”
LEBIH TRENDING
Acara ini bakal membawakan pelbagai fesyen daripada minimalis moden, sentuhan avant-garde, dan pakaian tradisional Kedah yang terperinci dan penuh kemewahan serta barang kemas mewah. Kedah Fashion Week 2023 menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan dalam meneroka identiti fesyen yang pelbagai di Wilayah Utara.
Rakan fesyen rasmi, Collab Store akan memulakan festival dengan aksi pembuka tirai yang menakjubkan menerusi kerjasama dengan selebriti terkenal. Sebagai pembuka selera, acara ini akan menampilkan dua pereka tempatan yang berwawasan dari Kedah, Ikmal Mukmin dari Gens Great Idea dan Jeremy Lim dari YT Label. Festival penuh glamor ini juga akan membuka jalan kepada pereka terkemuka negara seperti Asyraf Arrif, Ezuwan Ismail, Anuar Faizal, Teddie Alrashed (Bleu Natar) dan Oscar Lee (Outdwell).
Tidak ketinggalan juga adalah veteran fesyen tempatan yang diterajui oleh ByTwoo, Daniel Zharif, Dee Roslan, Salleh Hamid, Amaze, Naemah Khuntum, Hasfitri Yusof, Wan&Mary, dan pasangan bergaya, Seth&Luna. Turut menyertai kemuncak acara yang amat dinanti-nantikan ini ialah Kanapot Aunsorn dari Thailand, dan penampilan semula oleh Yadanar dari Myanmar. Melengkapkan Kedah Fashion Week adalah pertunjukan koleksi terbaharu daripada pelbagai jenama yang beroperasi di Aman Central seperti Bonia, HLA, New Era, Tomei, Icahfa, D’yana, Elrah Exclusive, dan LokalTeez.
“Sejak 2016, kami berada di barisan hadapan dalam mempromosikan kepelbagaian sambil mewujudkan peluang pekerjaan dalam industri fesyen kepada rakyat Malaysia,†tambah Lawrence Te’h, Ketua Pegawai Operasi (COO) Peruncitan dan Komersial Belleview Group. “Fesyen sememangnya bersifat individualistik dan berfungsi sebagai satu bentuk ekspresi diri. Dengan pemahaman ini, kami berusaha untuk memenuhi setiap pilihan gaya dan cita rasa, selain mempamerkan rekaan lebih 15 pereka berbakat tempatan dan antarabangsa.”
Melalui usaha kolektif ini, tumpuan akan terarah ke Aman Central, di mana ia mampu mencetuskan perbincangan dan penghargaan yang sangat bermakna merangkumi pelbagai perspektif yang membentuk landskap masa depan fesyen Malaysia. Selain itu, penganjur turut mendedikasikan komitmennya dalam memperjuangkan pereka tempatan dan individu dalam industri fesyen. Lebih 90% daripada model yang menghiasi pentas peragaan adalah model tempatan, dalam usaha meraikan keindahan serta bakat yang dimiliki dalam komuniti tempatan.
JEMPUTAN BERSTATUS BINTANG
Kedah Fashion Week 2023 kekal sebagai usaha bersama di mana penyertaan dan interaksi penonton menjadi sebahagian daripada keseronokan acara ini. Menambahkan lebih keterujaan kepada acara ini adalah penampilan istimewa oleh Aishah, Lah Ahmad, Ziana Zain, Dr Soo Wincci, dan Datin Winnie Loo. Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda, Raja Puan Muda Kedah, juga akan hadir dengan kehadiran diraja apabila dalam kesemua tiga hari acara tersebut.
“Sejak bertahun-tahun lalu, saya telah melihat beberapa bakat tempatan menjadi fenomena dalam industri fesyen disebabkan platform-platform yang telah mencorak hala tuju mereka,†kata pakar dandanan rambut, Datin Winnie Loo. “Inilah sebabnya saya teruja dan menantikan Kedah Fashion Week 2023. Di mana lagi anda dapat merasai pelbagai interpretasi gaya dan penghayatan imajinatif hasil trend terkini daripada kohort baharu yang muda dan bercita-cita tinggi.â€
“Saya percaya bahawa komuniti fesyen lebih bersatu hati dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini,” tambah bekas ratu cantik, Dr Soo Wincci. “Menaungi kepelbagaian dan keterangkuman adalah penting dalam menawarkan perspektif unik berbanding menepati standard yang ideal. Sepanjang penyertaan saya dalam pelbagai acara dan minggu fesyen, adalah lebih menarik apabila melihat muka baharu diberi peluang. Kedah Fashion Week berfungsi sebagai pentas yang sempurna untuk menjadi kreatif, selain kekal jujur pada diri sendiri.”
Kedah Fashion Week 2023 mendapat sokongan daripada pelbagai rakan kongsi termasuk Shoppes at Four Seasons Place, Collab Store, Frazel Heritage Hotel, Self Supply, Bonia, Tomei, Osim, New Era, D’yana, Elrah Exclusive, Yole, Royce’, Nando’s, HWC Coffee, dan Lokalteez. Tidak cukup dengan itu, jenama gaya hidup dan hospitaliti terkemuka termasuk HLA, ICAHFA, BMW Lee Motors, Stay City Hotel, Bt Haus Retreat, Visual Art Décor, Clover Makeup & Beauty Academy, Himalaya, Kafe Moara, Zoomix, Barbara Flower Shop, dan Ecobrown’s juga memberi sokongan padu sebagai penaja rasmi.
“Kedah Fashion Week akan terus memecahkan tembok kreativiti,” jelas Grace Ho. “Pertunjukan koleksi Batik kami sebelum ini yang memberikan penghormatan kepada budaya Malaysia menjadi bukti kepada misi ini. Setiap tahun, kami berusaha untuk menjadikan Kedah sebagai destinasi utama penggemar fesyen. Sokongan terbaik dan luar biasa diterima oleh kami menjadi bukti jelas bahawa kami sememangnya berada di landasan yang betul. Bersedialah untuk letusan hebat yang akan menyemarak Kedah Fashion Week 2023 Ogos ini!”
Untuk maklumat lanjut mengenai Aman Central dan Kedah Fashion Week 2023, sila layari https://www.amancentral.com.my/.
Mengenai Aman Central
Terletak secara strategik di tengah-tengah bandar Alor Setar, Aman Central menjadi satu mercu tanda tersendiri. Dijenamakan sebagai ‘hotspot’ serantau di mana semuanya ada di sini, ia menyediakan destinasi ideal untuk seisi keluarga.
Memiliki keluasan binaan keseluruhan 1.25 juta kaki persegi dan kawasan boleh disewa seluas 800,000 kaki persegi, pusat beli-belah ini menawarkan pengamalan membeli-belah lengkap untuk semua lapisan masyarakat dan peringkat umur. Ia diterajui oleh Parkson, Golden Screen Cinemas, Kidzoona, Aman Bowl dan jenama terkenal seperti H&M, Uniqlo, Cotton On dan banyak lagi.
Kedudukan yang berhadapan Menara Alor Setar yang ikonik, Aman Central mudah diakses melalui persimpangan Jalan Tambang Badak dan Jalan Teluk Wanjah. Aman Central sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik di samping menyediakan pelbagai tawaran terbaharu.
Nantikan semua maklumat terkini dan eksklusif hanya di www.amancentral.com.my.
www.facebook.com/AmanCentralAlorSetar
IG@amancentral
Tiktok@AmanCentralTikTok