in , ,

Sek Ganu Power Dooh! Karnival Jom Heboh Terengganu Meriah!

Kemah Sokmo Warga Pantai Timur! 300,000 Pengunjung Menutup Tirai Karnival Jom Heboh Di Terengganu

Kalau korang nak tahu, Karnival Jom Heboh (KJH) yang berlangsung di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus baru-baru ini memang mendapat sambutan luar biasa! Walaupun cuaca tak menentu dan jalan sesak, hampir 300,000 orang tak lepaskan peluang untuk join event gempak ni. Memang betul lah, slogan negeri cantik, budaya menarik, orangnya baik-baik tu memang tepat sekali!

Aktiviti Gempak Sepanjang 3 Hari

Selama tiga hari berturut-turut dari 1 hingga 3 Ogos 2024, karnival ni jadi tumpuan semua orang. Macam-macam aktiviti menarik ada, dari reruai Studio Tonton Drama Sangat sampai ke gerai makanan yang padu habis! Ada pelbagai jenis makanan tempatan dan makanan ‘viral’ yang buatkan semua sudut Kompleks Sukan Negeri Terengganu penuh dengan kemeriahan.

Tak cukup dengan tu, event ni jadi lagi meriah dengan kehadiran orang-orang penting macam YBhg. Dato’ Tun Ahmad Faisal bin Tun Abdul Razak dan ramai lagi VIP. Mereka semua turut serta bagi menyemarakkan suasana di karnival ni. Bila orang kenamaan pun turun padang, lagilah event ni jadi tumpuan ramai!

Pertandingan & Aktiviti Menarik untuk Semua

Salah satu tarikan utama karnival ni mestilah reruai Studio Tonton Drama Sangat. Ada tiga pertandingan utama yang jadi tumpuan, iaitu Pertandingan Fesyen 3R, Karaoke, dan Mewarna, serta Tonton eSports War of Clans E-Football PES. Yang paling menarik, ada pertandingan Teka dan Menang wang tunai RM500 yang khas untuk orang Terengganu. Sambutan untuk pertandingan ni memang luar biasa, lebih 2,000 orang join!

Bagi Pertandingan Fesyen 3R, tema kali ni memang unik habis – Reduce, Reuse & Recycle. Pemenang pertandingan ni, adik Siti Khadijah Umairah, berjaya bawak pulang RM300 dengan rekaan yang kreatif gila! Naib juara pula dimenangi oleh adik Haura Aqilla yang bawa balik RM200, dan tempat ketiga adik Syafiah Qayra Qhaysara yang terima RM150.

Sek Ganu Power Dooh! Karnival Jom Heboh Terengganu Memang Meriah Habis!

Bertemu Selebriti Popular & Bintang TikTok

Karnival ni jadi lagi happening dengan kehadiran selebriti popular tanah air. Pengunjung berpeluang jumpa secara dekat dengan pelakon-pelakon dan personaliti TV yang sering muncul di TV3, TV9 dan Tonton. Antara selebriti yang hadir termasuklah Afdlin Shauki, Harris Annuar, Shah Iskandar, dan ramai lagi.

Tak lupa juga, calon-calon TikTok Awards 2024 turut memeriahkan suasana. Ramai pengunjung teruja dapat jumpa TikTokers terkenal macam @Ryanbakery, @Kanafly, @Amaranas_, dan ramai lagi!

Program Ilmiah & Hiburan Menarik

Selain aktiviti santai, KJH Terengganu juga tak lupa untuk sajikan program-program ilmiah dan islamiah yang memperkaya minda dan jiwa pengunjung. Pada 1 Ogos, ada program Jom Selawat Bersama Efferty yang cukup syahdu. Hari kedua dan ketiga pula ada Akustika Jom Heboh dan Malam Senandung Jom Heboh yang berjaya kumpulkan ramai pengunjung dengan persembahan hebat dari artis terkenal macam Hazama, Ameng Spring, Naim Daniel, dan ramai lagi.

Kepedulian Terhadap Krisis Kemanusiaan

Di sebalik kegembiraan karnival ni, kami di TV3 tak lupa akan tanggungjawab terhadap krisis kemanusiaan yang berlaku, khususnya di Palestin. Kami sentiasa prihatin dan menyokong usaha bantuan kemanusiaan. Kalau korang nak menyumbang, boleh hulurkan derma melalui akaun Bank Muamalat 1401 0008 8447 15 atau Maybank 5642 7651 0331 untuk Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima.

Siri Jelajah Jom Heboh Terus Menggempakkan Malaysia

Jangan risau kalau korang tak sempat join KJH Terengganu, sebab karnival ni akan terus menjelajah ke seluruh Malaysia! Next stop? Pulau Pinang! Pastikan korang tak lepaskan peluang untuk join keseronokan ni. Ikuti perkembangan terkini di www.jomheboh.com.my atau laman sosial rasmi @jomhebohofficial di Facebook dan Instagram. Jangan lupa guna hashtag #TV3SentiasaBersamamu #KarnivalJomHeboh #InspirasiGenerasi untuk kongsi pengalaman korang!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hariz Danial Mahu Fokus Pada Seni, Lancar Single Terbaharu ‘Materialistik’

Etika & Adab Yang Anda Patut Amalkan Dalam Kehidupan Seharian