Selepas hampir 6 bulan pendakwah bebas Da’i Farhan menjadi buah mulut netizen apabila dia menceraikan isteri pertamanya yang sedang mengandung, kali ini sejarah tersebut berulang apabila isteri keduanya, Noorainul Naqim Mohd. Radzi yang sedang mengandung pula telah sah diceraikan sejak 27 April lalu.
Sebelum ini, kita disogok dengan informasi mengatakan bahawa Da’i Farhan dan Dr Erin mula bertaut hati di Mekah dan mengambil keputusan untuk berkahwin di sana. Walaubagaimanapun, lain pula cerita yang disampaikan oleh wanita ini dalam satu entri panjang di laman Instagram.
Menurutnya, Farhan sudah pun mendapat kebenaran daripada isterinya pada ketika itu iaitu Fatin Nurul Ain untuk menikahinya sebelum mereka bertolak ke Mekah bagi menunaikan ibadah umrah pada Oktober tahun lepas.
“Saya menerima pinangan Ustaz kerana saya diberitahu bahawa sudah dapat persetujuan dari isterinya. Demi Allah kami tidak pernah berniat utk menyembunyikan pernikahan kami.â€
Farhan dikatakan telah menghantar borang permohonan poligami pada 10 Oktober dan sentiasa berulang alik ke Kedah untuk berjumpa ayah Dr Erin bagi menyiapkan segala yang diperlukan untuk mengisi borang pernikahan.
Wanita tersebut membuat keputusan untuk menyertai rombongan Farhan ke Mekah pada 13 Oktober meskipun terpaksa membayar pakej VVIP bilik seorang. Sejurus tiba di sana, bekas suaminya mencadangkan bahawa mereka terus sahaja menikah dan disetujui oleh Dr Erin.
Walaubagaimanapun, bahagia tak kekal lama apabila selepas dua bulan mereka mendirikan rumah tangga, hubungan suami dan isteri pertamanya mula berantakan.
“Selama 2 bulan hidup kami sangat harmoni. Ustaz akan tidur bergilir-gilir rumah saya dan rumah madu selang sehari. Saya ingat semuanya okey dan aman damai.â€
Selepas kisah perkahwinan mereka mula tular, ramai pihak yang mula mengeluarkan pendapat sampaikan ada yang merencana komplot bagi melihat dia berpisah dengan Farhan.
Dedahnya lagi, mereka terkejut apabila mendapat tahu bahawa dalang yang menyebarkan kisah perkahwinan mereka adalah rakan baik Fatin sendiri dan membuatkan hubungan mereka bertiga mula terjejas.
“Saya nak bagitahu, walaupun selepas kisah kami viral Ustaz tetap tak ada terfikir untuk bercerai dengan madu saya. Walaupun dihina dimaki kami cuba sabar tapi kami hanya manusia biasa.â€
Wanita ini juga mengakui bahawa mereka berasa marah dengan tindakan beberapa individu yang cuba menggali segala aib bagi tujuan memburukkannya kepada semua orang.
Komplot jahat ini terbongkar apabila Farhan merampas telefon bimbit madu saya sendiri dan mendapati banyak mesej perbualan mengenai perkara ini.
“Berlaku campur tangan orang luar yang menghasut lebih-lebih, mentua Ustaz sendiri yang memaksa untuk menceraikan anak mereka.â€
ATAS alasan tidak boleh berjauhan dengan anak dan syarat yang ditetapkan bekas madu, isteri kepada pendakwah bebas, Da’i Farhan yang dikenali Dr Erin mengesahkan sudah diceraikan suaminya pada 27 April lalu.
Berita perceraian yang dikongsikan Dr Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd. Radzi, 40, di Instagram itu adalah keputusannya sendiri demi kebaikan semua pihak termasuk bekas madu, Fatin Nurul Ain.
“Untuk pengetahuan semua, ustaz sudah melafazkan cerai terhadap saya pada 27 April lalu selepas saya sendiri meminta untuk dilepaskan. Saya yakin ini yang terbaik untuk kami bertiga. Saya juga tahu pihak sana (bekas madu) tak boleh ‘move on’.
“Perceraian ini saya yang minta sebab saya dah penat dengan episod kejap kata nak rujuk sana dan nak ceraikan saya. Kemudian tak jadi cerai saya dan nak pujuk sana untuk bermadu dengan saya. Selepas itu nak bercerai balik. Saya tahu ustaz pun serba salah.
Disebabkan itu saya memilih untuk diceraikan dengan rela,” katanya.
Menurut Erin, dia mengizinkan Farhan untuk kembali kepada pangkuan bekas isterinya kerana suaminya tidak boleh berpisah lama dengan anak-anak.
Katanya, antara syarat yang ditetapkan isteri Farhan adalah dia perlu menceraikannya kerana keluarganya tidak merestui anaknya hidup bermadu.
“Pada 11 Februari lalu saya mengizinkan ustaz untuk kembali dengan bekas isteri kerana selepas pulang dari berjumpa anak-anaknya, dia cakap pada saya dia tak boleh berjauhan daripada anak-anak. Dia kata pihak sana bagi syarat nak duduk dengan anak boleh, tapi kena ceraikan saya sebab ibu bapanya takkan bagi anak dia bermadu.
“Sebab terlalu sayangkan bekas suami, saya cakap kepadanya bawa saya balik berjumpa mentua dan bekas madu untuk saya sendiri serahkan dia semula. Biarlah asalkan dia dapat bersama anak-anaknya,” katanya.
Menurutnya, jika diikutkan Februari lalu dia sudah minta untuk diceraikan, namun ada sahaja halangan sehinggalah mendapat perkhabaran sudah hamil baru-baru ini.
“Saya reda jika ini ujian saya untuk kehilangan orang yang saya sayang daripada tengok dia susah hati dan rindu dengan anak-anak. Lebih baik saya mengalah.
“Saya sudah tidak mengharapkan apa-apa daripadanya dan hanya tunggu masa nak diceraikan saja. Sejak bulan Februari nak cerai ada saja masalah datang sampailah saya nekad nak akhiri pada bulan Ramadan ini demi kebaikan semua tapi saya tahu mengandung pula. Namun saya nekad dengan keputusan saya untuk mengakhirinya,” katanya.
Dalam masa sama, Erin meminta supaya dirinya tidak lagi dikaitkan dengan pendakwah bebas itu dan memohon maaf kepada mana-mana yang pernah terluka sepanjang perkahwinannya dengan Farhan.
“Saya harap selepas ini tolong jangan kaitkan dia dengan saya. Apa-apa saya yang saya kongsikan di media sosial adalah atas diri saya sendiri. Saya yang baru nak dapat hidayah ini sememangnya tak layak dengan golongan agamawan.
“Biarlah dia jalani kehidupan dia seperti biasa dengan ketenangan dan kebaikan. Saya ingin meminta maaf kepada sesiapa yang tergores hati dan terkesan atas pernikahan saya dengannya. Saya terima lamarannya dulu sebab ilmu agama dan kebaikan yang saya nampak dalam dirinya ketika itu. Saya sangat harap dia boleh bawa saya ke syurga,” katanya.
Pernikahan Farhan atau nama sebenarnya Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad, 30, dengan Erin yang juga ibu tunggal anak lapan di Makkah pada November tahun lalu mendapat perhatian masyarakat apabila dilakukan tanpa pengetahuan isteri pertamanya, Fatin.
Selepas pendedahan mengejutkan Dr Erin ini, isteri pertama Farhan iaitu Fatin lebih senang mendiamkan diri dan hanya memuat naik satu petikan dan doa untuk memaafkan individu lain yang memfitnahnya.
“Mengambil Ibrah dari bulan yang mulia ini, saya mohon doa.
“Allah ampunkan dosa-dosa saya.
“Allah kekalkan hati saya untuk sentiasa memaafkan mereka yang masih tidak mahu bertaubat dari memfitnah saya, walid kepada anak-anak dan keluarga serta Allah kurniakan hidayah buat mereka.
“Ya Allah jadikanlah kami hamba-hambaMu yang bertaqwa,” tulis Fatin di ruangan kapsyen.
Status itu diakhiri dengan tanda pagar berbunyi #diamitulebihbaik.
Rata-rata netizen menyokong tindakan Fatin yang enggan bersuara lanjut mengenai isu terbabit.
Bagaimanapun, Farhan kemudian mengambil keputusan menceraikan isteri pertamanya yang ketika itu sarat mengandung anak kedua mereka. Cerai itu dilafazkan menerusi rakaman suara di aplikasi WhatsApp pada 3 Disember tahun lalu.
Jadi, apa pendapat anda tentang isu ini? Jika ada pendapat dan pandangan, anda boleh menulis di ruangan komen kat bawah ini. Kita komen yang baik-baik. Semoga dengan apa yang dipaparkan ini memberikan sedikit sebanyak info dan pengajaran buat kita semua.