Pelakon, Farid Kamil tiba di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di sini sebentar tadi.
Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari tiba kira-kira pukul 9 pagi dengan sejambak bunga.
“Bunga ini untuk Diana tanda pendamaian pertama,” katanya ringkas ketika ditanya sebab membawa sejambak bunga hari ini.
Tiba di mahkamah pada jam 9.05 pagi, Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari kelihatan tenang dan tersenyum sambil membawa sejambak bunga mawar bewarna merah.
“Bunga ini untuk Diana tanda pendamaian pertama,”
Sementara itu, Diana hadir lebih awal pada jam 8.55 pagi di mahkamah memakai busana serba hitam bersama pengawal peribadi.
“Salam Ramadan,” kata Diana ringkas.
Hari ini difahamkan Farid akan memaklumkan kepada mahkamah bagi perlantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam menyelesaikan kemelut rumah tangganya.
Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.
Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.