Putra Amaris, Maria Tunku Sabri dan Sharifah Zaina mengajak peminat mengikuti trip Seiring Sejalan ke Pulau Boracay yang akan berlangsung pada penghujung April 2017. Acara rombongan peminat ini adalah kerjasama TV3, Toscana Medi Clinic, Grand Holiday Sdn.Bhd dan Orient Euro Pharma Sdn. Bhd.
Selain anda berpeluang mengenali ketiga selebriti ini dengan lebih dekat, anda juga pasti seronok dengan pelbagai aktiviti menarik yang sedang dirancang.
Selain Putra Amaris, dua lagi selebriti yang akan turut serta dalam percutian itu ialah penyanyi Sharifah Zarina dan personaliti televisyen Maria Tungku Sabri.
Butiran lanjut mengenai percutian itu akan diumumkan menerusi media sosial selebriti berkenaan dalam masa terdekat.