ASYIKFM, LAIN DARI YANG LAIN JANJIKAN SEGMEN-SEGMEN MENARIK SEPANJANG TAHUN 2009
Dengan konsep hiburan dan informasi yang berbeza daripada stesen-stesen radio lain, ASYIKfm sebuah stesen radio RTM, tampil menghidangkan segmen-segmen menarik disamping pengisian yang berkualiti setiap hari untuk santapan pendengar setia stesen radio ini yang majoritinya terdiri daripada kaum orang asli. Pun begitu, ramai pendengar di luar sana yang bukan daripada kumpulan minoriti orang asli, turut terhibur mendengar ASYIKfm kerana lagu-lagu yang diputar nyata menghiburkan.  Â
Â
Tahun 2009, ASYIKfm menyediakan empat segmen iaitu Yeh Yah@Asyik bermula 8.00 pagi hingga 11.00 pagi, Kecun Kecan mengambil alih pada pukul 11.00 pagi hingga 2.00 petang, Renyah memulakan hiburan petang di ASYIKfm pada pukul 2.00 petang hingga 6.00 petang dan Sambil Kakdik Sambil Berpihoi memulakan siaran bermula 6.00 petang dan menutup siaran ASYIKfm pada pukul 10.00 malam. Dengan bersiaran selama 14 jam, segmen-segmen ini mempunyai kekuatan dari segi pengisian informasi dan format susunan lagu.Â
Yeh Yah@Asyik memulakan siaran ASYIKfm pada pukul 8.00 pagi dengan hiburan dan maklumat terkini yang pasti menghangatkan, menggegarkan dan mengejutkan pagi anda. Menerusi segmen ini, pengisian rohani turut menjadi keutamaan dengan rancangan Fitrah keudara setiap hari Jumaat bermula 12.30 hingga 1.00 tengah hari. Bagi peminat-peminat lagu Nasyid, pastikan anda mengikuti rancangan Carta Nasyid terbitan JAKIM setiap Jumaat, 10.00 pagi hingga 11.00 pagi.    Â
Tamat Yeh Yah@Asyik, segmen Kecun Kecan mengambil alih siaran dimulakan dengan rancangan Salam Asyik. Salam Asyik mengajak pendengar untuk menyampaikan ucapan salam kepada keluarga mahupun sahabat handai menerusi sms dan panggilan telefon, setiap hari, bermula 11.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Selepas siaran Berita Dialek Temiar pada pukul 1.00 hingga 1.10 tengah hari, Santai@Asyik menghiburkan anda dengan alunan lagu-lagu santai sebagai peneman di waktu rehat tengah hari sehingga 2.00 petang. Istimewa setiap Sabtu, segmen Santai@Asyik menyediakan rancangan D’Warung Asyik bermula pukul 11.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. D’Warung Asyik mempelawa pendengar untuk berhibur serta melontar pandangan dan pendapat terhadap topik-topik semasa yang menarik lagi sensasi. Bagi anda yang cukup suka karaoke dan ingin mengasah bakat, jangan segan-segan menyertai Moh Karaoke, setiap Ahad, 11.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Â
Selepas segmen Kecun Kecan, Segmen Renyah terus menghiburkan pendengar ASYIKfm. Renyah menyediakan pelbagai rancangan-rancangan menarik antaranya Rentak Genen yang keudara setiap hari bermula pukul 3.30 petang dengan adunan lagu-lagu moden masyarakat Orang Asli. Kepada yang gemar menjual dan membeli pantun, pastikan Mari Berpantun menjadi peneman petang Isnin anda bermula pukul 5.00 petang. Luaskan pengetahuan anda dengan mengikuti rancangan Naho Hempak Hemo? (Tahukah Anda?) setiap Selasa, pukul 5.00 hingga 6.00 petang. Peminat Irama 60-an, imbau kembali kenangan anda bersama rancangan Kenangan 60-an, setiap Rabu, pukul 5.00 petang. Gegarkan dan panaskan petang anda dengan lagu-lagu rock dalam Rock@Asyik, setiap Khamis, pukul 5.00 petang. Ingin dengarkan hasil kreatif bakat muda dalam bidang muzik? dengarkan Gradung Gradeng, setiap Jumaat, pukul 5.00 petang. Dahagakan lagu-lagu Hindi? ayuh bergoyang bersama Bollywood@Asyik setiap Sabtu, pukul 3.30 hingga 5.00 petang. Ingin dengarkan koleksi lagu-lagu etnik tempatan dan antarabangsa? nikmati Irama Etnik, setiap Ahad, pukul 5.00 petang.     Â
Keasyikan rentak dan lagu di ASYIKfm berterusan menghiasi segmen SAMBIL KAKDIK SAMBIL BERPIHOI . Genre irama Dangdut memang sinonim dengan stesen lain dari yang lain ini. Untuk itu kepada peminat irama Dangdut jangan ketinggalan siarannya pada setiap petang isnin 6.10 – 7.00 malam pastinya di ASYKfm. Adat dan tradisi adalah sesuatu yang amat disanjung dan dipelihara oleh kaum etnik ini. Balei Jenulak ke udara setiap selasa 6.10 -7.00 malam memberi keutamaan kepada penyiaran lagu – lagu sewang suku kaum Semai Perak dan Pahang yang sememangnya unik lagi asyik. Ada ketikanya tertanya juga, bagimanakan kehidupan sukum kaum etnik ini.
Bagaimanakah kisah suka dan duka kehidupan mereka dan apakah erti kehidupan moden bagi mereka. Segala ini akan kita ketuhui dengan mengikuti Roda Kehidupan setiap Khamis 6.10 – 7.00 malam.
Heboh Sukan …. paparan info sukan terkini dan sensasi keudara setiap Sabtu 6.10 – 7.00mlm. Bintang ASYIK, rancangan yang menyiarkan kembali petikan siaran langsung dan rakaman persembahan pentas dilokasi menerusi program dilokasi ASYIKfm. Keudara setiap Ahad pukul 6.10 – 7.00 malam. Rancangan 60KMJ khas buat pemilik kereta diman anda boleh mendapatkan tip – tip dan panduan keselamatan pengguna ketika berada dijalanraya. 60KMJ boleh saudara ikuti setiap Jumaat 7.00 – 8.00 malam.
ASYIKfm pada setiap hari selama satu jam mulai pukul 7.00 – 8.00 malam akan melayan perasaan anda dan membuainya melalui lagu – lagu retro tempatan dan antarabangsa sekitar 70an, 80an dan 90an. Istimewa buat pendengar ASYIKfm yang ingin membuat pilihan lagu dengarkan Seleksi Asyik setiap malam bermula pukul 8.10 – 10.00 malam.