in

Sedapnya Dundee Fruit Cake di THE COFFEE BEAN

Menu Krismas eksklusif yang dihasilkan oleh chef pemenang anugerah, Chef Johnny Loh, menampilkan Dundee Fruit Cake yang diinspirasikan dari Scotland; hasil jualan tag hadiah Krismas akan disalurkan kepada Persatuan Systemic Lupus Erythematosus Malaysia.

RAIKAN MUSIM INI DENGAN PENUH KERIANGAN DI THE COFFEE BEAN & TEA LEAF®

[dropcap]T[/dropcap]he Coffee Bean & Tea Leaf® (CB&TL) meraikan musim keriangan “Holiday Specials” dengan sajian lazat yang akan menceriakan lagi musim cuti anda. Raikan keceriaan dengan Toffee Nut Latte, Double Chocolate Peppermint Ice Blended dan Red Velvet Hot Cocoa atau sambut keriangan dengan Christmas Surprise Sampler, German Stollen, Classic Christmas Log, Sugar n’ Chai Cheesecake dan sudah pastinya, pilihan utama menu: Dundee Fruit Cake enak yang diinspirasikan dari Scotland!

“Berbeza dengan musim lain, pada musim keriangan ini, CB&TL ingin meraikannya sebaik mungkin dengan cara kami yang tersendiri – dengan berkongsi rasa kopi dan teh premium tulen yang lazat, ditambah dengan aroma tradisional musim Krismas dari negara-negara di Eropah,” kata Cik Fiona Rodrigues, Pengarah Pemasaran & Pembangunan di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia.

Dihasilkan oleh chef pemenang anugerah, Chef Johnny Loh, sajian musim perayaan ini terdiri daripada beberapa pencuci mulut tradisional inspirasi resepi-resepi klasik Eropah.

Untitled

“Adalah satu penghormatan untuk menghasilkan menu musim perayaan ini berlandaskan idea keriangan – sebagai seorang chef, kegembiraan pelanggan adalah keutamaan saya apatah lagi setelah mereka merasai masakan saya,” kata Chef Johnny. “Ia juga merupakan satu cabaran yang menyeronokkan – hidangan klasik sememangnya sesuatu yang mencabar. Jika anda menggunakan cara selamat, anda tidak akan mencipta sesuatu yang baharu; jika anda melakukan perubahan besar, orang ramai mungkin tidak dapat menerima perubahan itu. Melalui menu istimewa ini, saya percaya saya telah menemui keseimbangan rasa yang tepat dan rakyat Malaysia pastinya akan meraikan musim perayaan ini sambil menikmati hidangan tradisional lazat di The Coffee Bean & Tea Leaf®.”

Tambahan lagi, pelbagai hadiah edisi terhad turut disediakan, antaranya “Holiday Blend” dan “Coffee Duet” serta set-set hadiah yang pastinya dapat menceriakan sesiapa sahaja, kesemua ini boleh dinikmati dalam cawan eksklusif dan bekas minuman yang juga boleh dijadikan hadiah menarik!

Dengan setiap sambutan keriangan, CB&TL terus menyokong Persatuan Systemic Lupus Erythematosus Malaysia melalui hasil jualan Tag Hadiah yang direka khas – dijual dengan harga serendah RM2, setiap hasil jualan akan disalurkan kepada Pusat Sumber Lupus Malaysia persatuan tersebut.

Systemic Lupus Erythematosus (SLE) merupakan penyakit auto imun kronik yang tidak boleh diubati, di mana badan menghasilkan jumlah antibodi yang banyak sehingga memberi tindak balas kepada tisu seseorang, dan ia selalunya dihidapi oleh kaum wanita. Di Malaysia, dianggarkan 10,000 individu telah didiagnosis dengan SLE sejak 30 tahun lalu namun Persatuan ini percaya jumlah sebenar adalah jauh lebih tinggi, dengan banyak individu yang masih tidak didiagnosis. Persatuan ini bergantung kepada sumbangan orang ramai dan sokongan korporat, seperti inisiatif Blue Tiger Tea CB&TL, untuk menjayakan aktiviti-aktiviti mereka.

Untuk lebih maklumat tentang tawaran Krismas CB&TL, berita dan promosi, layari laman Facebook CB&TL, www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage atau laman web www.coffeebean.com.my.

Untitled

Untitled

Mengenai The Coffee Bean & Tea Leaf®

The Coffee Bean & Tea Leaf® ditubuhkan di California Selatan sejak 1963 dan ia merupakan perniagaan kopi dan teh hak milik persendirian yang tertua dan terbesar di Amerika Syarikat. Syarikat ini yang terkemuka dalam membekalkan dan menyediakan bahan dan citarasa terbaik dari seluruh dunia berhasrat untuk menghubungkan pelanggan setia mereka dengan produk yang dihasilkan dengan penuh teliti. Selama lebih daripada 50 tahun, The Coffee Bean & Tea Leaf® telah mempamerkan kesungguhan terhadap inovasi produk dengan minuman The Original Ice Blended® sebagai contoh keunggulannya. Syarikat ini telah berkembang menjadi ikon antarabangsa dan kini mempunyai lebih 1000 restoran di 30 negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.coffeebean.com.my atau www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Program DOIT Dimensi Berorientasi Inovasi Teknologi

Tajuk AKU LEJEN Hangatkan Forum Perdana Ehwal Islam