in , ,

Sedang Mengenali Seorang Wanita, Sharnaaz Ahmad Segan Cerita Kisah Peribadi

Pelakon Sharnaaz Ahmad memaklumkan dia kini sedang berkawan rapat dengan seseorang wanita namun enggan bercerita lebih mengenai itu.

Menurut Sharnaaz atau nama lengkapnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 38, dia mengakui segan untuk menjaja kisah peribadinya selaras dengan faktor usianya kini.

“Memang saya ada berkawan dengan seseorang. Tetapi saya tak mahu jadi macam kisah sebelum in dengan terlalu bercerita soal peribadi.

“Saya akan cerita bila sudah betul-betul sah nanti. Usia sekarang pun semakin meningkat, jadi segan nak bercerita. Biarlah artis muda kongsi kisah peribadi mereka pula, saya dah rasa semua itu dahulu,” katanya.

Biarpun bergelar seorang duda, Sharnaaz berkata dia mahukan kesempurnaan dalam hubungannya kali ini tetapi enggan meletak harapan tinggi.

“Apabila bergelar duda, dah jadi macam penyakit apabila kita mencari kesempurnaan pada pasangan baharu. Saya sendiri sedar diri ini tidak sempurna. Rasa takut hubungan kali ini tak menjadi sebab salah sendiri.

“Saya pun kenalah sedar diri sendiri. Saya pernah berkahwin dan juga pernah melakukan kesilapan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Sharnaaz turut memohon agar khalayak dapat menjaga sensitiviti bekas isterinya, Noor Nabila Mohd. Nor apabila ada yang mendoakan mereka kembali bersama.

Malah, mahu berusaha memberikan yang terbaik dalam membesarkan anak tunggal mereka, Jebat Jayden.

“Walaupun doa itu yang baik-baik, kenalah fikir sensitiviti. Dia masih isteri orang. Kena fikir soal suaminya juga.

“Saya dan Nabila sekarang bagaikan satu pasukan dan fokus kami hanya untuk membesarkan anak bersama.

“Kami tidak mahu anak merasakan kurang kasih sayang ibu bapa, jelasnya.

Untuk rekod, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga bersama Noor Nabila Mohd. Noor pada 31 Mac 2017 namun bercerai pada 9 Julai 2020.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Jebat Jaydan yang kini berusia lima tahun.

Nabila kemudian mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran pada 19 Mac 2021.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

DAIYAN TRISHA

Masih Tayang Aurat Selepas Pulang Kerjakan Umrah, Ini Jawab Daiyan Trisha

SITI NURHALIZA

Mesra & Merendah Diri, Ramai Puji Cara Siti Nurhaliza Layan Peminat