“Ini bukan filem terakhir yang kami akan buat dengan Marvel – [ini bukan] filem Spider-Man yang terakhir,” kata Pascal kepada Fandango.
“Kami sedang bersiap sedia untuk membuat filem Spider-Man seterusnya bersama Tom Holland dan Marvel, ia bukan sebahagian daripada… kami memikirkan ini sebagai tiga filem, dan kini kami akan pergi ke tiga filem seterusnya. Ini bukan filem MCU terakhir kami.”
Meskipun Tom Holland kekal sebagai Spider-Man, Pascal menyatakan No Way Home akan terbukti sebagai “kemuncak trilogi Homecoming, kisah Tom Holland menjadi Spider-Man yang kita semua mahukan.” Oleh itu, filem akan datang akan menyimpulkan jalan cerita semasa.
Spider-Man: No Way Home turut menampilkan Benedict Cumberbatch sebagai Doctor Strange, Zendaya sebagai MJ, Jacob Batalon sebagai Ned, Marisa Tomei sebagai Aunt May, Jon Favreau sebagai Happy, Tony Revolori sebagai Flash dan Hannibal Buress sebagai Coach Wilson.
Filem tersebut turut menampilkan veteran francais Spider-Man yang terdiri daripada Alfred Molina sebagai Doc Ock, Willem Dafoe sebagai Green Goblin, Jamie Foxx sebagai Electro, Thomas Haden Church sebagai Sandman dan Rhys Ifans sebagai Lizard.
Spider-Man: No Way Home akan ditayangkan di pawagam tempatan pada 16 Disember ini.