Filem ini sebenarnya dah lama kena tunda tarikhnya. Mungkin kerana pandemik Covid-19 di mana tak banyak pawagam dibuka. Namun, setelah sekian lama kena tunda, Sony Pictures akhirnya bakal menayangkan filem ini di pawagam pada 31 Mac 2022. Yes! Budiey tak sabar nak menontonnya di pawagam!
Tapi dari mula Sony Pictures mengeluarkan trailer filem ini, semakin ramai yang memperkatakan tentang filem dan bertanyakan tentang kewujudan watak Morbius. Siapa Morbius? Macamana watak ni boleh dicipta?
Ya, Apa yang Budiey boleh simpulkan, tak semua orang kenal dengan watak Morbius ni, sebuah watak ‘vampire hidup’ dari Marvel ini.
Sebelum trailer dilancarkan oleh Sony Pictures, Budiey juga perhatikan tidak ramai di kalangan warganet yang memperkatakan tentang filem MORBIUS ini do sosial media. Itu yang peliknya, kalau kita buat carian kat Youtube atau Google pun, juga tak banyak informasi pasal filem ini sedangkan filem ini berada dalam Sony Spiderman Universe. Sebuah watak yang penting juga la kan?
Mungkin ramai yang tak tahu tentang watak yang dilakonkan oleh Jared Leto. Jadi, inilah tujuannya Budiey tulis artikel untuk kasi korang faham, apakah ciri dan kekuatan watak ini.
Semakin lama menghampiri tarikh tayangan, ramai yang bertanya tentang siapakah Marbius ini. Adakah Morbius ini seorang hero pahlawan atau penjahat? Apa kemampuan dan kuasa yang ada pada Morbius? Adakah kuasa yang dimilikinya itu satu jenis sihir atau sains?
Meskipun ianya watak dari adaptasi Marvel Comics, namun masih banyak hal yang jadi misteri di filem MORBIUS ini termasuk apakah latar dunianya berada di Marvel Cinematic Universe atau bukan?
Sekaligus ini turut mengingatkan kita dengan kemunculan watak Michael Keaton yang menjadi Adrian Toomes atau Vulture di Spider-Man: Homecoming atau di Marvel Cinematic Universe (MCU), namun juga turut ada yang rujukan di luar jagat itu seperti watak Venom.
Jika watak Morbius ini disamakan dengan kemunculan dan kewujudan watak lain dalam cerita Spider-Man seperti Venom, jadi, watak Morbius ini boleh kita kategorikan sebagai anti-hero atau senang cerita dia ni penjahat la kan?
Kalau kita jenguk di laman rasmi Marvel, watak Morbius the Living Vampire ini muncul buat pertama kalinya dalam komik The Amazing Spider-Man 101 pada Oktober 1971. Ya, pada awalnya, watak Morbius ini dicipta sebagai seorang penjahat yang melawan Spider-Man oleh Roy Thomas dan Gil Kane untuk komik Amazing Spider-Man #101. Jadi, selepas itu, dalam beberapa judul berikutnya, Marvel pun menceritakan asal usul bagaimana Dr. Michael Morbius boleh mendapatkan kekuatan vampire.
Akan tetapi seiring berjalannya masa, Morbius lebih menjadi dark vigilante. Jangan terkejut, Morbius ini pernah bergabung dengan pasukan seperti Ghost Rider, Blade dan bahkan Doctor Strange untuk melawan vampire yang lain.
Asal Usul Morbius
Diceritakan dalam komik, Dr Michael Morbius adalah seorang ahli biokimia yang mana menjadi pemenang Hadiah Nobel.
Kemudian dia pun berusaha untuk melakukan eksperimen untuk menghilangkan penyakit darahnya yang dialaminya.
Selepas dia buntu dan rasa putus asa mencari ubat dan cara untuk sembuh, Morbius telah menciptakan satu formula yang menggabungkan formula dari kelelawar vampire dan terapi gelombang listrik.
Hasilnya, penyakit yang dialaminya itu telah sembuh tapi ada kesan yang tak baik di mana keadaan dirinya berubah menjadi sangat ngeri. Kulitnya berubah menjadi putih dan matanya merah. Mulutnya juga ditumbuhi taring besar.
Bukan hanya penampilan je yang berubah, malah Morbius juga mendapat kemampuan seperti vampire juga.
Kekuatan & Kemampuan Morbius
Perubahan ini adalah hasil eksperimen ilmiah dan bukan dari sumber mistik atau supernatural. Inilah yang membuat Morbius menjadi vampir hidup.
Selain itu, dia juga mengalami peningkatan dari segi sensitiviti pada deria, termasuklah sensitif terhadap cahaya, dan sentiasa hauskan darah. Morbius juga tidak dapat dilawan oleh perkara yang mistik kerana sumber kekuatannya yang lebih bersifat sains.
Selain keinginan yang dibuat itu menghirup darah manusia, Morbius ini mempunyai kekuatan dan kuasa luar biasa seperti super humon, kelajuan, boleh terbang, dan ketahanan fizikal. Contohnya, Morbius ini boleh terbang dengan cepat dan boleh sembuh dalam tempoh yang sangat cepat.
Morbius juga boleh menghipnosis atau memukau orang, di mana dia boleh membuatkan orang tunduk dengan keinginannya. Tidak sekadar itu, deria pendengaran Morbius juga meningkat dan tajam seperti kelawar.
Nama pun vampire, jadi Morbius ini suka hisap darah orang dan sekaligus mengubah dirinya menjadi monster tanpa memikirkan siapa mangsanya itu. Setelah selesai menghisap darah, dia akan kembali berfikiran waras dan akan rasa bersalah dan menyesal sebab membunuh orang.
Satu lagi fakta, apabila dia menghisap darah orang, orang itu akan turut menjadi vampire.
Adakah Ada Persamaan & Perbezaan Antara Komik & Filem?
Dikatakan, karakter yang dipaparkan dalam siri komik mungkin tak sama dengan apa yang dipaparkan dalam filem.
Dalam filem, penonton akan disajikan dengan perubahan yang berlaku ke atas Morbius dengan sangat jelas. Jika korang menonton trailer, sudah tentu akan dapat meneka apa yang berlaku. Semasa dia mendapat kemampuan menjadi vampire. Ketika itu, dia masih dilihat seperti orang normal. Akan tetapi setelah haus darah, rupa parasnya berubah menjadi makhluk yang mengerikan.
Untuk mengetahui samada sama atau ada beza dengan komik, korang kenalah menonton filem ini di pawagam nanti.
Pernah Bergabung Dengan Avengers & Midnight Sons
Cerita pun berkembang di mana Morbius dikisahkan menjadi kawan hingga lawan dari banyak superhero dan supervillain di Marvel Universe.
Di komik, Morbius juga sempat bergabung dengan Avengers dan S.H.I.E.L.D. Selain itu, dia juga dikisahkan pernah bergabung dengan Midnight Sons.
Midnight Sons sendiri adalah kelompok superhero berkekuatan supranatural yang beranggotakan beberapa tokoh seperti Ghost Rider (Daniel Ketch), Ghost Rider (Johnny Blaze), Morbius, Blade, hingga Hannibal King.
Morbius pun juga pernah bergabung dengan Spider-Man, Black Cat, Cloak, dan Venom, untuk bersama-sama melawan Carnage di cerita Maximum Carnage.
Sementara untuk lawan-lawannya, Morbius berhadapan dengan banyak musuh di antaranya seperti Dracula, Dwarf, Marie Laveau, Lilith, hingga Lizard yang juga musuh Spider-Man.
Sinopsis Film Morbius
Kisah dalam filem Morbius berfokus pada karakter Michael Morbius (Jared Leto) yang mengidap kelainan darah sejak kecil. Dia bertekad menyembuhkan dirinya dari penyakit tersebut dengan mempelajari ilmu kedoktoran.
Dengan penemuannya, Morbius juga ingin membantu orang lain yang bernasib sama dengannya. Dia banyak melakukan eksperimen dan berhasil mendapatkan penghargaan Nobel.
Suatu ketika, Morbius nekad pergi ke daerah terpencil agar dapat menemukan ubat untuk penyakitnya. Namun, pencarian itu ternyata membuat dirinya berubah menjadi vampire.
Apakah Morbius akan berhasil sembuh dari penyakitnya?
Jared Leto Sebagai Michael Morbius
Seorang pelakon yang serba boleh dan ada rupa yang cukup karismatik, siapa lagi kalau bukan Jared Leto. Dia sememangnya sesuai membawakan watak Michael Morbius.
Ini dipersetujui sendiri oleh pengarah filem ini iaitu Daniel Espinosa. Bagi beliau, Jared Leto adalah pelakon yang terbaik dan boleh membawa watak Morbius dengan baik sekali. Selain itu, Jared Leto juga senang untuk bekerjasama dengan semua pihak.
Semasa menjalani pengambaran, pengarah memuji sikap Jared Leto yang bersiap sedia dan dilihat nampak begitu yakin dengan menjiwai watak ini. Jared Leto mempunyai dedikasi yang kuat dari awal pengambaran sehingga selesai.
Selain watak utama iaitu Jared Leto yang membawa peranan sebagai Michael Morbius, filem ini juga turut menampilkan pelakon hebat seperti Matt Smith, Adria Arjona, Jared Harris, Al Madrigal dan Tyrese Gibson.
Morbius diarahkan oleh Daniel Espinosa (Safe House) dari lakonlayar yang ditulis oleh Burk Sharpless dan Matt Sazaman. Filem ini diterbitkan Avi Arad, Matt Tolmach dan Lucas Foster.
Tak lama lagi, filem ini semakin hampir menuju ke tarikh tayangannya, kisah anti-hero gelap ini bersedia untuk membawa Jared Leto ke dunia yang turut dihuni Venom.
Pastinya ramai yang tak sabar untuk menonton filem aksi lakonan Jared Leto ini di pawagam, kan?