Dengan itu, Suria FM memperkenalkan pengisian khas dan menarik yang bertemakan Sebarkan Kebaikan, Suria Bersama Anda sempena Ramadan ini. Pengisian ini merangkumi program ilimiah, program berbentuk hiburan, shorties juga peraduan yang boleh didengarkan di frekuensi Suria FM juga boleh disaksikan menerusi plarform digital Suria, antaranya laman web suria.my, saluran youtube SuriaTVÂ Â serta media sosial Suria Malaysia (Instagram, Facebook dan Twitter).
“Tahun ini adalah tahun pertama Suria memperkenalkan tema Sebarkan Kebaikan, Suria Bersama Anda sempena Ramadan. Tema ini memperlihatkan bagaimana usaha sebarkan kebaikan itu memberi manfaat kepada diri sendiri dan juga orang ramai,†kata Pengurus Kanan Suria FM, Cik Roslinda Abd Majid ( DJ Lin ).
“Kami amat teruja untuk berkongsi pengisian Ramadan Raya kali ini bersama pendengar dan penonton Suria menerusi platform digital Suria. Dengan semua berada dirumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan ini, diharapkan dengan variasi pengisian ini dapat memberi manfaat kepada pendengar dan penonton Suria sekaligus akan sama-sama membantu menyebarkan kebaikkannya dengan rakan dan keluarga yang lain,†tambah DJ Lin.
Antara pengisian Sebarkan Kebaikan, Suria Bersama Anda adalah:-
30 Hari 30 Kebaikan
Tarikh: 24 April – 23 Mei 2020
Dapatkan perkongsian info menarik dan interaktif seperti tips sihat ketika Ramadan, tips dapatkan malam Lailatuqadar, resepi sahur, permainan Insta Story dan banyak lagi yang bertepatan dengan tema Sebarkan Kebaikan setiap hari melalui media sosial Suria Malaysia.
Insta Bazar Suria
Tarikh: 24 April – 22 Mei 2020
Masa: 4.30 petang (Isnin – Jumaat)
Segmen: Suria Petang bersama Tyzo & Rara (Sharifah Shahirah)
Oleh kerana Bazar Ramadan tidak akan diadakan pada tahun ini sebagai langkah penjagaan penularan wabak Covid-19, ramai pengusaha dan peniaga tidak dapat meneruskan aktiviti perniagaan mereka seperti tahun sebelum ini. Mereka turut disyorkan berniaga secara dalam talian sepanjang Ramadan ini. Jadi, Suria ingin membuka ruang kepada peniaga-peniaga diluar sana untuk memenangi slot review perniagaan mereka di Suria FM.
Bagaimana mahu perniagaan anda direview oleh Suria FM? Muat naik poster atau video berkenaan perniagaan anda (makanan sahaja) di Instagram pastikan hashtag #InstaBazarSuria juga tag @suriamalaysia . Pastikan akaun Instagram anda tidak diletakkan didalam mod privasi. Jika penyertaan anda diterima, peniaga bertuah bakal menerima panggilan daripada penyampai Suria Tyzo dan Sharifah Shahirah untuk ditemubual review secara langsung menerusi segmen Suria Petang dan Instagram (IG) Live di Suria Malaysia.
Insta Bazar Selebriti Suria
Tarikh: 24 April – 22 Mei 2020
Masa: 1.00 Tengahari (Isnin – Jumaat)
Segmen: Muzik Top Suria (Cik Piah / Feeya Iskandar)
Ketahui apa yang dijual oleh selebriti kegemaran anda pada bulan Ramadan ini dengan mendengarkan segmen Muzik Top Suria dan juga tonton Instagram (IG) Live di Suria Malaysia di mana Cik Piah akan menghubungi artis-artis popular tanah air dan menemubual mereka tentang perniagaan mereka dan persiapan mereka untuk Ramadan dan Raya.
Kuih Raya Suria
Tarikh: 11 Mei – 15 Mei 2020
Segmen: Gaya Suria bersama Cik Piah ( Feeya Iskandar )
Menangi hamper bernilai RM150 setiap hari apabila anda berjaya meneka nama Kuih Raya popular!
Dapatkan petunjuk / clue Kuih Raya pada setiap Isnin hingga Jumaat di Instagram Story Suria Malaysia dan jadi pemanggil pertama setelah isyarat memanggil Kuih Raya Suria dimainkan. Teka nama kuih dengan betul dan hamper bernilai RM150 akan menjadi milik anda!
Kuih Raya Suria (Edisi Team Pagi Suria)
Tarikh: 18 Mei 2020
Masa: 9.30 malam
Terlepas peraduan Kuih Raya Suria di radio? Jangan risau. Sertai Kuih Raya Suria versi Facebook Live yang dihoskan oleh penyampai Team Pagi Suria eksklusif untuk satu malam sahaja!
Teka nama kuih raya yang dikongsikan oleh penyampai Ajak, Issey dan Fizi Ali semasa siaran langsung Facebook Kuih Raya Suria – Edisi Team Pagi Suria. Jangan lupa untuk kongsikan siaran langsung tersebut untuk melayakkan diri anda dipilih sebagai pemenang bertuah oleh Team Pagi Suria.
Konsert Akustika Suria Ramadan
Tarikh: 28 April – 21 Mei 2020
Kesinambungan daripada program Akustika Suria, Akustika Ramadan Suria akan menyaksikan persembahan artis kegemaran anda membawakan lagu-lagu nasyid dan ketuhanan yang penuh inspirasi secara akustik pada bulan Ramadan ini.
Chit Chat Ramadan Suria
Tarikh: 19 Mei – 23 Mei 2020
Saksikan gelagat penyampai Suria dan rakan selebriti berbual mengenai perkembangan terbaru rakan selebriti, berkongsi resepi dan juga persiapan menyambut Ramadan Raya melalui Instagram (IG) Live di Instagram Suria Malaysia.
Dapatkan maklumat dan perkembangan terkini berkenaan Suria di laman www.suria.my juga di laman sosial Facebook, Instagram & Twitter SuriaMalaysia. Gunakan #SebarkanKebaikan #SuriaBersamaAnda untuk sebarang interaksi di laman sosial.