Banyak majlis perkahwinan dan juga keraian terpaksa ditunda demi mengelakkan sebarang penularan yang lebih teruk berlaku.
Sepatutnya Nikah 20 November
Hal ini samalah seperti yang dilalui oleh pasangan selebriti, Isa Khan, 27 dan Nur Risteena Munim, 31 apabila terpaksa menangguhkan majlis pernikahan mereka yang sepatutnya berlangsung tempoh hari.
Dalam muat naik terbaru Risteena di Instagram, kelihatan tunangnya menitiskan air mata saat memaklumkan bahawa sepatutnya pada malam sambutan hari lahir pelakon wanita itu pada 19 November 2020 adalah malam berinai kerana mereka akan menikah keesokkan harinya.
Rasa bersalah kerana majlis terpaksa tunda
Luahan tersebut dibuat dihadapan ibu kepada Risteena disaksikan orang terdekat. Dapat didengar dengan jelas, Isa begitu sebak kerana dia berasa bersalah diatas apa yang berlaku walaupun sedar kekangan pandemik membataskan perancangan mereka.
Isa akui yang dia sudah bersedia menghalalkan Risteena dan semua persiapan sudah pun dibuat.
Bakal ibu mertua beri semangat
Walau bagaimanapun, ibu Risteena dilihat tenang menasihati bakal menantunya agar terus sabar dan kuatkan hati kerana apa yang berlaku semuanya sudah ditentukan oleh Allah S.W.T.
Semoga Masing-Masing Tabah
Sehubungan dengan perkongsian video tersebut, ramai yang telah meninggalkan komen ruangan Instagram Risteena dengan berharap mereka semua bersabar dan akur dengan ujian yang diterima.
Rata-rata warganet turut mendoakan agar urusan pasangan ini untuk bergelar suami isteri dipermudahkan. Ada juga yang memberi cadangan supaya Isa Khan dan Risteena bernikah terlebih dahulu memandangkan perkara tersebut masih dibenarkan.