in

Sebab-Sebab Budiey Pilih Transitions® Adaptive Lenses

Mungkin ramai yang tak tahu, Budiey tergolong dalam kalangan orang yang rabun dekat, so kena pakai cermin mata sejak Darjah 4 lagi. Biasalah, masa tu, Budiey ni memang rajin baca buku, majalah dan novel. Ulat buku la katakan. Tapi bila dah keluar universiti, rasa tak best pulak pakai spec. Tak fesyen & ketinggalan zaman, katanya. Jadi, selera Budiey beralih arah dengan memakai contact lenses.

budiey-profile

Masalah Mata

[dropcap]S[/dropcap]elama ini, Budiey ke sana sini, penglihatan Budiey dibantu oleh kanta lekap ni. Kalau kat rumah atau tak pergi mana-mana, barulah Budiey pakai spec. Tapi sejak dua menjak ni, mata Budiey dah tak boleh nak pakai contact lenses sangat sebab rasa macam tak selesa.

Ada dua sebab. Pertama, bila pakai je, contact lenses akan gerak-gerak jika Budiey kerdipkan mata. Stress gak bila jadi macam ni. Mulanya, Budiey ingatkan, lenses tu yang tak bagus tapi bila Budiey tukar macam-macam brand, masalah tetap sama. Selepas jumpa doktor, barulah dapat tahu masalah sebenar.

Menurut doktor, ada pengumpulan protein kat mata Budiey. Bahaya wooo! Ini menyebabkan curve eye ball dah berubah. Patutlah contact lenses tu asyik gerak-gerak je. OMG. very danger kan? Budiey dengar masalah ni boleh menjadi lebih teruk dan boleh mengakibatkan kita jadi buta. Arggh! takut!

Keduanya, masalah jadi lebih kronik bila Budiey mengalami silau yang sangat teruk juga. Jadi, terpaksalah memakai cermin mata gelap.

Sekarang ni malas nak fikir banyak, terpaksalah pakai cermin mata balik pergi event. Dalam pada itu, seorang kawan Budiey telah mencadangkan kepada Budiey untuk mencuba teknologi terbaru iaitu Transitions® adaptive lenses.

Apa yang Budiey faham tentang adaptive lenses ni, warna akan berubah dari jelas menjadi lebih gelap apabila terdedah kepada cahaya matahari. Lebih banyak atau lebih terang cahaya UV masuk, lebih gelaplah warna akan bertukar. Sebaliknya, bila dah takde cahaya UV, warna akan kembali seperti asal dan menjadi clear… ya clear… jelas-sejelasnya.

Selama ini, Budiey tak tahu pun tentang perkara ini sehinggalah, baru-baru ini Budiey telah singgah di Optical 88 di Sunway Pyramid untuk mengetahui lebih lanjut samada betul atau tidak info dari kawan Budiey tu.

Transitions

Apa Itu Transitions® Adaptive Lenses

Menurut staff kat situ, dia kata, Transitions® adaptive lenses ni sebenarnya satu nama jenama. Secara umumnya ia dipanggil Photochromic Lenses.

Photochromic lenses ni mulai ditemui pada tahun 1960-an lagi tapi hanya pada 1990-an ia diperkenalkan oleh syarikat Transitions secara komersial.

Sebenarnya, banyak lagi brand-brand lain yang ada photochromic lenses, tapi disebabkan syarikat Transitions® adalah syarikat pertama yang memperkenalkannya sampai sekarang orang akan sebut Transitions® lenses bila merujuk pada photochromic lenses. Jenama Transitions kini menjadi pembekal terkenal dan peneraju industri cermin mata seluruh dunia dan sangat dipercayai dan ada jaminan dari segi mutu kanta, keselesaan visual dan perlindungan mata, dan yang paling penting jenama Transitions® ini sangat berkualiti.

Budiey

Tanpa menunggu lama, Budiey terus bersetuju untuk buat satu cermin mata dengan teknologi Transitions® adaptive lenses. Sesuai dengan moto Enjoy Life Well Lit yang diketengahkan oleh jenama Transitions® ini, Budiey yakin kanta mata ini dapat membantu Budiey melihat dengan lebih jelas.

[pullquote align=”right”]Rupanya, kanta mata Transitions® ni dah ada lama kat pasaran, tapi entah kenapa Budiey tak perasan eh? Kalau tahu pasal kanta mata ini, dah lama Budiey cuba.[/pullquote]

Setelah kanta mata dah siap, Budiey pun cuba pakai untuk pertama kali kanta mata baru. Pergh, hasilnya… satu perbezaan ketara telah Budiey alami. Penglihatan lebih jelas, lebih hidup, lebih terang. Pendek kata, ianya sangat selesa.

Menurut info yang Budiey baca, kanta ini secara automatik akan menyesuaikan diri dengan cepat apabila kita keluar dari rumah yang ada cahaya matahari yang terang, warna bertukar dari cerah kepada gelap. Oh ya, ada dua warna yang disediakan iaitu kelabu dan coklat. Budiey pilih warna kelabu.

Budiey rasa, dengan bertukar kepada Transitions® adaptive lenses memberikan satu kelebihan yang cukup berbeza berbanding dengan kanta biasa yang Budiey guna sebelum ini. Jika Budiey masuk semula ke dalam rumah, Budiey perhatikan kanta ini akan bertukar dengan cepat menjadi lebih clear, jelas!

Cermin Mata Transitions

Menghalang Bahaya Cahaya UV

[dropcap]Y[/dropcap]ang penting, kanta ini mengutamakan keselamatan kepada mata kita dengan menghalang 100% cahaya UVA dan UVB daripada merosakkan mata kita. Jadi, untuk orang yang rabun macam Budiey ni tak payah lagi la nak pakai contact lens semata-mata nak pakai sunglasses untuk atas masalah silau.

Lagi pun, Transitions® adaptive lenses ini direka untuk disesuaikan dengan mana-mana bingkai atau frame cermin mata. Korang nak pilih frame yang macamana, mahu frame bulat ke, frame kecik ke, besar ke, yang stylo ke, yang empat segi ke, semua sesuai dengan kanta ni. Selain ia sesuai untuk semua preskripsi, kanta Transitions® ini sesuai untuk semua umur termasuklah kanak-kanak juga.

Cakap pasal kanak-kanak ni, sebenarnya penjagaan mata untuk kanak-kanak lagi penting sebab ia memerlukan perlindungan sejak kecil lagi. Biasanya kanak-kanak akan lebih berisiko tinggi mendapat sakit mata berbanding orang dewasa sebab terdedah dengan cahaya UV matahari.

Apa yang membezakan Transitions adaptive lenses dengan lenses biasa? Meh sini tengok:

GAMBAR CERMIN MATA DI DALAM RUMAH

Budiey

GAMBAR CERMIN MATA DI LUAR RUMAH DI BAWAH CAHAYA MATAHARI

Budiey

Haaaa…nampak tak? Bila terdedah pada cahaya matahari, lenses ni akan berubah menjadi gelap.

Pengalaman Budiey setelah menggunakan kanta Transitions®

[dropcap]S[/dropcap]elepas menggunakan kanta mata dari Transitions® beberapa hari, Budiey rasa Budiey tak lagi mengalami masalah keletihan mata dan rasa stress semasa membaca sebab pandangan visual sangat rasa ‘nyaman’ dan terang lagi jelas. Bila terlalu lama sangat mengadap kerja di komputer ni, memang akan memudaratkan kesihatan mata. Kesan yang positif ini membuatkan Budiey tak perlu lagi untuk berehat banyak kali semasa bekerja dan mengadap komputer. Sedikit sebanyak, kesan ini membantu Budiey buat kerja dengan cepat dan semua siap tanpa gangguan pada mata. Kalau korang perasan la kan, Budiey memang mengalami keletihan pada mata. Jadi, dengan adanya cermin mata seperti ini Budiey rasa ia banyak mengubah gaya hidup Budiey yang sentiasa berdepan dengan masalah penglihatan.

Di sinilah Budiey rasa pentingnya untuk kita semua menjaga kesihatan mata. Selain tidur yang cukup, makan makanan yang menyihatkan mata, Budiey rasa cermin mata yang kita guna juga sangat penting. Kalau boleh carilah yang bermutu dan memberikan kita rasa yang best semasa membaca. Ye lah, korang pun mesti tahu kerja Budiey macamana. Pergi event, guna kamera untuk ambil gambar, balik rumah pula, Budiey kena ambil gambar, edit dan tulis entry kat blog dan ini semua menggunakan mata yang sihat dan penglihatan yang baik, betul tak. Jadi, Budiey berterima kasih kepada Transitions® kerana mengubah gaya hidup menjadi lebih baik. Hidup kita ni, biarlah lebih baik dari semalam. Kan? Kan?

Setelah seminggu menggunakan cermin mata ini, Budiey tak lagi menggunakan kanta lekap (contact lense) apabila keluar dari rumah. Sebelum ini, Budiey guna contact lens sebab mahu memakai cermin mata gelap. Sekarang tak lagi.

Kepada pembaca yang mahu cuba kanta ni, boleh la tanya kat mana-mana kedai kaca mata dan optical. Mana tahu, sekarang ni ada promotions, boleh dapat dengan harga yang murah sikit. Transitions® lenses ni ada di semua optical stores di seluruh Malaysia. Untuk mengetahui lokasi kat mana boleh buat spek ni, klik sini: www.transitions.com.my/Where-To-Buy

Dari segi harga pula, sangat berpatutan. Harga biasanya bergantung kepada pilihan jenama kanta, material kanta dan jenis kanta samada single-vision, bifocal atau progressive, juga bergantung kepada preskripsi dan pilihan coating untuk tambahan.

Peraduan Memenangi Voucher Transitions® Bernilai RM500

Berita baik untuk pembaca Budiey! Jika anda membeli Transitions® Adaptive Lenses dari Optical 88 KLCC, Sunway Pyramid dan Midvalley, sebutkan “Budiey” dan dapatkan travel wallet dengan namecard holder eksklusif Transitions® bernilai RM59.90! Sementara stok masih ada.

Anda juga berpeluang memenangi voucher RM500 selepas preskripsi Transition Lenses di mana-mana cawangan Optical 88! Tinggalkan jawapan anda untuk soalan tersebut dengan email anda di section komen:

“Apakah yang anda gemari tentang Transitions Lenses dan bagaimanakah ia membantu dalam kehidupan seharian anda?”

Peraduan tamat pada 8 September 2013.

Budiey rasa anda juga tak terlambat untuk mencuba kanta mata Transitions® ni.

Info lanjut:
http://www.transitions.com.my
https://www.facebook.com/transitions.malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Media Meet & Greet Pawn Stars Malaysia

Pelancaran Telford Home’s Horizons Kuala Lumpur