in

Sebab-Sebab Anda Wajib Cuba Kerusi Gerak D-BOX di GSC

Ingat lagi masa zaman kanak-kanak dulu, Budiey sempat la juga merasa untuk menonton TV hitam putih. Dari zaman hitam putih, visual warna, tayangan digital, hinggalah teknologi filem format 3D, nampaknya teknologi sinema makin pesat berkembang dan manusia tak sentiasa tak puas. Tak gitu?

Atas sebab itu, buat pertama kali seumpamanya di Malaysia, Golden Screen Cinemas telah melancarkan D-BOX motion seats di Hall 3, GSC 1Utama. D-BOX motion seats atau dalam kata lainnya, Kerusi Gerak D-BOX ini adalah yang pertama kali diperkenalkan di Malaysia dan ia didatangkan dari California Studio. Turut mengambil tagline yang sama iaitu Your Movie in Motion, teknologi ini disempurnakan lagi dengan teknologi mutu bunyi terbaru Dolby Atmos yang super-dinamik menjadikan pengalaman menonton wayang di GSC sesuatu yang mengujakan!

D-BOX

Terus terang Budiey cakap kat sini, sememangnya teknologi Kerusi Gerak D-BOX ni dah lama Budiey tunggu untuk sampai ke Malaysia. Ye lah, sebagai movie-goer dah tentulah kita nak cuba sesuatu pengalaman yang berbeza semasa menonton wayang kan?

Nampaknya, satu lagi alternatif utk korang movie-goers kat luar sana menonton filem-filem box-office. Tidaklah bosan sangat kan? Asyik 3D je, sekali-sekala nak juga 4D ke, D-Box ke. Haa, lepas ni Budiey pun tak tahu apa lagi teknologi yang canggih akan sampai kat Malaysia. Jadi, kita seharusnya ucap terima kasih kepada GSC yang telah berusaha untuk memperkenalkan kepada penonton di Malaysia! Syabas GSC!

d-box

Jadi, pasti pembaca semua tertanya-tanya apakah itu Kerusi Gerak D-BOX, ni kan?

Okay, Budiey ceritakan secara ringkas supaya anda semua dapat faham. Tapi kalau kurang faham, Budiey nasihatkan, anda cubalah sendiri pengalaman luar biasa ni. Pertama kali Budiey lihat, Kerusi Gerak D-Box ini tak ubah seperti sofa leather satu seat. Bezanya, ia adalah kerusi empuk yg bergerak, bergetar dan bergegar mengikut pergerakan dalam filem. Atau dalam kata lainnya, kerusi Gerak D-Box ini menyelaraskan pergerakan kerusi penonton mengikuti setiap aksi dalam filem blokbuster. Seronok kan?

Ada seorang kawan Budiey berseloroh, kalau tonton movie aksi drift atau lumba kereta, kenalah siap pakai tali pinggang keledar la kot. Hehe, betul juga kata-kata kawan Budiey tadi. Mungkin satu hari nanti, menonton wayang dah jadi macam sesuatu yang realistic. Tak mustahil akan berlaku kan?

Selepas diamati betul-betul, barulah Budiey ada perasan, kita juga boleh mengawal kekuatan gegaran dan pergerakan kerusi. Ya, ia ada butang laras mengikut keselesaan penonton. Kalau korang rasa getaran tak cukup kuat, haaa apa lagi, kasilah dia mencapai tahap maksimum.

d-box

Bayangkan penonton yang sedang menyaksikan babak kejar mengejar kereta yang meluncur laju akan merasai gegaran serta bergerak bersama kerusi seolah kita sendiri yang jadi pemandu.

Ia juga termasuk aksi turun naik, lambungan dan mampu bergerak ke kiri ke kanan.

Semasa hadir di Pelancaran Kerusi Gerak D-Box yang diadakan pada 7 Ogos lalu, Budiey telah merasai pengalaman pertama kali menonton filem terbaru, INTO THE STORM di Hall 3 yang menempatkan 30 buah D-BOX motion seats yang dilengkapi dengan mutu bunyi Dolby Atmos yang mengkagumkan. Satu pengalaman menonton yang nyata cukup berbeza sekali.

d-box

Sebelum tayangan, para media yang hadir diberi sedikit taklimat dan info tentang teknologi D-BOX ini oleh Mr. Ken Knapp (Technology Specialist for D-BOX Technologies Inc.).

Sedikit info yang Budiey dapat, rupanya D-BOX ini direka dengan menggunakan gerakan natural yang melibatkan motion effect dan movie soundtrack yang direka dengan menggunakan frame-by-frame dengan Motion Designers di California Studio.

Teknologi unik dan dipatenkan D-Box Motion Code ini menggunakan kesan pergerakan yang diaturcarakan secara khas untuk setiap kandungan visual yang dihantar kepada system pergerakan yang disepadukan dalam kerusi D-Box ni.

Kerusi ini akan berfungi sekiranya ia diduduki dan akan off secara automatic jika tidak diduduki.

Untuk membezakan, senang sahaja, kami diberi peluang untuk menonton filem Fast & The Furious yang dapat memberikan perbezaan dengan aksi biasa dengan aksi ketika aksi kereta lumba yang laju meluncur di jalan raya. Budiey dapat rasakan seperti Budiey pula yang naik kereta tersebut. Seluruh tubuh Budiey bergetar apabila berada di dalam kereta itu.

Kami juga diberi pengalaman untuk merasai D-BOX ini semasa menonton sedikit klip dari filem Gravity. Wah, memang terasa seperti kami berada terapung-apung di angkasa. Babak-babak mendebarkan semasa pelanggaran satelit juga turut dapat dirasakan. Nasib baik kerusi tak berpusing 360 darjah, kalau tak memang pening, mabuk dan sebagainya la kan?

Bayangkanlah sendiri babak-babak masa ribut tornado mengganas tu, terasa cukup realistik apabila visual bergabung dgn getaran & gerakan seperti Budiey berada betul-betul dalam filem INTO THE STORM tu. Begitu juga dengan babak jentera besar jatuh terhempap ke bumi, gegarannya cukup kuat dirasakan.

Pendek kata, kalau sebelum ini penonton agak sukar nak bayangkan apa yang berlaku semasa pengambaran dan apa yang dilalui oleh pelakon semasa babak cemas, tapi dengan adanya D-BOX, kita dapat menjadi sebahagian pelakon daripada filem itu.

Lebih kurang kita pulak yang berlakon ye dak? Jadi, kpd semua yg nak beli tiket D-BOX motion seats ni bolehlah mendapatkan tiket dengan menggunakan GSC Mobile App, website GSC atau pun datang terus beli di GSC 1Utama Box Office.

Tak rugi sebab Budiey rasa berbaloi dgn pengalaman baru menonton wayang.

Tidak semua filem akan ditayangkan dengan kesan D-Box ni. Antara filem yang boleh disaksikan dengan D-Box adalah tentunya filem-filem hebat seperti Into The Storm dan Teenage Mutant Ninja Turtles. Kebetulan, semasa pelancaran, Budiey diberi satu voucher untuk mencuba D-Box sekali lagi, jadi Budiey cubalah menonton filem Teenage Mutant Ninja Turtles pulak.

Ternyata satu kepuasan sebab pertamanya, filem aksi seperti ini memanglah akan rasa sesuatu yang lain dari kerusi biasa. Budiey dapat rasakan goyangan ke kiri dan ke kanan cukup real dan live semasa babak aksi pertarungan Ninja Turtles. Banyak lagi filem terhebat lagi mantap yang akan disiarkan seperti filem Lucy yang bakal ditayangkan pada 21 Ogos 2014. Fuh! Ni yang buat Budiey tak sabar nak tengok ni.

Budiey percaya, dengan adanya kerus gerak D-BOX ini di GSC, dah tiba masanya anda boleh menonton filem kegemaran dalam suasana yang lebih mengasyikkan, lebih selesa dan lebih mengujakan.

Evolusi pawagam kini bukan sahaja sekadar tonton je, tapi kita dah dapat merasai pengalaman berada dalam filem itu.

Cuma harus diingat, tidak semua penonton dapat merasai pengalaman luar biasa ini sebab penghidap penyakit darah tinggi dan lemah jantung serta wanita hamil tidak digalakkan menggunakan teknologi terbaru ini.

Tiket bagi filem D-Box serta Dolby Atmos di GSC 1 Utama dijual pada harga RM32.

Budiey dengar, menjelang akhir tahun ini, kerusi D-BOX ini akan turut disediakan di GSC Mid Valley dan Pavilion Kuala Lumpur.

Kepada semua pembaca yang dah merasai kehebatan kerusi gerak D-Box ni, apa kata sebarkan pendapat anda di laman social, Facebook, Twitter dan Instagram dengan menggunakan hashtag #GSCDBOX #GSC1Utama

Untuk info lanjut layari: www.gsc.com.my or GSC Facebook www.facebook.com/GSCinemas.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kerja Kosong Peluang Untuk Jadi Pramugari & Pramugari

Hubungan Didie Alias Dengan Enot Renggang?