in , ,

Sebab Utama Afgan Mahu Bawa Diri ke USA Selepas Konsert di Kuala Lumpur

Konsert Inspirasi Afgan Live in Kuala Lumpur (KL) 2019 pada 5 Oktober depan menjadi persembahan berskala mega terakhir penyanyi terkenal Indonesia itu sebelum berehat panjang.

Penyanyi Afgan atau nama sebenarnya Afgansyah Reza telah mengumumkan mahu berehat dan membawa diri ke Amerika Syarikat selepas selesai membuat persembahan di Konsert Inspirasi Afgan Live in Kuala Lumpur pada 5 Oktober hadapan.

Pengumuman ini dibuat di hadapan media yang menemubual Afgan di majlis sidang media Konsert Inspirasi Afgan Live In Kuala Lumpur 2019 yang diadakan di Common Ground, Menara Ken TTDI pada Selasa lalu.

Afgan

“Bulan depan, saya akan terbang ke San Francisco bagi menyiapkan album terbaru yang memuatkan karya berbahasa Inggeris.

Jika saya tidak berehat sekarang, mana mungkin album ini dapat disiapkan?

“Bagaimanapun, peminat tidak perlu bimbang kerana saya bukan menetap terus di AS. Sekali-sekala, saya tetap akan pulang ke Indonesia,”

– Afgan

Jelas Afgan sudah sampai masanya dia mengambil cuti panjang setelah sepanjang 11 tahun berkecimpung bergelar penyanyi, dia tidak pernah berehat daripada menjalani rutin kerja yang sibuk.

Keputusan itu turut diambil bagi membolehkannya memberikan tumpuan terhadap pembikinan album terbaru yang bakal dihasilkan di Amerika Syarikat (AS).

“Sejak menceburkan diri dalam bidang seni, sedekad lalu, saya sangat sibuk dengan kerja studio, persembahan dan konsert, di dalam mahupun luar negara.

Contohnya, saban tahun konsert saya dianjurkan di sini. Justeru, saya mengambil keputusan untuk berehat sehingga pertengahan 2020.

“Jika sebelum ini setiap minggu pasti ada sahaja gig dan konsert. Sudah 11 tahun saya menjalani rutin kerja yang sama.

Saya sudah merindui saat-saat ketika saya baru bergelar artis.

Perasaan teruja itu sudah tidak ada kerana setiap hari saya sudah tahu apa yang akan berlaku.

Jadi kali ini saya nekad untuk berehat panjang. Saya mahu menggunakan masa yang ada untuk mencari peluang baru. Saya mahu keluar daripada zon selesa.”

– Afgan
Afgan

Dalam masa yang sama, saya juga mahu memberi tumpuan kepada proses pembikinan album terbaru yang akan dilakukan di Amerika Syarikat,” ujar

Mengulas pembikinan album terkini, penyanyi yang popular dengan lagu Terima Kasih Cinta itu berkata, ia ibarat serampang dua mata.

Afgan

“Sudah lama saya menyimpan impian untuk menghasilkan album Inggeris dan menerusi produk terbaru ini, saya bertuah apabila mendapat kerjasama daripada komposer di sana.

“Saya juga tentunya berharap album terbabit menjadi batu loncatan untuk mencari tapak di AS, selain mencabar diri keluar dari zon selesa,”

– Afgan

Jelas penyanyi berusia 30 tahun itu lagi, biarpun dia akan berangkat ke Amerika Syarikat pada September hadapan, namun ini bukan bermakna dia akan sentiasa berada di sana. Sebaliknya, akan sering berulang-alik dari Jakarta, Indonesia.

Afgan

“Oktober nanti saya harus pulang untuk Konsert Inspirasi Afgan Live di Kuala Lumpur 2019.

Proses rakaman album ini pastinya mengambil masa yang agak panjang kerana saya mahu mencuba sesuatu yang baru.

Jadi, saya bukanlah sentiasa berada di sana,”

– Afgan

Konsert Afgan di Pusat Konvensyen HGH itu turut menampilkan idolanya, Datuk Sheila Majid, sebagai artis undangan.

Tiket berharga RM299 hingga RM1,200 boleh didapati dengan melayari laman web www.proticket.com.my.

Afgan
Inspirasi Afgan - Generic Poster

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fara Fauzana Kini Lengkapkan Trio Team Pagi Suria

Full List 2019 MTV VMAS Winners