in

Sebab Nurul Depp Rahsiakan Nama Anak

Penyanyi Nurul Depp ada sebab mengapa selama ini beliau merahsiakan dulu nama bayi sulung hasil perkahwinan keduanya bersama jejaka kelahiran Perancis, Eric Depp. Bercakap kepada akhbar Kosmo! Nurul berkata, beliau terasa hati.

NURUL WAHAB

“Saya terasa hati dengan sesetengah pihak yang selalu nak tahu semua perkara termasuk soal peribadi yang adakalanya terlalu personal bagi saya. Tapi apabila sudah berkongsi, lain pula jadinya, tetap ada perkara yang orang tak puas hati. Jadi, lebih baik saya rahsiakan dulu sampai waktu yang betul-betul sesuai seperti sekarang. Pernah saya terfikir untuk tutup semua kisah peribadi saya dan berkongsi pasal kerjaya sahaja tapi tidak adil untuk sesetengah peminat yang optimis dan mengikuti perkembangan saya selama ini. Saya tahu saya hak masyarakat dan sebab itu saya dahulukan dengan pengenalan serba sedikit sebelum berkongsi sepenuhnya mengenai anak saya.”

Bayinya yang kini berusia 3 bulan itu diberi nama Zachary Depp. Kata Nurul, beliau memilih nama nama Zachary, selepas menolak 19 buah nama lain yang disenaraikan olehnya dan suaminya sepanjang tempoh kehamilan.

Nurul, 36, telah mendirikan rumah tangga bersama Eric, 48, pada 6 Jun 2012. Dia sebelum ini mempunyai seorang anak perempuan, Ayu Nazirah (15 tahun), hasil perkahwinan terdahulunya bersama penyanyi dan komposer, Ajai. Sumber: Kosmo!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Najwa Latif Nafi Tuduhan Burukkan Peserta Himpunan

Stacy Akui Banyak Tanya Akim Pasal Agama Islam