in

Sebab Nelydia Senrose Suka Guna Losyen ENCHANTEUR Paris

Mulakan rejim penjagaan kulit anda seawal mungkin, kerana keremajaannya akan terus kekal dengan perhatian anda. Keadaan cuaca di Malaysia yang panas serta gaya hidup sibuk wanita moden kini menjadi suatu keperluan penting rejim penjagaan kulit. Miliki kulit idaman dengan menggunakan rangkaian produk yang sesuai dengan keperluan kulit anda.

EncParis HBL Group 300ml 2

[pullquote align=”right”]Belailah dirimu dengan serum dan losyen badan ENCHANTEUR Paris[/pullquote]

Sebagai jenama produk penjagaan peribadi terkenal, ENCHANTEUR Paris memahami kehendak setiap wanita. Echanteur Paris sentiasa membawa inovasi produk terkini dan memenuhi kehendak pengguna, ENCHANTEUR Paris dengan bangganya memperkenalkan rangkaian terbaru serum dan losyen badan yang dicipta untuk memenuhi keperluan kulit wanita moden. Wahai wanita, kini miliki kulit cerah, menarik dan lembut sambil menikmati wangian tersendiri ENCHANTEUR Paris. Selami belaian yang diperlukan untuk kulit anda, dapatkan ia daripada empat variasi terbaru serum dan losyen badan ENCHANTEUR Paris.

Serum Badan ENCHANTEUR Paris All-In-One Whitening dengan SPF24++ ~ satu serum, pelbagai manfaat

Sinar matahari yang terik amat ditakuti oleh wanita. Ia mampu memberikan kesan teruk kepada kesihatan dan penampilan kulit seperti tona kulit tidak sekata, gelap dan hilangnya kelembapan. Ramai wanita mengambil langkah-langkah seperti mengelak aktiviti luar, memilih pakaian tertutup serta membawa payung ke mana sahaja. Kini dengan serum badan ENCHANTEUR Paris All-In-One Whitening Body Serum dengan SPF24++, wanita tidak perlu risau akan sinaran matahari. Serum badan pelbagai manfaat ini memberikan kulit anda perlindungan matahari, mencerah dan melembap kulit selama 24 jam untuk kulit cerah, halus dan berseri. SPF 24++ produk ini melindungi kulit daripada bahaya sinar UVA dan UVB yang menyebabkan tona kulit gelap serta pati Licorice yang mencerah dan menyamaratakan tona kulit. Ia juga diperkaya dengan Penghidratan Hyaluronic bahan pelembap terkenal digunakan di dalam produk pembersih wajah buat pertama kali ditambah ke dalam serum badan ini, memberikan kelembapan selama 24 jam. Tekstur produk berasaskan air yang mudah meresap ini bukan losyen satu fungsi, tetapi serum badan dengan pelbagai manfaat.

Losyen Badan ENCHANTEUR Paris Triple Whitening ~ 3 bahan pencerahan berformulasi mencerah tiga kali ganda

Bahagian – bahagian tertentu pada badan wanita adalah lebih gelap dari bahagian lain terutamanya lutut, siku dan dibelakang leher. Losyen Badan ENCHANTEUR Paris Triple Whitening dengan paduan hebat pati Sakura, Licorice dan Vitamin B3 yang bertindak secara berterusan menghasilkan tiga manfaat mencerah membuatkan tona kulit lebih sekata dan bermaya. Vitamin B3 yang menyekat pembentukan melanin bagi mencegah pigmentasi. Dapatkan tona kulit sekata dengan manfaat pati Sakura yang menghalang aktiviti tyrosinase kulit dan kulit bebas tompok hitam akibat pendedahan kepada sinar UV dengan pati Licorice. Gunakan losyen ini setiap hari dan raikan kulit cerah, sekata dan bermaya yang dikagumi semua.

Losyen Badan ENCHANTEUR Paris Firm & Repair ~ membantu memperbaiki keanjalan kulit dan merawat kulit rosak dalam satu malam

Gaya hidup yang sibuk dan penuh tekanan serta kurang tidur membuatkan para wanita terdedah kepada penuaan kulit pra matang yang membuatkan kulit kelihatan kusam dan kendur. ENCHANTEUR Paris memberikan anda kulit yang sentiasa sihat dan bermaya dengan Losyen Badan ENCHANTEUR Paris Firm & Repair yang diperhebat dengan Micro Collagen yang membantu memperkuat dan memperkaya tisu badan sambil mengekalkan kegebuan kulit supaya sentiasa kelihatan keremajaan. Swiss Edelweiss pula melindungi kulit daripada radikal bebas akibat sinaran UV dan bertindak secara pro-aktif dalam satu malam untuk merawat kulit yang rosak. Formulasi mudah meresap ke dasar kulit untuk bertindak, ia menggamit sukma, menenangkan dengan haruman lembut membuat anda terjaga dari lena dengan kulit yang sihat, remaja dan gebu.

Losyen badan ENCHANTEUR Paris Light & Fresh ~ segar & tidak melekit dengan perlidungan UV

Wanita moden kita mengamalkan gaya hidup aktif. Oleh itu mereka perlu menggunakan perlindungan UV. Penggunaan produk perlindungan sinaran UV yang lazimnya melekit dan tidak meresap sepenuhnya menjejaskan keselesaan diri . Losyen Badan ENCHANTEUR Paris Light & Fresh dengan perlindungan UV optimum membuatkan anda berasa segar dan yakin tanpa rasa tidak selesa. Formulasi berasaskan air produk ini mudah meresap ke dalam kulit, menjanjikan penampilan kulit tidak melekit mahupun berminyak. Pati Licorice dalam produk ini memberikan dan mengekalkan tona kulit cerah. Usah gusar kulit akan kering, pati Aloe Vera losyen ini mengekalkan kelembapan kulit. Haruman bertenaga dan menyegarkan adalah pelengkap kepada produk hebat ini. Miliki kulit cerah, segar dan lembap sepanjang hari walaupun seharian sibuk dengan aktiviti luaran yang padat.

Serum Badan ENCHANTEUR Paris All-In-One Whitening dengan SPF24++ dipasarkan pada harga RM11.50 (botol 135ml) dan RM19.90 (botol 275ml). Manakala Losyen Badan ENCHANTEUR Paris Triple Whitening, Losyen Badan ENCHANTEUR Paris Firm & Repair dan Losyen Badan ENCHANTEUR Paris Light & Fresh dipasarkan pada RM 8.90 (botol 150ml) dan RM14.90 (botol 300ml). Rangkaian produk penjagaan badan ENCHANTEUR Paris boleh didapati disemua pasaraya, pasaraya hyper dan farmasi utama.

Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web ENCHANTEUR di www.enchanteur.com.my ataupun layari laman Facebook ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY

IMG_0145

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bila Puisi Tanahair Usman Awang Dilagukan

BlackBerry Introduces the New BlackBerry Z30 Smartphone