in ,

Sebab Mengapa Suki Low Rahsiakan Berita Kehamilan

Penyanyi Suki, juara program realiti One In A Million (OIAM) musim pertamakini cukup gembbira dan exhited kerana sedang hamil enam bulan. Beliau mengakui cukup teruja menantikan kelahiran anak sulung lelaki yang dijangka akan lahir pada awal Disember depan. Menurut Suki atau nama sebenarnya, Low Sook Yee, 24, berkata, keterujaannya itu membuatkan dia begitu bersemangat dalam mempersiapkan diri sebagai bakal ibu tidak kira daripada segi mental dan fizikal. Suki yang kini baru berusia 25 tahun ini memberitahu tidak berniat untuk menyembunyikan berita kehamilannya kepada peminat. Suki akan bersalin di salah sebuah hospital di ibu kota.

Suki

Semasa Budiey menghadiri majlis pelancaran kempen dan lagu ‘Salute Malaysia’ di Universiti Kuala Lumpur, sempat bertemu dan menemubual pelantun lagu ‘Terlalu Mencintaimu’.

“Biasalah, menjadi bakal ibu kepada anak sulung, banyak perkara yang kita perlu belajar dan saya mula serius membaca pelbagai buku mengenai perihal ibu-ibu mengandung. Malah, saya turut memuat turun pelbagai aplikasi terutamanya berkaitan cara penjagaan makanan dan kesihatan buat ibu yang hamil di telefon bimbit.”

“Kandungan saya sudah mencecah 26 minggu. Setakat ini tidak ada sebarang alahan dan saya bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar. Saya rasa gembira sangat dan ia sesuatu yang menakjubkan apabila mengetahui ada satu ‘nyawa’ lain dalam badan saya.”

“Saya tak merancang pun nak sembunyi berita kehamilan saya. Cuma saya tak umumkan diri saya mengandung sebab perkara ini agak peribadi buat saya lebih-lebih lagi ia melibatkan hal keluarga. Salah satu sebab saya tidak berkongsi kepada semua juga adalah kerana saya mahu proses kehamilan saya berlaku secara normal. Bagi saya, biarlah khabar gembira ini diketahui dengan sendirinya dan bukan melalui pengumuman rasmi daripada kami.”

Berkongsi mengenai pengalaman sepanjang tempoh kehamilannya itu, Suki memberitahu sejak mengandung, seleranya kini berubah menjadi seorang vegetarian, walhal sebelum ini dia tidak mempunyai masalah untuk makan daging. Dijangka bersalin pada Disember ini, Suki ketika ditemui turut memberitahu menerusi hasil ujian imbasan yang dilakukan, doktor mengesahkan bahawa dia bakal melahirkan bayi lelaki.

Suki

“Dari awal kehamilan lagi naluri saya kuat mengatakan saya sedang mengandung anak lelaki. Walau bagaimanapun saya tidak kisah sangat soal jantina anak, asalkan bayi yang dilahirkan nanti sihat, itu sudah memadai. Tidak dinafikan saya begitu teruja kerana bayi kami dijangka akan lahir empat hari sebelum hari lahir saya yang jatuh pada 11 Disember. Mana tahu, kalau dia keluar lambat sikit, mungkin kami boleh berkongsi hari lahir yang sama,” tutur Suki sambil mengakui sudah memilih beberapa nama untuk cahaya mata sulungnya itu.

Sebelum mengakhiri bicara, Suki turut berkongsi yang dia akan berpantang selama sebulan dan bakal dijaga oleh ibu mertuanya sepanjang tempoh tersebut. Suki atau nama sebenarnya Low Sook Yee mendirikan rumahtangga dengan pengurusnya, Jeremy Chong pada 12 Disember 2012 dalam satu majlils tertutup di Pulau Pinang.

Juara program realiti One In A Million (OIAM) musim pertama, Suki Low punya sebab tersendiri mengapa dia tidak menghebahkan berita dirinya hamil.

Menurut penyanyi yang popular dengan lagu ‘Terlalu Mencintaimu’ ini, meskipun suaminya, Jeremy Chong telah berkongsi tentang hal itu di laman sosial namun berita dirinya hamil terlalu personal baginya dan dia mahu khabar gembira berkenaan diketahui umum secara natural (dengan sendirinya) bukan menerusi pengumuman rasmi darinya.

“Saya tak umumkan sebab bagi saya ia terlalu peribadi, lagipun ianya hal keluarga. Kalau suami saya tak umumkan dan muat naik gambar di Instagram, saya rasa tentu tiada siapa pun tahu. Sekarang kandungan saya sudah enam bulan setengah. Saya memang tak merancang untuk menghebahkan atau buat apa-apa pengumuman kerana sebolehnya saya mahu ianya natural, kalau orang tahu, tahu lah.”

Suki atau nama sebenarnya, Low Sook Yee, 24, dan Jeremy, 32 berkahwin pada 12 Disember 2012. Pasangan ini mengadakan majlis tertutup di Pulau Pinang bertemakan perkahwinan dalam taman dan pada sebelah petangnya majlis keraian akan diadakan di atas kapal Star Cruise Libra.

Dalam pada itu tambah Suki lagi, dia teruja menantikan kelahiran bayinya yang dijangka akan lahir sekitar Disember depan. Malah dia dan suaminya sudah memilih beberapa nama untuk cahaya mata sulung mereka itu.

Memandangkan hari lahirnya jatuh pada 11 Disember, penyanyi ini juga berharap anaknya itu ‘sempat’ menunggu sehingga tarikh tersebut.

“Doktor jangkakan dia akan lahir pada Disember iaitu empat hari sebelum hari jadi saya. Tapi alangkah bagusnya kalau dia boleh ‘menunggu’ sehingga tarikh hari lahir saya. Dan kalau boleh saya mahu lahirkannya secara normal.”

Sementara berkongsi serba sedikit pengalaman sepanjang tempoh kehamilan, Suki berkata dia bersyukur kerana tidak mengalami alahan yang teruk seperti sesetenagh wanita hamil lain. Cuma, di awal-awal kehamilannya, dia dapat merasakan perubahan ketara pada dirinya iaitu dia tidak lalu untuk memakan daging. Sebaliknya bertukar selera sebagai seorang vegeterian.

Malah sebelum doktor mengesahkan jantina kandungannya, Suki terlebih dahulu dapat merasakan yang di bakal melahirkan anak lelaki.

“Tiada banyak perubahan ketara. Saya juga tak alami alahan. Cuma masa awal-awal, sewaktu saya belum betul-betul pasti yang saya hamil, saya perasan yang saya tak suka makan daging. Sedangkan sebelum ini saya boleh memakannya. Tapi saya jadi vegeterian.

“Selain itu setiap kali saya bercakap dengannya, naluri saya dapat rasakan yang anak saya ini lelaki. Dan akhirnya doktor sahkan dia lelaki. Sekarang ini saya ada banyak masa kerana utuk sementara waktu saya sudah tidak terima tawaran menyanyi, jadi bila waktu lapang, saya akan nyanyikan untuk bayi saya atau saya tulis lagu. Sejak hamil ini, saya mula berkobar-kobar mahu menjadi seorang yang lebih kreatif dari segi mengahasilkan lirik-lirik lagu.”

Katanya lagi, sepatutnya dia dan suaminya merancang mahu berpindah ke rumah baharu. Tetapi hasrat mereka suami isteri terpaksa ditangguhkan sehingga anak mereka lahir. Ini kerana mengikut kepercayaan tradisi cina, dia tidak boleh ke mana-mana (pindah rumah) sepanjang tempoh kehamilan.

Selepas bersalin nanti, dia akan dijaga oleh ibu mertuanya sepanjang tempoh berpantang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Elfira Loy & Zahiril Adzim beRENTAP di Taman Tasik Perdana

Aeril Zafrel Dedah MIG Belum Bayar Hutang