[dropcap]P[/dropcap]ernah sekali tu, sorang member Budiey ni merungut, susah betul nak cari rumah teres dua tingkat sekarang ini. Katanya, Kuala Lumpur ni besar dan sekarang makin membangun, tapi kalau nak cari rumah yang betul-betul murah dan selesa, agak susah jugak.
Ha’ah, nama pun Kuala Lumpur. Ibu kota, bandar besar, metropolitan, pastinya harga rumah teres mahal-mahal sebab tanah pun terhad. Pulak tu, memang tak patut dengan harga yang tinggi melambung. Lainlah kalau beli apartment. Itu pun memang dah semakin naik sekarang ni.
Jawapan Budiey senang je, untuk selesaikan masalah ini, apa kata cari rumah di luar Kuala Lumpur. Habis cerita. Berlambak, semuanya murah dan selesa.
Ya, jangan tak tahu, ada rumah yang lebih selesa dan ada ciri-ciri eco-hijau yang menjamin alam semulajadi ada kat Malaysia kita ni. Ini sejajar untuk menyahut seruan kerajaan untuk menggalakan kejiranan hijau dan pembangunan mampan.
KLIK: Video Travelogue Budiey di Ken Rimba
Seperti yang rumah Ken Rimba Shah Alam yang dibangunkan oleh Ken Holdings Berhad yang kini terkenal dengan jolokan Malaysia’s 1st Multiple Award Winning Green Township. Ini sesuatu yang amat menarik kerana di sini merupakan pelopor kepada menjamin alam semulajadi daripada tercemar.
[dropcap]A[/dropcap]pabila Budiey buat carian di internet tentang Ken Rimba ni, ternyata Budiey banyak mendapat banyak informasi menarik untuk dikongsi bersama pembaca semua. Terutama sekali, Budiey dapat info di laman web rasmi Ken Rimba sendiri iaitu di www.kenholdings.com.my.
Selepas mengumpulkan segala maklumat, Budiey kemudian tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang rumah ni. Fikir-fikir, tengok kat internet pun tak guna kalau tak tengok dengan mata sendiri. Jadi, Budiey buat temujanji untuk melihat kawasan perumahan yang terletak di Seksyen 16, Shah Alam ini.
Daripada pengamatan Budiey, setelah hampir 2 jam Budiey tinjau kawasan perumahan ini, Budiey dapat simpulkan ianya sangat berbaloi untuk didiami.
Nak tahu apa sebabnya? Nah, kat bawah ni, Budiey dah senaraikan 5 sebab mengapa perlu beli rumah di Ken Rimba.
1. HAKMILIK PEGANGAN BEBAS
[dropcap]B[/dropcap]udiey kira, ia kawasan yang sesuai untuk didiami. Dengan berkonsepkan moden dan urban, kawasan perumahan seluas 60 ekar ini khabarnya menawarkan pelbagai kemudahan dengan hakmilik pegangan bebas (FREEHOLD Development)
Pada hari Sabtu lalu, Budiey ditemani isteri telah memijakkan kaki di kawasan yang dikatakan jauh dari hinggar bingar kotaraya. Kedudukannya sangat strategik. Tidak jauh dengan UiTM Shah Alam dan stesen Komuter Padang Jawa. Jadi senang nak berulang-alik ke Kuala Lumpur.
Sampai di Ken Rimba, Budiey dibawa melihat kawasan perumahan dan juga 109 shoplot tersedia untuk disewa dan dibeli. Dengarnya, ramai yang dah beli rumah kat sini sebab lokasinya menarik dan harganya berpatutan sangat. Ia dibahagikan kepada dua fasa iaitu kawasan perumahan Legian Residences yang mempunyai 328 unit dan Jimbaran Residences ada 168 unit. Pulak tu, pada masa akan datang, ada sebuah kondominum akan turut dibina. Budiey dapat info, pendaftaran sedang dibuka untuk pembelian Ken Rimba Condo & Jimbaran Residences. Dalam hati Budiey, terdetik rasa nak daftar untuk kondo, tapi nak tengok dulu macamana bentuk ruang dalaman kondo ini. Tak tahula sebab apa, dari dulu lagi, Budiey suka duduk kat tenpat tinggi-tinggi ni.
Tapi apa yang penting sekali untuk pembaca semua tahu, kawasan Ken Rimba di Shah Alam ini sangat dekat dengan stesen KTM Komuter. Berjalan kaki dalam 10 minit boleh sampai. Lagi pun, kemudahan lorong atau susur yang lengkap dengan bumbung untuk jalan kaki ke stesen Komuter juga turut disediakan.
2. MESRA ALAM & IA MENJIMATKAN
[dropcap]D[/dropcap]ua persepsi Budiey ketika pertama kali ke sini, Pertama, seolah brada di kawasan ala-ala kejiranan dalam siri drama popular Desperate Housewives. Kedua, Macam berada di pinggir hutan yang nyaman dengan rimbunan pokok-pokok. Apa taknya, jika anda masuk sahaja ke dalam rumah ini, ia sangat sejuk walaupun tidak memasang kipas dan penghawa dingin. Rahsianya, ialah kedudukan rumah ini berorientasikan utara dan selatan di mana ia mewujudkan pengaliran secara semulajadi dan ini mengurangkan bil elektrik anda. Tak perlu la nak pasang penghawa dingin 24 jam sehari kan?
Keduanya, semua rumah kat sini menggunakan cermin tingkap buatan Australia yang boleh diadjust untuk memudahkan pengaliran udara. Cahaya matahari pula masuk secara semulajadi untuk memastikan rumah tidak gelap.
Kalau masuk je di ruang tamu, anda boleh lihat ada cahaya matahari boleh masuk di ruang tengah.
Kalau nak tahu, bumbung rumah ini lain sikit sebab kalau kita perhatikan betul-betul, ada lubang di bawah bumbung bagi memudahkan pengaliran udara keluar dan masuk. Jadi, rumah taklah panas dan haba pula tak terperangkap kat atas bumbung.
Kat kawasan belakang rumah, Budiey ada ternampak ada tangki. Ingat ke tangki air untuk minum tapi bukan itu sebenarnya tangki ini menadah air hujan dan boleh digunakan untuk menyiram pokok bunga dan membasuh anjung kereta. Ha, nampak tak kat situ, kita dah boleh berjimat.
Di sekeliling kawasan rumah ini ditanam dengan pokok-pokok Palawan, jadi sejuk je mata memandang. Barulah udara pun nyaman seperti kita tinggal di pinggir kampung.
3. LANDSKAP YANG SEJUK MATA MEMANDANG
[dropcap]B[/dropcap]udiey suka dengan landskap dan suasana dalaman rumah ini yang nampak begitu moden dan urban. Kalau ditakdirkan dapat tinggal kat sini nanti, bolehlah pilih apa sahaja konsep susun atur rumah dan perabut agar sesuai dengan citarasa kita.
Tiada cara lain untuk Budiey gambarkan kediaman ini kecuali ia merupakan sebuah resort percutian peribadi. Seperti mana perumahan yang menjamin keselamatan dan keamanan, ia juga dikelilingi dengan landskap hijau dan untuk yang memiliki di ruang corner pula ada disediakan kolam renang.
Suasana kehijauan dengan pokok-pokok yang rimbun dan menghijau di sekitar kawasan perumahan ini memang dititik-beratkan. Kalau Budiey tinggal kat sini, pasti mata akan jadi bertambah terang. Bangun pagi je, buka tingkap, tengok pokok yang hijau, terusla kan boleh kurang ‘power’ cermin mata. Itu petua nak kasi mata kita jadi lebih segar. Bangun pagi, tengokla pokok yang hijau. Jadi, menyedari pentingnya kehijauan alam semulajadi, kat sini ada disediakan taman yang ditanam dengan pokok-pokok serta landskapnya yang sangat indah. Sejuk mata memandang. Tambahan pula di kawasan ini juga, Budiey lihat ada landskap yang cantik di mini roundabout serta di bahagian belakang rumah. Nampak tersusun dan dijaga rapi.
4. UMPAMA BERCUTI DI LOKASI PERCUTIAN
[dropcap]B[/dropcap]udiey memasang angan-angan dan mengidam untuk menetap di Ken Rimba sebab ia umpama kita sedang bercuti di lokasi percutian berbekalkan dengan pemandangan yang cantik lagi tersusun. Lagi pula penggunaan cat rumah yang dapat mengurangkan sedikit kepanasan di luar dan dalam rumah sudah pasti satu kelebihan. Yang penting, bahan kimia dalam cat iaitu Volatile Organic Components (VOC) dapat mengurangkan jangkitan bakteria dan mengelak dari kita mendapat sebarang masalah kesihatan. Patutlah Ken Rimba menerima anugerah ‘Green Developer’ pun.
5. KEMUDAHAN YANG PELBAGAI
[dropcap]S[/dropcap]ementara itu, kalau dah bosan duk rumah, boleh pinjam basikal yang disediakan di sebelah pintu masuk. Banyak lagi kemudahan yang disediakan di sini termasuklah taman permainan kanak-kanak, alat-alat gimnasium dan gelanggang serba guna.
Tapi secara peribadi, ada dua sebab mengapa saya suka dengan rumah Legian Residences di Ken Rimba ini sebab pertama ada sistem keselamatan yang begitu ketat dan kedua, sistem ‘eco-green’ yang diaplikasikan juga memang lain dari yang kawasan rumah yang lain. Pendek kata, rasa memang gempak habis, kalau dapat tinggal kat sini.
Jika pembaca yang mahukan persekitaran dan gaya hidup mesra alam, pastikan anda mengunjungi rumah contoh di galeri jualan beralamat Jalan Sg. Rasau, Seksyen 16, 40200 Shah Alam. Ia dibuka dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Kalau tak jumpa juga, boleh guna GPS Coordinates 3.057682, 101.486371. Atau hubungi 1 300 22 9933 atau 03-55119233 untuk buat temujanji. Nak emel pun boleh, sila emel kepada: [email protected]
Untuk info lanjut, Budiey syorkan kepada anda semua untuk melayari: www.kenholdings.com.my. Kalau mahu LIKE Facebook pun boleh, layari: www.facebook.com/Ken.Greenbook dan tak salah la kan kalau korang tak follow Twitter, jom follow sama-sama www.twitter.com/SamCS10.