Kalau tengok pada pembungkusan atau packaging, kita dah tahu, mi goreng ni ada keistimewaan tersendiri. Jauh beza dengan jenama mi segera kat luar sana. Rasanya pulak macamana? Itu yang Budiey nak rebiu dan ulas sikit kat sini. Korang baca sampai habis okay?
Kalau korang ada perasan, tagline kat bawah tu haa, JELAS TERASA SEDAPNYA. Haa, best ke tidak, kenalah try sendiri.
Cakap pasal Mi Goreng, Budiey sejenis yang cerewet sikit. Tak semua mi goreng boleh sesuai dengan tekak ni. Kalau mee basah tu, tak kisahlah sangat. Pantang hidang, mesti habis sampai kuah sekali Budiey hirup. Tapi kalau diberi pilihan mi goreng ni, Budiey agak skeptikal sikit. Kata orang, kadang-kadang takut indah khabar dari rupa. Nampak kat luar sedap bukan main tapi bila rasa hampeh.
Tapi itu dululah, sekarang apabila diperkenalkan dengan Mi Sedaap Goreng Ayam Krispi, persepsi Budiey dah berubah 360 darjah. Memang rasa dia cukup enak, sesuai dengan citarasa Budiey yang mahu perfect dari segi rasa. Cukup umppph! orang kata!
Itulah, bila dengar Mi Sedaap dah buat inovasi terbaru mi goreng yang pertama di Malaysia, Budiey rasa sangat excited sebab bila cuba makan satu bungkus, memang nak makan lagi esoknya. Pendek kata, setiap hari makan mi goreng pun, Budiey tak kisah sebab sedap sangat.
Pasti ramai pembaca nak tahu keunikan rasa produk terbaru ni. Walaupun Budiey agak skeptikal dan was-was pada mula, tapi bila dah buka bungkusan mi goreng ni, tengok keadaan dan struktur mi nya yang sangat segar dan kenyal.
Kemudian, dalam paket ini juga, tidak sah kalau takde kicap, sos perasa kasi pedas sikit dan juga minyak bumbu. Selain itu, ada satu paket serbuk bumbu bubuk (seasoning powder) sebagai penambah rasa kepada mi goreng tadi. Dan… akhir sekali… yang membezakannya adalah ‘Krispi Krezz-Krezz’ yang cukup rangup untuk ditaburkan dan digaulkan ke dalam mi goreng.
Boleh dikatakan perisa berinovasi baru ni adalah pertama seumpamanya di Malaysia. Ia dikeluarkan dengan gaya yang cukup segar dan mi pula sangat berkualiti dengan kandungan daripada resipi ayam.
Selain daripada inovasi istimewa Ayam Krispi adalah dari Krispi Krezz Krezz. Pasti ramai yang tertanya-tanya, apa ke benda tu Krispi Kreez Kreez yang rangup tu kan? Ianya adalah bawang goreng yang diselimuti rasa resipi ayam istimewa yang lebih rangup dan sedap dikunyah, kemudian ianya dihancurkan menjadi serbuk crispy. Budiey kira, bawang goreng ni lah yang membuatkan mi goreng ni jadi sedap.
This is what it looks like bila dah campur semua serbuk perencah, cili dengan minyak. Bawang goreng Krispi Krezz Krezz macam biasalah, bubuh last sekali. Semerbak bau dia satu rumah. Macam bau mi yang real pula.
Okay cara hidangan pula bergantung pada korang lah. Budiey suka letak sayur sawi rebus atau timun. Letak telur memang satu kewajipan sebab at least ada sumber zat protein. Tapi kalau nak lengkap dan ohsem lagi, cuba korang tambah udang rebus ke, atau daging. Perghhhh!
Dari segi penyediaannya cukup mudah dan cepat dimasak. Hanya rebuskan mi dalam air mendidih (400ml) atau 2 gelas dan biarkan mereneh selama 3 minit. Kemudian, tuangkan perencah, minyak perasa, kicap dan sos cili ke dalam mangkuk sementara mi masak. Keluarkan mi dan tus sehingga kering. Then, gaulkan mi dengan perencah, minyak perasa, kicap dan sos cili hingga sebati. Dan akhir sekali, taburkan Resipi Krispi Krezz Krezz dan mi sedia untuk disajikan. Mudah dan cepat, kan? Tak sampai 10 minit mi goreng dah siap! Nama pun mi segera, mestilah cepat!
Cakap dari segi harganya pula, Budiey rasa sangat berpatutan. Malah lebih murah sebenarnya berbanding dengan jenama lain yang ada di pasaran. Berbaloila kan kalau nak dikira dari sudut rasa yang enak dan mi nya yang tebal. Yang bestnya, di dalamnya dah lengkap dengan Krispi Krezz-Krezz yang cukup rangup. Tu yang membuatkan rasa mi goreng ni sangat special. Susah gak nak cakap macamana rangupnya Krispi Krezz Krezz ni sebab kerangupan dan teksturnya memang crispy habis.
Tapi apa yang Budiey dengar, jenama Mi Sedaap ni memang pakar dalam pembuatan Mi Goreng. Sejak 2000, tiada Mi Goreng yang dapat menandingi Mi Sedaap. Tidak hairanlah kalau Mi Sedaap muncul produk jenama nombor satu di Malaysia sejak 2000. Terbukti kat sini, jenama mi segera yang satu ni, bukan calang-calang jenama ye. Kira terkenal dan popular lah. Sebut je nama Mi Sedaap, semua orang tahu dah sekarang.
Ramai yang berpendapat, mi lebih tebal dari produk lain. Kalau tak percaya, korang boleh buat perbandingan. Selain itu, ia senang dikunyah, mudah dicerna dan dihadam. Bumbunya pula memang sempurna dan cukup lengkap. Tak perlu khuatir memang rasanya dah sebati dengan mi goreng. Patutlah bila ada yang kata, satu bungkus tak cukup, ada setengah nak kena makan dua bungkus barulah terangkat. Tapi bagi Budiey, satu bungkus dah cukup mengenyangkan. Kalau tanya kepada Budiey, part yang paling best, mestilah bawang goreng dan mi yang kenyal tu.
Dengan adanya Mi Sedaap, pastinya Budiey kini dah tak risau lagi untuk mengalas perut. Ye lah, korang pun tahu la kan, kadang-kadang tu Budiey nak kena cepat, rushing ke event. Asyik kejar masa. Fuh, selain ia mengenyangkan, Mi Sedaap ni menjimatkan masa Budiey. Ini menjadikan Budiey lebih produktif dan lebih bertenaga untuk ke event dan bekerja.
Kalau macam ni lah, nampak gayanya Budiey tak perlu risau lagi untuk travel jauh-jauh. Biasanya kalau kena kerja out-station, Budiey akan singgah di restoran, tapi sekarang ni tak perlu lagi sebab dah boleh bawa Mi Sedaap sebagai bekal.
Kesimpulannya, Mi Sedaap Goreng Ayam Krispi memang sedap. Cubalah sendiri kalau tak percaya. Oh ya. Sekarang boleh menang tiket naik belon panas lagi. Cepat beli, cuba dan menang.. Jom naik belon panas bersama dengan Budiey.
Untuk info lanjut, sila layari: www.misedaap.com.my dan jangan lupa LIKE facebook.com/misedaap