Mungkin sebab itulah, HP sekarang ini semakin giat mencipta dan membangunkan teknologi seiring dengan gaya hidup kita yang selalu mengejar masa. Tak kiralah, dalam apa sahaja bidang dan lapangan kerjaya, bisnes ke, yang kerja gomen ke, atau sesiapa sahaja. Semua kita nak buat kerja dengan cepat dan tak nak buang masa kan?
Budiey kira, dalam banyak-banyak produk, HP menjadi pengeluar produk dengan teknologi yang terkini dan impaknya cukup besar dan penuh makna.
Dengan adanya teknologi yang semakin berkembang pesat ni, membuatkan Budiey lebih mudah dan cepat selesaikan kerja. Tapi dalam banyak-banyak jenama produk yang ada, nampaknya HP tetap menjadi penyelesai utama segala masalah. Apa yang jadi ukuran Budiey ialah, rekaan yang unik, powerful performance, ada style, selesa dipakai, barangnya ada kualiti, fungsi yang mantap habis, tahan lasak dan canggih.
Baru-baru ini, Budiey ada menghadiri pelancaran notebook terbaru keluaran HP iaitu HP Pavilion di ibu kota. Dalam hati punyalah excited kan, sebab dah lama tak tengok pelancaran notebook yang paling terkini dari HP. Sekali Budiey cuba angkat, walaweiiii, ringan giler. Dahlah ringan, nipis pulak tu.
Yang bestnya, notebook ni dikeluarkan dengan empat jenis warna iaitu Natural Silver, Snow white, Aqua Blue dan Vibrant Red. Mesti ramai yang kata, bila dah ada empat warna ni, rasa susah pulak nak pilih yang mana satu kan? Okay senang je, bak sini, Budiey kasi satu tips dan cara macamana nak pilih warna yang sesuai dengan korang semua.
Warna melambangkan karakter kita, betul? Jadi, anda tengoklah dan rasa sendiri. Jika mahu yang lebih tenang, Budiey sarankan anda pilih warna Snow White dan Natural Silver. Jika mahukan yang fancy, glamor dan elegan, boleh pilih warna Aqua Blue dan Vibrant Red.
Selain pada keunikan warna, notebook ini juga dilengkapi dengan Beats Audio dan dual speakers yang cukup ohsem! Faham sendiri la ya, bila ada teknologi Beats Audio ni, dah tentunya mutu bunyinya sangat mengkagumkan. Sesuai dengan jiwa Budiey yang sukakan muzik, dan dari segi kerja pula memang sesuai apabila selalunya Budiey diminta untuk buat ulasan album.
Itu tak termasuk lagi apabila Budiey gunakan notebook untuk menyunting (edit) video. Memang berdesum lajunya dan bunyi juga seakan realistik. Itulah kelebihannya teknologi HP ni.
Budiey memilih HP Pavilion 15 Notebook PC sebab kelajuannya memang berdesum. Budiey tak tipu sebab Budiey dah cuba dan uji. Bila dah performance laju, dah tentu tahan lama. Ini memudahkan lagi kerja-kerja Budiey yang berlambak tu. Bila cepat siapkan kerja, hati pun senang.
Kalau kat rumah ni, notebook biasanya akan sentiasa dihidupkan. Jadi, Budiey nak kena cari notebook yang tahan lasak tapi dalam masa yang sama ia melancarkan kita buat kerja. Takde la sangkut-sangkut. Performance memang ohsem sangat lah.
Memang enjoy habis dengan mutu bunyi dari Beats Audio ni. Bunyinya cukup dinamik dan sangat hebat. Segalanya ada dalam notebook HP 15 Notebook PC.
HP Pavilion15 Notebook PC juga boleh menampung sehingga 1TB storage. Maka, banyaklah benda boleh isi dalam notebook ni. Selain dokumen, Budiey boleh isi dengan video-video HD dan foto-foto yang Budiey rakam semasa di event dan travel. Oh, cakap pasal travel, Budiey dah bawa notebook ni semasa melancong ke Manchester baru-baru ni. Tak berat mana pun.
Oh ya, sebelum terlupa, jika ada rosak ke apa ke, HP juga menyediakan 30 minit express repair. Jadi, takdelah Budiey nak risau apa-apa kalau rosak atau apa sahaja masalah nanti boleh settle dengan mudah dan cepat. Ya, Budiey rasa 30 minit tu, memang sangat cepat.
Dari segi warna pula, dalam ke-empat warna yang ada tu, nampaknya Budiey suka dengan warna biru. Memang tak pernah lagi tengok notebook berwarna Aqua Blue. Jadi, Budiey pilih notebook ni sebab warnanya membuatkan orang lain akan memandang dua kali. Ye lah, mesti ada yang pelik tengok warna ni kan?
Lagi pun, Budiey difahamkan HP juga mengeluarkan aksesori lain seperti headphones dalam warna yang sama. Kira matching dengan warna la kan? Barulah bergaya orang kata. Selain elok dipandang mata, warna Aqua Blue ni memang sejuk mata memandang tapi dalam masa yang sama ianya cukup elegan dan glamor sebab ia memang akan nampak walaupun dari jauh.
Sebab apa Budiey pilih Aqua Blue? Okay, ini kerana bagi Budiey, warna Aqua Blue sangat sesuai dengan personaliti Budiey. Merah menyerlah. Aqua Blue melambangkan jiwa yang berani, diri yang yakin, sentiasa positif dan ia nampak menyerlah, haaa korang setuju tak?
Jadi, kepada anda di luar sana, Budiey nasihatkan jika mahu dapatkan HP Pavilion 15 Notebook PC, bolehlah memilih warna yang sesuai dengan personaliti dan imej atau pun penampilan fesyen korang di luar. Jadi, tak salah jika lelaki nak pilih warna Pink pun. Asalkan ia serasi dengan jiwa dan kegemaran anda.
Dari segi keselesaan pula, nampaknya HP 15 Notebook PC cukup ringan dan memang sesuai untuk dibawa ke mana sahaja. Al-maklumlah, dengan jadual yang tak menentu, biasanya pagi, petang dan malam, Budiey akan berada di event, nak tak nak kenalah usung notebook ni ke hulur ke hilir, tapi yang Budiey rasa lega sangat, notebook ni taklah membebankan Budiey. Rasa tak rugi pulak bila beli dan sekarang ni, Budiey rasa berbaloi.
Harganya? Haa, apa yang Budiey boleh cakap kat sini, ia mampu milik. Hanya dari RM1,999 sahaja!
Cakap pasal harga notebook ni, teringat Budiey dengan harga notebook pada 10 tahun sebelum ni. Harga notebook masa tu mahal giler. Budiey rasa kita kena rasa cukup bertuah sebab teknologi HP sehingga hari ini telah membuatkan kita tidak banyak melaburkan wang untuk memiliki notebook.
Bagi Budiey, harga hanya dari RM1,999 untuk HP Pavilion 15 Notebook yang ditawarkan tu, memang dah cukup murah dengan segala ciri kelengkapan yang disediakan.
Budiey dapat tahu, notebook terbaru dari HP dah boleh dibeli di kedai-kedai HP dan juga wakil penjual HP di seluruh Malaysia. Jadi, apa tunggu lagi, cubalah dulu, mana tahu anda terpikat dengan warna-warna notebook yang ohsem ni.
Selain HP Pavilion 14 & 15, dalam masa yang sama, HP juga telah melancarkan HP Pavilion x 360 dan HP Envy 15 Notebook.
Untuk info lanjut, layari: http://bit.ly/hpbudiey