Sebelum Budiey meneruskan corat-coret di hari yang cukup cerah lagi indah ini, Budiey nak tanya satu soalan kepada kalian semua, sebagai pengguna telefon bimbit apakah yang paling penting untuk anda, samada DATA atau PANGGILAN?
Kalau diajukan soalan kepada Budiey, jawapan Budiey sudah tentulah DATA. Sebagai seorang blogger yang aktif di sosial media, DATA ibarat nyawa. Kalau tiada DATA atau talian internet, Budiey macam orang gila. Tak tentu arah jadinya. Semua benda tak boleh bikin. Mati kutu dibuatnya.
[dropcap]B[/dropcap]udiey percaya, setiap dari kita, ada keutamaan masing-masing. Ada setengah orang, mereka suka bercakap dan bergayut di telefon. Jadi, sah-sahlah mereka akan pilih PANGGILAN sebagai satu keutamaan. Pendek kata, gaya hidup kita akan menentukan plan mobile kita, betul tak?
[pullquote]Budiey dah buat satu survey, dalam banyak-banyak telco di Malaysia, telco mana yang memberikan plan yang sesuai dengan gaya hidup Budiey sebagai blogger dan ‘kaki soscial media’ yang sentiasa bergantung kepada talian data internet. Antara plan yang menarik perhatian Budiey ialah plan FIRST by CELCOM.[/pullquote]
Pada bulan Disember tahun lepas, Budiey masih ingat lagi semasa dijemput oleh CELCOM Axiata Berhad untuk menyaksikan pelancaran dua pelan pasca bayar terbaharu di bawah Celcom First iaitu FIRST BASIC dan FIRST ELITE dengan ciri-ciri terbaharu OPTIMISERᵀᴹ.
Budiey cukup teruja kerana mendapat tahu pelan baru ini memberikan pilihan kepada Budiey sama ada mahu menggunakan lebih data atau pun lebih panggilan. Tambahan pula, ianya kini dipertingkatkan dengan ciri OPTIMISERᵀᴹ. Apa itu OPTIMISERᵀᴹ? Haa, kat bawah ni Budiey terangkan, korang baca sampai habis, okay?
Masih menggunakan penjenamaan First, yang pastinya pelan ditawarkan ini meningkatkan pengalaman kita sebagai pengguna dalam penggunaan internet dan juga panggilan. Bagaimana cara atau fungsi OPTIMISERᵀᴹ untuk menentukan sama ada kita mahu data lebih atau panggilan lebih?
Okay, Budiey akan terangkan secara ringkas kat sini.
[dropcap]C[/dropcap]elcom memperkenalkan satu sistem yang dipanggil OPTIMISERᵀᴹ di mana ia secara automatik memilih sama ada pengguna lebih menggunakan data ataupun panggilan suara. Jadi, dengan OPTIMISERᵀᴹ, pelanggan akan menikmati lebih data atau waktu berbual dan SMS apabila had penggunaan pelan habis digunakan. Penambahan ini akan berlaku secara automatik sebaik sahaja had penggunaan pelan yang dilanggan tamat.
[pullquote]Dalam erti kata yang lain, OPTIMISERᵀᴹ sekali gus memberi peluang kepada pelanggan pelan First untuk terus berhubung di talian selular terpantas di Malaysia, tidak kira melalui maya ataupun suara.[/pullquote]
Bagi data, OPTIMISERᵀᴹ hadir dengan tambahan 2GB data di atas talian dan 2GB data penggunaan Wi-Fi di kesemua hotspot Celcom, manakala bagi waktu berbual dan sms, nilai tambahannya adalah sebanyak 150 minit waktu berbual dan 150 tambahan SMS.
Misalnya, apabila penggunaan data internet melebihi dua gigabait (GB) secara automatik OPTIMISERᵀᴹ akan menambah kuota data tersebut sebanyak dua GB lagi.
Celcom First Basic ditawarkan pada harga langganan RM85 sebulan, dimana pengguna yang memilih panggilan – mereka akan mendapat panggilan selama 250 minit, SMS percuma 250 SMS, penggunaan data 2GB, dan juga penggunaan Celcom WiFi sebanyak 2GB.
Pada pelan First Basic yang sama, jika pengguna memilih untuk menggunakan data, anda akan ditawarkan dengan penggunaan data sebanyak 4GB, Celcom WiFi sebanyak 4GB, 100 minit panggilan, dan juga 100 SMS pada langganan bulanan yang serupa iaitu RM85 sebulan. Pengoptimasian ini dikatakan akan dilakukan secara automatik oleh pihak Celcom. Sungguh jimat!
First Basic |
|||
Monthly Commitment | RM85 | ||
Voice Calls | To all networks | 100 minutes | |
SMS | 100 SMS | ||
Internet | 2GB | ||
WiFi | 2GB | ||
OPTIMISER™Once you have used your First allocation, your plan will be automatically adjusted with OPTIMISER™ based on your usage. | |||
Internet | Complimentary 2GB data and 2GB WiFi | ||
Calls & SMS | Complimentary 150 minutes and 150 SMS |
Untuk Celcom First Elite pula, ia hadir dengan penawaran dua SIM kepada pengguna, sesuai untuk mereka yang bekerja dan berpasangan. Seperti pada First Basic, pengguna turut boleh memilih sama ada mereka inginkan pelan yang dioptimasikan untuk internet ataupun untuk panggilan. Celcom First Elite ini membawakan harga langganan bulanan RM235. Fuh, berbaloi!
Untuk mereka yang memilih pelan yang dioptimasikan untuk data pada First Elite ini, mereka akan menerima 400 minit panggilan, 400 SMS dan juga 8GB Internet. Ia akan dipecahkan kepada dua, dimana SIM utama akan menerima 200 minit panggilan, 200 SMS dan 5GB internet – sementara SIM kedua menerima 200 minit panggilan, 200 SMS, dan juga 3GB internet.
Jika anda lebih banyak membuat panggilan pada Celcom Elite ini, anda akan menerima sejumlah 700 minit panggilan, 700 SMS dan 6GB internet. Ia akan dibahagikan dua, dimana SIM pertama menerima 500 minit panggilan, 500 SMS, dan 3GB internet. SIM kedua pula menerima 200 minit panggilan, 200 SMS dan 3GB internet.
Sekiranya pengguna telah melangkaui penggunaan kuota – sama ada panggilan atau SMS, mereka akan diberikan notifikasi untuk melanggan kuota tambahan pada harga yang rendah berbanding pesaing lain di pasaran, ataupun dikenakan caj berdasarkan penggunaan. Untuk menambah kuota data pada pelan mereka, pengguna akan dikenakan caj sebanyak RM15 untuk 1GB, ataupun RM50 untuk 5GB sekiranya untuk data sahaja. Jika anda inginkan penambahan untuk semuanya, anda boleh membayar RM50 dan menerima 1GB data internet, 250 minit panggilan dan juga 250 SMS.
Okay, jika diberi pilihan, antara FIRST BASIC dan FIRST ELITE, Budiey terus terang akan pilih FIRST BASIC. Ini kerana pelan First Elite merupakan yang terungul dari Celcom memandangkan ia merupakan satu-satunya pelan yang menawarkan perkhidmatan dan servis eksklusif kepada penggunanya. Budiey memang suka segala yang eksklusif. Jadi, Celcom Elite adalah yang terbaik.
[pullquote]Budiey kira, pelan ini adalah yang pertama dalam negara kita dan tidak ada pembekal perkhidmatan telekomunikasi (telco) lain yang menawarkan seperti First Elite ni.[/pullquote]
Sebagai pengguna First Elite, kita dapat akses dan lepak sementara menunggu di premieum lounge (The Loungeᵀᴹ). Jika sebelum ini ada masalah nak park kereta, sekarang bila dah jadi First Elite, masalah nak park kereta takde lagi sebab ada reserve parking khas untuk pelanggan First Elite. Pendek kata, memang dilayan sebagai golongan elit la kan.
Kenapa Budiey pilih First Elite? Salah satunya, network data yang sangat laju dan Budiey dapat online kat mana sahaja dan bila-bila masa. Pendek kata, Celcom antara network yang terbaik di Malaysia dan tak hairan jika Celcom dinobatkan sebagai pemenang Frost & Sullivan Awards.
Bukan itu sahaja, setiap pelanggan juga akan mempunyai seorang perunding perkhidmatan jika mempunyai sebarang pertanyaan. Untuk pelan First Elite, Celcom menawarkan panggilan sebanyak 200 minit panggilan dan 200 SMS dengan internet sebanyak 3GB dan pelanggan akan diberi keutamaan di semua majlis anjuran Celcom. Haaa, kira berbaloi la kan?
Secara keseluruhan, apa yang dapat Budiey katakan, Celcom dari dulu lagi memahami kehendak pelanggannya, yang setiasa inginkan pelan langganan yang terbaik, dan lebih memberi nilai kepada kepada setiap ringgit yang dibelanjakan. Tidak hairanlah Celcom sentiasa menambah baik dan mencari ruang untuk memperbaiki tawaran mereka kepada pelanggan.
Ciri tambah nilai ini diselaraskan berdasarkan gaya penggunaan, sekali gus memudahkan pelanggan yang inginkan keselesaan dan lebih penjimatan dalam menggunakan peralatan mudah alih mereka.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web: www.celcom.com.my atau klik sini: First Basic & First Elite atau hubungi talian khidmat pelanggan Celcom di 1-300-111-000 di mana anda akan dilayan oleh pegawai khidmat pelanggan yang sentiasa sedia melayan pertanyaan dan memberikan perkhidmatan yang terbaik.